Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Mood Study Week

Assalamualaikum..

Final exam dah semakin dekat tapi aku rasa macam tak ready pun lagi. Minggu nie dah pun bermula minggu study week selama satu minggu. Tapi aku masih... Ishhh dimanakah kesedaran sivik aku ni. Kepala masih berkhayal lagi kowt. Hati masih tak merelakan kaki untuk bakal melangkah ke dewan peperiksaan.

Oich tidak... Exam tak pernah menunggu aku. Aku yang sepatutnya mencari ruang dan peluang. Aku seharusnya ingat kembali, apakan azam dan tekad aku sebelum sembung belajar di sini. Aku nak habiskan belajar dengan CGPA yang bagus. Aku nak hadiahkan segulun scroll yang mampu membuatkan mak dan ayah berbangga dengan aku. Ya! Itu tekad dan azam aku. Jadi, kenapa mesti aku masih bermain-main untuk saat ni?

Buku, entah bila aku nak mula menghafal. Segala bagai nota-nota, entah bila aku nak mula memproses segala maklumat yang dirasakan perlu dan penting. Oichhhh!! Ini final exam so jangan dibuat main-main. Silap hari bulan, aku terpaksa ulang paper ataupun ulang semester woiiii.. Tidakkk! Aku tak mahu bazirkan masa aku lagi.

Usia aku semakin meningkat. Ramai sahabat yang seusia dengan aku, sudah pun berkahwin. Ada juga yang telah memiliki cahaya mata. Hehee.. tapi aku masih lagi belajar dan terus belajar. Tak apalah.. Lagi pun aku nak gembirakan hati kedua ibubapa aku. Harapan mereka semoga aku belajar setinggi yang boleh. Bukan untuk kesenangan mereka tapi untuk kesenangan aku dimasa hadapan katanya.

Demi mak dan ayah, aku akan berusaha dan terusakn berusaha. Aku yakin dan pasti, doa mereka tidak pernah putus untuk aku dan adik-adik. Oichhh... rindulah pulak pada mereka. Rasa mcm nak menangis je. Aku memang begini. terlalu sensitif dan terlebih sensitif bila disebut tentang keluarga.

Semoga aku mempu menjawab segala soalan final exam nanti dengan jayanya. Demi mak, ayah dan adik-adik, aku akan berusaha sehabis daya. iLOVEu mak, ayah dan adik-adik. Rindu family!


32 ulasan

  1. good luck awak..

    BalasPadam
  2. samelah, kwn2 sy ramai yg dh kahwin dan ade kerjaya sendri, sy masih lg belajar. hee. btw, good luck! rezeki masing-masing kan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah pasal...
      Apapun semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan olehNya

      Padam
  3. teruskan berusaha,semoga berjaya :-)

    BalasPadam
  4. Tolak tepii mood homesick tuuu..huhuu~
    All the best ! keep motivated ! Pasti BOLEH BERJAYA ! FIKIRKAN BOLEH ! winkk*

    And hope you doing well till the end okayyyy ! Jga kesihatan and jaga iman :) hhaaa..~
    singgah here......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks sis Nona :)
      Harap segalanya dipermudahkanNya..

      Padam
  5. Same here.. lets fighting!! Smoga Allah permudahkan segala urusan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaa good luck utk kamu juga ye...
      Fighting!! fighting!
      All the best

      Padam
  6. Good luck ye. Chaiyokkk2, mesti boleh punyaa :)

    BalasPadam
  7. Biasanya saya study week masih duk busy siapkan esaimen, haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuu..
      tu lah pasal.. minggu stdu week pun msh bertarung dgn tgasan yg menggunung

      Padam
  8. insyallah boleh
    gud luck ye awk
    dulu ayu pon cmtu gak
    time study week ni bkn nak belajar pon
    nak enjoy je sbb ase stress bile dengar study week

    BalasPadam
  9. goodluck awak ..saya pun tengah fever study week ni hehe

    BalasPadam
  10. Goodluck yer untuk exam... semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah :D jaga kesihatan masa nk exam ni, sayang nnt, kalau dah belajar sungguh2, tapi tak sehat masa hari exam... :D take care yer :D

    BalasPadam