Petang tadi team maintenance kemas kemas dan test run machine yang agak lama tak digunakan. Hurmm... sekali trip dan bau hangit menusuk hidup. Lah, burn sudah. Adehhh..
Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja
Petang tadi team maintenance kemas kemas dan test run machine yang agak lama tak digunakan. Hurmm... sekali trip dan bau hangit menusuk hidup. Lah, burn sudah. Adehhh..
Pengalaman Setelah 2 Hari Dah Masuk Kerja
Assalamualaikum.
Rezeki tak salah alamat. Rezeki akan datang bila tiba waktunya. Allah dah susun cantik cantik jalan hidup kita. Yakin dan percaya tapi jangan sesekali berhenti usaha.
Alhamdulillah. Aku merasai semua tu. Nak diterangkan apa yang aku rasa, aku sendiri tak tahu. Tapi bila aku fikirkan semua, seakan tak percaya pun iya jugak. Namun, inilah hakikatnya.
Setelah 2tahun lebih aku berhenti bekerja. Aku duduk rumah jaga anak. Akhirnya kini aku kembali bekerja. Bekerja dalam bidang dan kepakaran aku. Paling best, sepanjang berhenti kerja aku langsung tak bukak toolbox. Hahaaa kini kembali aku buka setiap hari setiap masa sepanjang bekerja. Oichhh my toys. Rindu betul aku dengan uoll. Hehehee..
Alhamdulillah. Dah 2hari aku masuk kerja. Suasana kerja sedikit berbeza dengan kerja aku sebelum ni. Dulu department aku dalam ekon. Skrg department aku open. Panas, berdebu, habuk itu normal. Alhamdulillah, aku dapat team yang baik. Engginer aku pun baik. So aku takde lah rasa janggal dan terpinggir sangat sebab aku sorng je perempuan disitu. Orang office pun baik. Ada sorng aunty office selalu tegur aku. Ramah mesra betul aunty tu. Alhamdulillah, aku dikelilingi circle yg positif, circle yang baik.
Walaupun persekitaran kerja yang agak panas tapi aku okey. Yang penting dapat team yang okey. Tu dah boleh buat aku tarik nafas lega. Sebab apa? Sebab bila team positif, aku akan rasa seronok untuk bekerja, mudah nak berurusan, bila tanya itu ini mudah diaorang nak kongsi ilmu. Akan jadi sebaliknya kalau dapat team yg negatif. Faham, kan?
Alhamdulillah jugak sebab pengasuh anak aku baik sangat. Anak anak dia punn baik sangat. Sebelum ni selalu jumpa kat taman. Anak aku pun kenal diaorang so kat situ dah memudahkan kerja aku. Alhamdulillah. Walaupun kekdang anak solehah aku aada menangis juga kat rumah pengasuhnya. Menangis mungkin teringatkan ibu dia lettuw. Hahaaa.. Terima kasih acik dan kakak tolong jagakan Aira. Semoga Aira tak meragam teruklah ye.
Alhamdulillah untuk semuanya. Memang sangat memudahkan dan dilancarkan segala urusan aku dan anakku. Semoga aku terus kuat bersemangat dalam bekerja dan semoga anak solehah aku sentiasa faham ke apa setiap hari kena berjauhan seketika dgn ibunya.
Semoga anak solehah ibu sentiasa dalam lindunganNya walau dimana saha anak solelah ibu berada. Aamin.
Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya
Blog “Blog Babyshambles” (https://akukaudansesuatu.blogspot.com) adalah ruang perkongsian bersifat peribadi dan reflektif, merangkumi topik motivasi, keibubapaan, kesihatan, tips gaya hidup, dan renungan agama.
Penulisnya, Nor Ain (Aien) Rusli dari Seremban, telah aktif menulis sejak Januari 2010, menghasilkan entri menyentuh emosi seperti luahan kerinduan (‘Genap Setahun Ayah Pergi’, Ogos 2024), peringatan kesihatan (‘HFMD Yang Semakin Meningkat’, Mei 2025), dan nasihat diri (‘Fokus Pada Kehidupan Sendiri’, Mei 2025) .
Gaya penulisannya jujur, bersahaja, dan meraih interaksi pembaca melalui komen. Aien juga menyertakan elemen kerohanian serta lagu/cerpen, menjadikan blog ini satu platform berbentuk campuran perkongsian, inspirasi dan luahan jiwa.
Alhamdulillah Untuk Segala Nikmat DariNya
Assalamualaikum..
Dikeheningan malam ni, jari jemari aku kembali menari diruangan ini. Sungguh, setiap taipan aku diiringi dengan satu perasaan yang tak dapat aku ungkap.
Dikala aku dah menyerah dan hanya berserah, disaat aku dah tetapkan satu titik lain untuk aku fokus, rezeki yang aku harapkan berkunjung tiba juga. Alhamdulillah.
Untuk korang yang rajin singgah ke ruangan aku ni rasanya dah tahu kot, bertapa usahanya aku cari kerja untuk tahun ni. Dah pelbagai cara aku buat tapi hasilnya langsung tiada. Sampai satu tahap, aku penat berharap. Aku putus asa. Dah malas nak pegi temuduga setiap kali ada temuduga terbuka. Frust wehhh.. penat aku print resume. Penat aku buat itu ini. Bukan sekali dua tau tapi berkali kali. Lalu akhirnya aku taked untuk berhenti berharap.
Seminggu sebelum Hari Raya Korban hari tu, aku skroll tiktok. Aku jumpa ilmu bermanfaat dan aku tekad untuk jadikan platform tu sebagai cara untuk aku dapat side income. Hampir sebulan dah perjuangan aku. Alhamdulillah, nampak hasilnya. Aku cuba untuk lebih serius dengan cara join program mentor mentee. Dikala usaha dan semangat aku sedang membuak buak ni, tetiba aku dapat sekeping mesaj bertan
ya adakah aku berminat untuk datang temuduga. Aku macam.... bila masa plak aku apply kerja dekat company ni. Rasanya tak pernah kot sebab agak jauh dari rumah aku. Tapi takpe, aku terima pelawaan tersebut.
Untuk kali ni aku tak bersungguh sangat sebab dah penat nak berharap kot. Punyalah tak bersungguh, resume pun aku tak update. Pakai jelah resume lama yang dah print, segala sijil bagai lupa aku nak photocopy.
Waktu hari temuduga rasa gementar aku pun dah hilang. Segala yang ditanya, aku jawab seadanya. Berkenaan kerja kerja aku sebelum ni pun dah banyak aku lupa. Maklumlah aku tak study oun sebelum hadiri temuduga kali ni. Aku jujur je terus mana yang tahu dan mana yang tak tahu. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan aku.
Penemuduga tu baik sangat. Banyak dia tolong aku. Sebelum selesai sesi temuduga, aku dibawa masuk site. Okey, panas, habuk, berdebu. Bagi aku normal persekitaran sebegitu. Penemuduga juga seakan yakin dgn ketahanan lasak aku. Dalam hati aku doa semoga ada rezeki aku untuk position ni.
Keesokan harinya, HR whatsApp aku untuk datang temuduga kali kedua. Waktu ni barulah aku tak senang duduk. Barulah rasa sedikit yakin. Barulah rasa ada sedikit sinar untuk aku kembali bekerja dalam bidang teknikal. Waktu ni barulah aku ulangkaji sikit apa yang patut. Tak senang duduk aku selagi tak selesai temuduga kali ni. Menghitung hari aku menanti temuduga kali ni. Takut, gementar, teruja, sedih dan gembira bersilih ganti beb.
Hari yang ditunggu telah tiba. Awal betul aku datang. Penemuduga kali ni orang lain pula. Kalau sebelum ni hampir 3jam aku ditemuduga, agaknya kali ni berapa lama lah erk?
Soalan yang ditanya agak killer untuk aku. Soalan random pun mematikan akalan aku seketika. Alhamdulillah, penemuduga kali ni jugak baik orangnya. Banyak soalan ditanya, disuruhnya bercerita itu ini dan sebagainya. Perasaan gementar aku memang tak terkawal sampaikan suara pun hampir bergetar. Percakapan hanya senafas, mungkin lupa seketika cara untuk bernafas kot. Hahahaa! punyalah nervous aku ketika itu.
Alhamdulillah, dipenghujung sesi tenuduga aku dapat khabar gembira. Aku lulus dan diterima. Tak tergambar perasaan gembira aku ketika itu. Aku gembira tapi terselit juga risau. Risau nak berjauhan dengan anak kesayangan aku. Hurmnn... masalah pulak erkk..
Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Aku dapat kerja. Aku jumpa pengasuh anak aku. Semoga anak aku okeylah dengan pengasuhnya nanti. Semoga aku kuat untuk lalui cabaran ditempat kerja baru nanti.
Sahabatku, doakan semoga dipermudahkan segala urusan aku dan anakku ye.