Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

10 rahsia lelaki yang wanita perlu tahu



Ramai wanita ingat yang dia sudah benar benar kenal dengan lelaki disisinya. Sebenarnya, ada lagi di sebalik sifat lelaki yang perlu diketahui.

1) Mahu 'awek' cantik, tapi mahu isteri yang bersifat keibuan

2) Tidak 'call' bukan bermakna tidak sayang. Lelaki tidak suka kalau 'awek' atau isteri asyik msg atau call dia.

3) Tanya soalan yang sama "Tengah buat apa tu?", "Dah makan ke?"

4) Walau fokus tentang kerja, lelaki masih ingat pada kekasih atau isteri

5) Utamakan kekasih, isteri, anak anak lebih dari diri sendiri

6) 'Cair' atau 'malu' dengan senyuman wanita

7) Nombor telefon wanita save nama lelaki. Bagi lelaki curang, mereka cuba mengaburi mata dengan menipu pasangan dengan teknik ini.

8) Jangan ingatkan kisah lampau. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah teman lelaki mereka.

9) Mempermainkan cinta. Seorang lelaki mampu mencintai wanita dengan jangka masa yang sekejap, kemudian terus melupakan wanita yang dicintainya itu tanpa merasa apa apa.

10) Kalau berani, masuk meminang! Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjuma ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar benar serius. Lelaki yang hanya main main tidak akan pergi sejauh itu, Apabila lelaki menyuarakan niat murni ini, jangan tangguh tangguh lagi. Ini bermakna beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab.



Sekadar perkongsian dari sumber yang tertentu

Cara pengiraan waktu subur wanita




Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita?
Ada 2 sebab utama :-
1) Untuk memudahkan mendapat zuriat.
2) Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

Bilakah waktu subur?
Setelah anda faham kitaran haid diatas, waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri ialah pada hari ovulasi berlaki. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku?
Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

**14 day from 1 st day of your next period - Not your previous period.**

Tak faham? Macam ni. Katalah anda period 28hari, maka hari subur ialah 28hari - 14hari = 14hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30hari, maka 30 hari -14hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35hari maka 35 - 14 = hari ke 21 adalah waktu subur.

ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folocullar boleh berubah-ubah. Jadi, waktu subur adalah 14hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.








6 Tanda Dehidrasi



Menunjukkan korang sebenarnya dehidrasi

1) Tidak berpeluh semasa bersenam
Kulit berminyak kini kering bertompak
3) nafas berbau
4) Sentiasa lapar
5) Mudah sakit
6) Berat badan bertambah walaupun diet



Ada yang terasa? Sila banyakkan minum air setiap hari.

Tindakan yang perlu dilakukan ketika dipatuk ular




Sejak akhir-akhir ini makin meningkat pulak kes dipatut ular yang disiarkan di media. Jadi apa nak buat kalau korang terlibat dengan kes macam ni? Tips ini dikongsi di Utusan Malaysia.

1) Bertenang dan jangan panik
2) Hadkan pergerakan anggota yang digigit
3) Lepaskan perhiasan
4) Usahakan kawasan yang dipatuk lebih rendah dari kedudukan jantung
5) Bersihkan luka tapi jangan siram dengan air
6) Balut luka dengan kain bersih dan kering
7) Jangan sesekali ikat anggota yang dipatut dengan ketat
8) Jangan cuba buang racun dengan sendiri
9) Jangan minum kafein atau alkohol
10) Jangan tangkap ular tersebut. Ingat warna dan rupa je cukup la tu.

Take note : Aku memang agak fobia dengan reptilia ni. Ular! bila sebut je perkataan ular mesti aku seram. Kalau nampak depan mata lagi sekali entah macam mana lah. Huhuuu fobia tahap babun kowt!

Kesnya, ular pernah terjatuh dalam bilik aku. Waktu tu tengah malam, kebetulan aku baru nak tidur. Baru habis berblogging kowt. nasib baik waktu tu ayah dan adik aku pun belum tidur lagi. Dia orang tengah layan bola time tu, kalau tak silap aku. Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa, waktu nampak kepala ular tu terpacak. Seram giler kowt. lepas pada kes tu aku langsung tak tidur dah dalam bilik tu. Takut. Bila masuk je bilik tu, macam terbayang bayang je muka reptilia tu. Oichhh tidakkk..



9 Jenis perangai yang perlu dielakkan ketika pergi bercuti




Holiday ni korang nak pergi mana? Mesti dah ramai yang plan nak pergi sana sini. Bestnya! Untung la kalau korang dah plan tu kami doakan selamat pergi dan pulang okay. Kalau ada extra cenderamata tu boleh la bagi sikit, cewah gurau je.

Ni kami saja nak usik korang, nak tanya sikit pasal member korang tu. Mesti dalam korang berkawan tu,mesti tahu dan dah masak dengan perangai masing-masing kan?

Tapi korang tau tak ada jenis-jenis member ni kalau boleh jangan bawak pergi holiday sama takut nanti korang yang pening. So member korang jenis yang macam mana?

1. Hangat-Hangat tahi ayam
- Selalu jadi benda ni, bila planning ramai je yang respond. Sembang gitu gini nak book tiket la, bagi idea lokasi nak pergi la, research tempat makan la, end up kau je yang bersungguh sampai kadang-kadang tu daripada ramai tingal kau bertiga je yang pergi akhirnya.

2. Jenis berkira
- Jenis kawan yang macam ni pun ada jugak, kalau boleh semua nak ‘payung’. Bukan nak berkira tapi kalau dah tau nak pergi bercuti tu pandai-pandaila nak budget.

Haish kalau selalu sangat berkira pun susah nanti, nak tak nak kenalah belajar ikhlaskan. Korang punya member ada tak yang macam ni?

3. Acah-acah diva
- Yang ni memang agak melampau la dan annoying, tapi kadang-kadang jenis ni menghiburkan. Nak feeling diva katanya, awak tu jangan nak diva sangat la sebab kalau dah sampai tempat baru tu kena hadap je la sampai habis holiday.

Kalau tak tahan boleh beli tiket balik semula ke tanah air.

4. Insta- Famous
- Bila bercuti seperti biasa akan ada banyak sesi tangkap gambar. Paling common la, mesti gambar tiket flight, gambar sayap flight lepas tu gambar landing time dan banyak lagi.

Dah tangkap mula la sesi upload gambar, kami tak kisah tapi kalau dah setiap saat kau nak upload apa masalah kau ni?! Kalau nak rakamkan saat bercuti pastikan jangan nak feeling insta-famous pulak. #kangakucampaktelefonkau

5. Kaki dengkur
- Ni lagi satu perangai yang sangat memalukan. Mugkin ada yang beranggapan ia penyakit, tapi kalau boleh jangan sebab dengkuran nyauman ni cemarkan mood percutian korang.

Bukan tak boleh nak ajak bercuti, tapi jangan bagi member ni tidur dekat tempat public, nanti korang pulak yang segan. Nak tidur pastikan korang bawak penyumbat telinga barulah ketenangan percutian jadi milik korang.

 6. Suka bagi arahan
- Memang tak dinafikan dalam satu kumpulan korang tu ada yang dominan kan?, tapi kadang-kadang golongan ni sebenarnya memudahkan. Betul tak? Sebab depa ni rajin sikit nak buat kerja-kerja management ni.

Kalau nak jalan jauh pastikan jangan bagi dia dominan sangat, kalau tak percutian korang akan jadi macam rombongan sekolah rendah yang dah ada jadualnya.

7. Juri makan
- Kami ada seorang yang jenis suka sangat jadi juri makanan, memang bagus tapi kalau boleh buat review sendiri je la kot. Tak perlu nak kecoh satu meja sebab tekak orang lain-lain.

Kalau korang terpaksa bawak member yang jenis macam ni make sure sediakan garam gula dekat poket seluar. Kalau kurang, apa lagi kau cilikan je mulut dia tu.

8. Kaki komplen
- Member jenis ni sama macam yang diva tu, bezanya yang ni asyik nak komplen benda yang remeh temeh je sampaikan boleh sakit telinga dengar dia bercakap. So baik ditinggal je, tak pun jangan ajak holiday baru tenang agaknya percutian korang tu nanti.

9. Holiday setahun
- Kami pun tak faham la dengan yang jenis ni, mungkin tak pernah bercuti langsung seumur hidup. Kalau boleh semua perabot dalam bilik dia tu nak dibawaknya. Kalau member korang ada yang macam ni elok suruh berkawan dengan member yang dominan tadi sebab confirm settle isu bag ni.

Credit : Sini

Berbuat baik walaupun kepada binatang



Berbuat Baik Walaupun Kepada Binatang

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَنَزَلَ بِئْرًا فَشَرِبَ مِنْهَا ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي فَمَلَأَ خُفَّهُ ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ ثُمَّ رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا قَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Ada seorang laki-laki yang sedang berjalan lalu dia merasakan kehausan yang sangat sehingga dia turun ke suatu perigi lalu minum dari air perigi tersebut. Ketika dia keluar dari perigi, didapatkannya seekor anjing yang sedang menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah karena kehausan. Orang itu berkata: "Anjing ini sedang kehausan seperti yang aku alami tadi". Maka dia (turun kembali ke dalam perigi) dan diisi kasutnya dengan air dan sambil menggigit kasutnya dengan mulutnya dia naik keatas lalu memberi anjing itu minum. Kemudian dia bersyukur kepada Allah maka Allah mengampuninya". Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah kita akan dapat pahala dengan berbuat baik kepada haiwan?" Baginda SAW menjawab: "Terhadap setiap makhluk bernyawa diberi pahala". (HR Bukhari No: 2190)

Pengajaran:

1.  Berbuat baik adalah dituntut kepada setiap Muslim.

2.  Perbuatan baik akan mendapat balasan pahala walaupun kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan. Seperti memberi binatang minum atau menyiram pokok.

3.  Allah mengampunkan dosa orang yang membantu haiwan yang kehausan untuk minum.

Semoga kita sentiasa berbuat baik sama ada sesama kita, kepada orang bukan Islam mahupun kepada binatang dan tumbuhan.


Cara mencuci kemaluan dengan betul

Cara mencuci kemaluan dengan betul.
===============================



Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul.

Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bhgian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian diterima.

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul? Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas drpd azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menymbhyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya org membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu. Saidina A.Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya.

Tetapi ular itu tiba2 berkata-kata, "Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”.

Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul? Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je.

Ada caranya….

Lelaki :

Slps membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dgn air sebersihnya.

Wanita :

Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul. Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.

Rasulullah bersabda : "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..moga semua memperolehnya.

Sila Share. Jangan malu untuk kongsi ilmu agama.

AWASI KEADAAN SEKELILING ANDA ( ULAR ATAU BINATANG BERBISA )

AWASI KEADAAN SEKELILING ANDA ( ULAR ATAU BINATANG BERBISA )

Keadaan cuaca yang panas menyebabkan ular mencari tempat perlindungan. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

1) Tutup semua lubang yang berpotensi untuk ular masuk.

2) Jika anda tinggal berdekatan kawasan hutan. Lebih waspada.

3) Jika ular masuk ke dalam rumah. Jangan sesekali cuba untuk tangkap.

4) Hubungi BOMBA atau JPAM dengan segera.

Jika terpatuk oleh ular, langkah segera berikut perlu diambil:

1) Bertenang jangan panik.

2) Hadkan pergerakan lengan atau kaki yang digigit ular, dan jangan banyak gerak agar racun ular tidak menyebar.

3) Lepaskan semua perhiasan yang berada di badan seperti, cincin, gelang, kalung, dan sebaginya, sebelum terjadi pembengkakan. Ini kerana kemungkinan reaksi pertama badan akan menjadi bengkak (eodema).

4) Posisikan diri seboleh mungkin dan usahakan kawasan yang kena gigit/patuk berada lebih rendah dari jantung. Boleh diletakkan belat supaya anggota yang luka minima pergerakannya (Seperti rawatan patah tulang).

5) Bersihkan luka, tapi jangan siram dengan air. Jangan sapu losyen atau ubat traditional.

6) Balut kawasan luka dipatuk dengan kain bersih dan kering.

7) Jangan sesekali ikat ketat anggota yang dipatuk kerana ia boleh menyebabkan darah tidak mengalir. Ini akan menyulitkan lagi rawatan.

8) Jangan menggunakan ais untuk menekan kawasan patukan ular.

9) Jangan memotong luka atau mencuba membuang racun dengan cara yang tidak patut.

10) Jangan minum kafein ataupun alkohol.

11) Jangan mencuba untuk menangkap ular itu, tetapi cubalah untuk mengingat warna dan bentuknya sehingga Anda dapat menggambarkannya sehingga akan membantu dalam perawatan nantinya.

Dr Suhazeli Abdullah
Kor Medik & Penyelamat Amal
Jabatan Amal Malaysia.

Musuh yang memihak pada kita

🔘 Sebuah cerita yang menarik...

Seorang lelaki Amerika berjalan ke sebuah restoran di London. Sebaik s ahaja dia masuk, dia melih at seorang lelaki Afrika duduk di sudut restoran itu.

Jadi dia berjalan ke kaunter, dikeluarkan dompetnya dan menjerit, "Waiter! Aku mahu membeli makanan untuk semua orang di restoran ini, kecuali lelaki hitam Afrika di sana!"

Jadi pelayan mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma kepada semua orang di restoran itu, kecuali si Afrika.

 Walau bagaimanapun, tanpa rasa kecewa, si Afrika hanya melihat pada lelaki Amerika dan menjerit, "Terima kasih!"

Dengan rasa amat marah, lelaki Amerika itu mengeluarkan dompetnya dan menjerit sekali lagi,
"Waiter! Kali ini aku membeli minuman dan makanan tambahan untuk semua orang disiini, kecuali si Afrika di sudut sana!"

Pelayan terus mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma dan minuman kepada semua orang kecuali si Afrika.

 Apabila pelayan selesai memberi makanan dan minuman... Sekali lagi tanpa rasa marah, malah si Afrika tadi hanya tersenyum kepada lelaki Amerika dan menjerit,
"Terima kasih!"

Lelaki Amerika itu semakin marah. Sambil dia bersandar di kaunter dan berkata kepada para pelayan: "Apa yang tidak kena dengan lelaki Afrika itu?
Aku telah membeli makanan dan minuman untuk semua orang di sini kecuali dia, dia bukannya menjadi marah, akan tetapi dia hanya duduk di sana malah tersenyum padaku sambil menjerit "Terima kasih."
Adakah dia gila"

Pelayan itu tersenyum pada lelaki Amerika dan berkata, "Tidak, dia tidak gila. Dia adalah pemilik restoran ini"

Mungkin anda nampak seseorang seperti musuh anda tetapi tanpa anda sedari dia memihak kepada anda.

💬 MARAH
 👉Jauhi kemarahan. Ia hanya akan menyakitkan diri anda sendiri!
👉 Jika anda betul maka tidak ada keperluan untuk marah,
👉 Dan jika anda salah maka anda tidak mempunyai apa-apa hak untuk marah.

💬 SABAR
👉Sabar dengan keluarga adalah Kasih
👉 Sabar dengan orang lain adalah Hormat
👉 Kesabaran dengan diri adalah keyakinan dan kesabaran pada Allah ialah Iman.

💬 BERFIKIR
👉 Jangan sekali-kali berfikir tentang Masa Lampau, Ia suatu Penderitaan ...
👉 Jangan berfikir lebih mengenai Masa Depan, ia menjadikan anda lebih Takut ...

💬 Hadapi kehidupan ini dengan senyuman, Ia akan membawa Kebahagiaan

💬 Setiap ujian yg getir dalam kehidupan kita di harapkan akan memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri kita.
✨Emas tulen diuji dgn api, kita manusia diuji dgn setiap masalah.

💬 Setiap masalah datang sama ada untuk mengeratkan atau menghancurkan sebuah perhubungan.

💬 Pilihan adalah milik kita sama ada kita menjadi mangsa atau sebaliknya.

💬 Sesuatu yang CANTIK itu x semuanya baik, akan ttpi sesuatu yg BAIK itu selalunya CANTIK.

💬 Adakah anda tahu mengapa Allah menciptakan ruang antara jari?
👉Supaya seseorang yang terbaik datang dan mengisi ruang2 itu dgn memegang tangan anda utk selama-lamanya.

💬 Kebahagiaan menjadikan Anda Manis.. kemanisan akan membawa Kebahagiaan.

Doa Solat Dhuha


Sudah Dhuha? Alhamdulillah..
Semoga Allah limpahkan kepada kita segala yang telah dilimpahkan kepada hamba-hambaNya yg soleh..Aamin smile emoticon

Wasiat daripada Rasulullah SAW.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).


Amalan sebelum tidur


Amalan sebelum tidur..
Antaranya muhasabah diri..
Bermuhasabahlah walaupun sekejap cuma..walaupun hanya sedikit perkara..

Apakah hari ini aku telah cukup menunaikan solat 5 waktu..?
Kalau cukup,apakah di awal waktu atau hanya di akhir waktu...? 
Atau cukup waktunya tapi lajunya bagai ribut..
Atau tidak cukup..tertagguh-tangguh..
Atau tidak berbuat langsung? 
Atau aku belum pernah solat dan tidak tahu caranya..

Apakah hari ini aku telah mengaji..
Kalau mengaji,satu juzuzkah..
Atau hanya satu surah..
Atau hanya satu muka surat..
Atau hanya satu ayat..
Atau langsung tidak mengaji,
Al-Quran cuma penghias almari..
Atau aku tidak pandai...dan membiarkan saja diriku hanyut dengan ketidakpandaian itu..

Apakah hari ini aku telah berbuat baik kepada ibu bapaku..?
Bertanyakan khabar mereka..mendoakan mereka..mengembirakan hati mereka...
Atau hanya sibuk melayan kawan dan telefon di tangan..
Atau mengeluh kesah bila ibu ayah memohon pertolongan..
Atau sekadar mengirim berita melalui f.b dan whatssup sahaja..
Atau hanya berdoa dari jauh semata..
Atau aku langsung tidak bertanya khabar dan mempedulikan mereka..

Apakah hari ini aku telah berbuat baik kepada semua manusia dan memaafkan kesalahan mereka..?
Atau di sudut hati ini masih banyak penyakit hati..
Masih terasa dengki, iri dan benci..

Allahurabbi..

Maafkanlah semua orang..tadahlah tangan..berdoalah pada Yang Maha Penyayang...
"Bismikallahumma ahya wa amut.."

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini, bangkit dengan senyuman,hati yang penuh kesyukuran,& dengan jiwa yg tenang..



Hati tikus



Seekor tikus yang bersahabat dengan seorang ahli sihir hidup dalam ketakutan di sebuah rumah besar. Apa tidaknya, dia sentiasa dikejar oleh seekor kucing besar peliharaan tuan rumah. Tidak tahan dengan penderitaannya, si tikus menemui ahli sihir.

“Tolong ubah diriku menjadi seekor kucing yang lebih besar daripada kucing di rumah ini. Aku sudah tidak tahan lagi.”
Ahli sihir itu pun menukar si tikus menjadi seekor kucing seperti yang dipintanya.

Setelah menjadi kucing besar, si tikus terus mengejar kucing yang mengejarnya dahulu. Kucing rumah lari lintang-pukang dibuatnya. Si tikus berjalan penuh bangga. Rumah itu seolah-olah dikuasainya. Tidak lama kemudian si tikus yang berubah menjadi kucing itu pun keluar dari rumah. Dia ingin berjalan-jalan di halaman rumah hinggalah ke tepi jalan raya.

Sebaik tiba di tepi jalan, datang seekor anjing mengejarnya. Si tikus yang menjadi kucing itu terkejut dan kecut. Dia bertempiaran lari menyematkan diri.
“Tolong, tolong aku wahai sahabatku tukang sihir. Ubahkan aku menjadi anjing garang yang lebih besar...”

Tanpa membuang masa, ahli sihir menggunakan kuasa sihirnya menukar si tikus dari seekor kucing menjadi seekor anjing yang besar.
Sebaik menjadi anjing besar, si tikus terus melompat keluar ke halaman rumah dan dikejarnya anjing yang mengejarnya dahulu. Oleh kerana badannya lebih besar, anjing itu pun lari. Sekarang, si tikus yang menjelma menjadi anjing itu semakin bangga. Dia melompat, menyalak dan berlari-larian di tepi jalan hingga ke seberang jalan.

Rupa-rupanya di seberang jalan ada sekumpulan budak nakal. Melihat anjing menyalak dan melompat-lompat, mereka jadi marah. Dengan lastik yang ada di tangan, mereka melastik si anjing itu. Batu-batu yang mengenai badan, kaki dan kepala si tikus itu sangat menyakitkan. Si tikus yang menjadi anjing besar itu lari menyelamatkan diri... kembali menemui si ahli sihir.

“Tolong, tolong... matilah aku kali ini!”
“Mengapa?”
“Aku dilastik budak-budak nakal. Tolong tukarkan aku menjadi...”
“Tak payah,” pintas ahli sihir.
“Kenapa?” tanya tikus kehairanan.
“Aku boleh menukarkan kau menjadi apa jua yang kau minta. Tetapi semua itu tidak ada gunanya, selagi...”
“Selagi apa?”
“Selagi hatimu tetap hati tikus. Hati yang pengecut.”

Pengajaran: Perubahan hanya dapat dilakukan bila hati telah berubah. Misalnya, ramai orang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila telah kaya. Tetapi setelah kaya, pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain. Hakikatnya, orang kaya sekalipun kalau hatinya masih bakhil dia tidak akan membantu orang lain. Sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikitnya harta, tetapi oleh hati yang pemurah!

Tarikh Lahir Saya dan Awak


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


No.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

No.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9

No.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

No.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

No.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

No.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

No.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

No.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

No.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Jangan percaya bulat-bulat kerana kajian ini secara majoriti (lazimnya),
kerana semuanya atas diri kita nak berubah.
Ambil pengajaran sahaja dan jadi yang lebih baik.


20 Ciri Wanita Idaman Setiap Lelaki


1. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan

Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik

NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. Berpegang pada agama

“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”

6. Dari keturunan yang baik-baik.

Seorang wanita yang dari keturunan yang baik-baik mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana

Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

8. Tidak mempamerkan keseksian

“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”.
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet

Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

10. Memahami lelaki

Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak habis-habis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!” Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

11. Tidak terlampau cemburu

“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. Sejuk mata memandang.

Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka. Sentiasa senyum. Menutup aurat. Ramah dan mesra. Menundukkan pandangan.

13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi

Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. Canggih

Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna

Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.

16. Pemaaf

Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

17. Seimbang

Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.

18. Berkeyakinan diri

19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.

Maksud ‘body language di sini adalah cara percakapan, kawalan diri di hadapan orang ramai dan sebagainya.

20. Bersifat keibuan, menyenangkan orang tua dan menggembirakan anak-anak

* Peringatan buat lelaki yang mengidami wanita seperti ini! Adakah anda sudah dahulu menjadikan diri sebagai lelaki idaman!?

“Kalau benar ingin jadi lelaki yang mencintai perempuannya, maka mulalah dengan berusaha membawa diri sendiri ke Syurga. Kerna nanti, kau perlu memimpinnya ke sana.”

Credit : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta
(DATO’ DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)

Bacalah Al-Quran



Jika berlalu sehari tanpa membaca al-Quran..
terlalu sedih mengenang apakah dosa telah
aku lakukan hari ini hingga dilalaikan sedemikian rupa...


Untungnya jadi suami



:: Untungnya jadi suami...

-> Tengok isteri dengan rasa kasih, dapat pahala..

-> Senyum kat isteri dapat pahala..

-> Cakap lembut-lembut dengan isteri dapat pahala..

-> Belai rambut isteri dapat pahala..

-> Peluk isteri dapat pahala..

-> Cium isteri dapat pahala..

-> Bergurau dengan isteri dapat pahala..

-> Bermanja dengan isteri dapat pahala..

-> Puji isteri dapat pahala..

-> Ehem-ehem dengan isteri dapat pahala..

-> Senang sangat nak buat pahala..

Syaitan pun menangis sebab gagal nak buat kita
suami isteri bergaduh sampai terlintas dalam hati nak bercerai berai..
Untung sungguh siapa yg ambil kesempatan kumpul pahala dalam rumahtangga ni. 

Ingatlah sebelum terlambat




"Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!"
(Surah Fussilat ayat 23).


Bertawakkallah dengan sebenar-benar tawakkal.



Musibah mendekatkan kita kepada Allah



" Musibah yang membuatmu mendekat kepada Allah
lebih baik daripada Kenikmatan yang membuatmu lupa mengingati-Nya "


Doa menghindari haiwan berbisa



Semoga bermanfaat



Aku, laptop dan blog

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni aku berkesempatan untuk blogging seketika. Bawak laptop pegi opis, then online. Kerja? Kerja tengah tade ni. Jadi daripada aku mati akal better blogging. Kan?

Bila mengadap laptop, aku akan lupa seketika dengan keadaan sekeliling. Aku akan berada dalam dunia aku sendiri. Itulah aku. Hampir dua jam tadi, aku ambil masa untuk blogwalking kawan kawan blog. Thanks uoll yang sentiasa singah ke blog ioll.

Tengah syok berblogwalking tadi, tetiba aku terfikirkan sesuatu. Nak rombak blog. Nak ubah blog. Nak bagi nafas baru pada blog ni. Rasa macam dah lama aku tak edit edit blog. Huhuuu

Niat hati nak menceriakan kembali blog ni. Maybe lepas ni pakai background warna yang ceria sikit. Macam dah muak je tengok warna hitam putih. Macam suram je, kan? Tapiii.. hitam putih tu kesukaan aku. Macam tak sanggup plak nak ubah background kaler lain. Eh, comfius comfius. Huhuuu..

Sebenarnya banyak plan dalam kepala hotak aku ni. Banyak benda aku nak buat untuk blog tersayang ni. Tapi macam masa dan wifi tak mencukupi je. Biasalah sejak praktikal ni, waktu yang ada agak terhad. tapi takpe, aku try cari masa yang sesuai untuk mulakan plan aku tu. Bila? Entah, aku tak pasti lagi. Tapi insyaAllah nanti aku usahakan juga.



Untuk blogger yang baik hati singgah ke blog ioll ni, thanks tau. Jangan lupa tinggal link korang dekat kotak comment. Nanti ioll terjah blog uoll kembali. Salam Ukhwah.

Pantai Batu Buruk Destinasi Mandian Pantai Selamat



Kerajaan Negeri Terengganu akan menyediakan kawasan mandian  yang selamat di kawasan pantai peranginan Batu Buruk, kuala Terengganu bermula  minggu ini.

Kawasan terbabit  berhadapan dengan Primula Beach Hotel dibuka untuk kegunaan orang ramai dan pelancong yang akan berkunjung ke negeri ini.
Menteri Besar , Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan akan maksimumkan penggunaan di  kawasan pantai Terengganu  yang panjangnya 244 kilometer dari Kemaman hingga ke Besut.

“Sebagai pilot projek, kita akan mulakan dulu di Pantai Batu Buruk,  bagi  kenal pasti sebagai kawasan yang boleh digunakan untuk mandi manda dengan selamat”

“kita akan sediakan kemudahan-kemudahan antaranya satu kumpulan “ Life Guide” dan sebagai permulaan pihak JPAM dan sukarelawan akan membantu sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi”


“selain itu kita akan menyediakan beberapa perkara termasuk  dari segi menara tinjau, bot , logistik dan perkara-perkara lain akan dipertingkatkan dari masa ke semasa, katanya pada sidang media di lokasi Pantai Batu Buruk semalam.

Selain itu , Ahmad Razif berkata kawasan  tersebut akan ditanda dengan peranti terapung bagi mendakan bahawa kawasan itu selamat untuk mandian . Kawasan  sejauh 100 meter lebar dan 50 meter panjang itu ditanda bagi memudahkan orang ramai yang berkunjung dikawasan terbabit.

“kawasan ini akan dibuka bermula hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari jam 4 petang sehingga 7 petang “

“walaubagaimanapun, sekiranya apa-apa berlaku perkara tidak diingini  itu  tanggungjawab  pengunjung itu sendiri tetapi dari pihak kerajaan akan mencuba sebaik mungkin untuk menyediakan dari segi  keselamatan pada penguna-penguna pantai kita”

“Tahniah kepada pihak Primula Beach Hotel dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) dan juga Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang menyediakan kawasan mandian selamat ini , ujarnya.

Credit : SINI

Indahnya mencintai kerana Allah




Dari bilik mayat sebuah hospital, seorang ustaz keluar dan bertanya apakah si isteri mahu memandikan jenazah suaminya. Si isteri mengangguk tanda persetujuan. Ustaz tersebut kemudian bersama beberapa orang menemani si isteri memandikan jenazah suaminya.

Si isteri menangis ketika memandikan jenazah suaminya. Sambil menangis isteri berkata,

" Inilah janji kita sebagai suami isteri... Jika abang pergi lebih dulu maka
sayalah yang memandikan jenazah abang. Andai saya yang pergi dulu, abanglah yang akan memandikan jenazah saya..."

Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,

"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayang padamu... wahai suamiku... Semoga Allah mengampuni dosa-dosamu dan menyatukan kita di akhirat nanti..."

Saat membasuh tangan jenazah suaminya, si isteri berkata...

"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, rezeki yang masuk ke mulut kami... Semoga Allah memberi pahala untukmu wahai suamiku..."

Saat membasuh tubuh jenazah suaminya, dia berkata lagi...

"Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak-
anakku..., semoga Allah memberi pahala yang berlipat kali ganda untukmu wahai suamiku ..."

Kemudian ketika membasuh kaki jenazah suaminya, sambil teresak-esak dia berkata...

"Dengan kaki inilah abang keluar rumah mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih suamiku... semoga Allah memberimu kenikmatan hidup di akhirat dan
pahala yang berlipat kali ganda..."

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu dahi suaminya dan berkata...

"Terima kasih suamiku..., aku bahagia selama menjadi isterimu dan terlalu bahagia bersama keluarga kita... dan terima kasih juga kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu... dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah kepadamu..."

Subhanallah...
Indahnya saling mencintai karena Allah... meskipun terpisah sementara
di dunia tiada kekesalan  kerana yakin bahwa Allah akan mempertemu dan menyatukan kembali di akhirat nanti...

Semoga Allah merahmati kita jua...
Aamiin..

Nilai sebenar seorang isteri



Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda..

Allah
Wanita yg membaca ini
wanita pilihanMu
wanita yg cantik,
kuat & sabar...

Sayangilah dia serta kasihanilah dia.
Tolong bantu tingkat kan kehidupannya, mudahkan rezekinya,  badannya,
Jika dia melangkah mudahkan langkahnya & selamat kan dia.


Mesej yg menyentuh hati dari seorang wanita....
■ Saya bekerja 24 jam sehari..
■ Sayalah ibu...
■ Sayalah isteri...
■ Sayalah anak perempuan..
■ Sayalah menantu...
■ Sayalah jam loceng..
■ Sayalah tukang masak...
■ Sayalah pembantu rumah...
■ Sayalah guru...
■ Sayalah pelayan..
■ Sayalah nenek...
■ Sayalah jururawat..
■ Sayalah jurukamera..
■ Sayalah pengawal keselamatan..
■ Sayalah kaunselor..
■ Sayalah selimut...
📝saya x ada percutian
📝saya x ada cuti sakit
📝saya x ada cuti harian
📝saya bekerja siang malam
📝saya sentiasa 'on call'


Dedikasi untuk semua wanita.
Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam 💋
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!! 

Tanda badan penuh toksik



Sembelit
Anda perlu membuang air besar dua kali sehari bagi memastikan bahan bahan buangan pepejal dan cecair bertoksik tidak disimpan lama di dalam badan dan membawa penyakit.

Kembung perut
Usus yang tidak bersih dan penuh toksin akan menyebabkan angin terperangkap di dalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.

Sakit kepala
Badan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala berulang ulang, malah boleh menyerang anda pada setiap hari.

Letih dan lesu
Toksin yang terkumpul dalam badan seumpama racun yang mencuri tenaga di dalam badan, menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari.

Mulut berbau
Usus yang kotor dan tidak dibersihkan secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain di sekeliling.

Perut buncit
Najis yang terkumpul lama dalam usus akan mengeras dan menjadi tempat angin berkumpul. ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi walaupun berat badan anda masih normal.

Kulit kusam
Jika masalaj kulit seperti jerawat dan kulit kusam ada berpanjangan, cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang terkumpul dalam badan terlebih dahulu.

Kemaruk makan.
Badan yang bertoksin akan menyebabkan anda tidak boleh mengawal cara makan dengan baik, malah menyebabkan anda sering rasa lapar dan ingin mengunyah makanan sepanjang hari.

Take note:


Jerawat tumbuh tanpa henti



JAM menunjukkan 9 pagi. Seperti biasa inilah masa untuk saya memberi taklimat kepada semua konsultan kami. Semasa saya sedang memberi taklimat, loceng, pintu pusat kecantikan berbunyi. Kelihatan kelibat seorang wanita yang saya anggarkan berumur lingkungan awal 40-an. Kehadiran dia diterima dengan hati yang gembira oleh kami semua. Dengan segera saya membawa dia ke ruang konsultasi.

Melihat kepadanya, saya mendapati dia tidak menghadapi sebarang masalah yang teruk. Namun, untuk pengetahuan yang lebih tepat, saya meminta dia menceritakan masalah yang dihadapi sehingga sukar untuk senyum. Ternyata ada masalah yang terbuku di hati wanita ini.Sambil membuka tudung yang dipakai dia bercerita.

“Saya ada masalah jerawat tumbuh tak berhenti. Sejak saya tingkatan tiga lagi. Macam-macam cara saya dah cuba. Waktu itu, mak saya pesan jangan picit, saya tak picit,” kata dia.

“Suatu hari, saya terbaca petua untuk hilangkan jerawat dengan cara menyapu baking soda yang telah dibancuh dengan air ke muka. Dengan semangat nak hilangkan jerawat, saya pun cuba petua tersebut tanpa fikir panjang. Namun, tiada perubahan. Hampa.” Sambungnya lagi.

“Keadaan berlarutan sehingga saya memasuki ke alam universiti. Pada mulanya, saya amat malu untuk ke kelas dengan muka yang menggerutu. Namun saya gigihkan semangat kerana khuatir saya gagal dalam peperiksaan. Suatu hari, kawan serumah saya memberi cadangan supaya mencuba produk X. Khabarnya produk tersebut mampu menghilangkan jerawat dengan segera. Masa inilah saya mula pandai mencari-cari produk kecantikan sendiri di pasaran. Sebut sahaja nama-nama produk, semuanya saya sudah cuba.” Tambah dia lagi.

“Masalah jerawat ini reda sekejap waktu saya berumur pertengahan 30-an. Waktu itu, saya sudah berkahwin. Alhamdulillah, suami dapat terima saya dengan wajah yang berjerawat seikhlas hati. Saya fikirkan masalah jerawat saya dah pulih. Tapi jangkaan saya meleset kerana masalah jerawat datang menyerang saya semula sekarang. Umur saya dah masuk 40-an. Hampa. Doktor, apa puncanya ni! Saya dah buntu nak buat apa lagi. Harap doktor dapat bantu saya.” Rintih wanita itu.

Sedih saya mendengar masalah yang dihadapi olehnya. Saya segera meyakinkan bahawa masalahnya dapat diatasi di klinik saya. Wajah yang menggerutu disebabkan jerawat akan memberikan kesan yang tidak baik kepada seseorang. Wajah seseorang akan dipenuhi parut (scar) berbentuk lubang, bintik hitam dan berbenjol-benjol sehingga ada suara-suara sumbang menggelarkan parut itu sebagai kawah di permukaan bulan. Seseorang pasti akan berasa malu untuk bertentang mata lebih lama dengan orang lain. Rasa rendah diri untuk menjalinkan hubungan yang lebihserius bersama orang lain berlawanan jantina. Seseorang yang menghadapi masalah jerawat akan berasa kurang keyakinan untuk berkenalan dengan lebih ramai rakan baru sehingga dianggap bagaikan anti-social.

Bukan itu sahaja, seseorang yang menghadapi masalah jerawat juga akan menghadapi masa depan dalam bidang kerjaya yang kurang cerah. Mengikut peredaran zaman, kebanyakan pekerjaan pada masa kini memerlukan pekerja yang mempunyai penampilan yang menawan. Memang ini suatu realiti, jangan terkejut jika ada majikan yang “pilih kasih” untuk memberi peluang lebih cerah kepada mereka yang memiliki wajah yang cantik dan bersih berbanding yang kurang menarik. Inilah hakikatnya. Begitu juga sekiranya seseorang masih mencari pekerjaan, lebih sukar untuk “memikat” hati penemuduga oleh sebab wajah yang kurang menawan (akibat dipenuhi dengan jerawat).

Sampai satu tahap, seseorang akan mengalami tekanan perasaan dan kemurungan akibat wajah yang tidak secantik rakan-rakan anda yang lain. Kadangkala akan berasa sangat cemburu, dan berkata dalam hati, “Kenapalah nasib aku macam ni.”


Credit : SINI

Penularan barah paru-paru




BARAH paru-paru adalah punca kematian nombor satu di Asia dalam kalangan lelaki dan punca kematian kedua dalam kalangan wanita. Lebih separuh atau 51.4 peratus kes barah paru-paru berlaku di Asia.

Orang ramai perlu lebih berhati-hati kerana barah paru-paru merupakan antara sepuluh punca kematian berkaitan barah utama di negara ini berbanding penyakit barah lain.

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2014, kematian akibat barah paru-paru di negara ini mencecah 4,088 kes atau 3.22 peratus.

Merokok dikatakan sebagai punca utama penyakit tersebut. Bagaimanapun, bilangan penghidap barah paru-paru bukan perokok juga sedang meningkat.

Rawatan yang biasa digunakan untuk barah paru-paru di negara ini adalah terapi radiasi dan kemoterapi. Ubat-ubatan yang digunakan secara meluas dalam kemoterapi adalah Erlotinib, Gefitinib, Gilotrif dan Crizotinib.

Dalam konteks ini, syarikat farmaseutikal Boehringer Ingelheim dari Jerman telah mendapati hasil ujian LUX-Lung 7 atau ujian global perbandingan langsung bagi membandingkan terapi tisu dalam reseptor faktor pertumbuhan epidermis (EGFR) adalah berkesan dalam mencegah penyakit tersebut.

Mereka mendapati kadar kelangsungan hidup purata pesakit barah paru-paru bukan sel kecil (NSCLC) yang menerima rawatan terapi khusus untuk barah dikatakan jauh lebih panjang berbanding mereka yang menghentikan rawatan untuk penyakit itu.

Didapati ujian LUX-Lung 7 menunjukkan bahawa rawatan Afatinib dapat mengurangkan risiko penularan barah paru-paru sehingga 27 peratus berbanding Gefitinib.

Lama kelamaan peningkatan kelangsungan hidup tanpa penularan penyakit atau PFS dilihat lebih ketara dengan lebih ramai pesakit hidup tanpa menghidap penyakit setelah 18 bulan berbanding 15 bulan. Ini menunjukkan manfaat jangka panjang hasil penggunaan Afatinib berbanding Gefitinib.

Lebih penting apabila ramai pesakit yang dirawat dengan Afatinib menunjukkan tindak balas tumor secara klinikal menyusut sebanyak 70 peratus berbanding 50 peratus dibandingkan rawatan Gefitinib dalam tempoh 10 bulan.

Pakar penyelidik utama LUX-Lung 7 dari Institut Perubatan Barah Inovatif (ICMI) di Pusat Perubatan Samsung, Pusat Pengajian Perubatan Universiti Sungkyunkwan, Seoul, Korea Selatan, Prof. Keunchil Park telah mengumumkan kelebihan Afatinib.

“LUX-Lung 7 merupakan ujian global pertama yang secara langsung membandingkan rawatan EGFR, dan keputusannya menunjukkan kelebihan perencat Afatinib dan Gefitinib yang biasanya digunakan dalam rawatan utama barah,” katanya.

Kajian LUX-Lung 7 mendapati Afatinib mempunyai kelebihan berbanding Gefitinib dalam mengurangkan risiko penularan penyakit dan kegagalan rawatan di kalangan pesakit barah paru-paru.
Afatinib telah diluluskan di lebih 60 buah negara untuk rawatan utama bagi kanser NSCLC dengan mutasi di bawah jenama Giotrif keluaran Boehringer Ingelheim.


Credit : SINI



Janji kau memakan hati aku


Aku mintak maaf. Maaf sebab terlalu banyak sakitkan hati kau. Maaf sebab ego aku tinggi melangit. Maaf sebab terlalu banyak buat kau terasa dengan sikap aku. Maaf sebab sentiasa menyusahkan kau. 

Entah! kekadang aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa. Bila kau depan aku. Aku tengok kau lebih banyak habiskan masa dengan handphone berbanding aku. Aku siapa depan kau? Tunggul ke?

Kekadang aku tak pasti betul ke tidak sayang kau untuk aku. Terlintas dihati, kau hanya sayang aku tika kau sunyi. Hurmmm.. entahlah. Hati aku terlalu rapuh untuk kau. Sebab aku sayang kau. Sebab tu aku benci menyayangi. Sebab hati aku terlalu rapuh untuk orang yang aku sayang. Jiwa kau jadi sensatif. Bagi kau, maybe sesuatu perka tu hanya gurauan, hanya benda yang remeh temeh. Tapi bagi aku ianya terlalu deep. Mudahnya aku bazirkan airmata. Kau apa tahu apa yang aku rasa.

Untuk malam ni, aku tertunggu tunggu sekeping massage dari kau. Sekeping je, tak banyak pun. Tapi ianya bagaikan agak mustahil. Dia dah datang jumpa kau. Jadi aku maybe tak bererti lagi untuk kau. Kan?

Kau maybe sedang happy happy dengan dia. Sedangkan aku dekat sini titiskan airmata untuk kau. Sungguh aku dah tak kuat. Aku dah tak larat nak hadap semua ni. Aku nak give up tapi tak mampu. Aku sayangkan kau. 

Mana semua janji janji kau sebelum dia datang? Mana pergi semua janji janji tu? Untuk sekian kalinya lagi aku diperbodohkan. Kau perbodohkan aku. Janji kau tak pernah tunaikan. Sama seperti hari hari yang sudah. Hurmmm aku benci kau! Aku benci kau sebab kau buat aku terlalu sayangkan kau! 

Aku penat dengan semua ni. Aku letih. Aku terlalu letih. Seandainya kau faham apa yang aku rasa, aku mohon kau hentikan semua ni. Jelaskan pada aku supaya hati aku tak lagi ternanti nantikan kau!



Hebat ciptaan Allah : Mengapa lubang hidung ada dua.


HEBAT CIPTAAN ALLAH:
MENGAPA LUBANG HIDUNG ADA DUA..?
----------------------------------

👃Kita memiliki hidung berlubang disebelah  kiri dan kanan, apakah fungsinya sama..?

👃Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya:-

**sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas); dan

**sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk)..

🔻Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

🔻Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya. Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

🔻Perempuan bernafas lebih dgn hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.😊

Laki-laki bernafas lebih dgn hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.😁

🔻Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yg bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan?

🔻Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

🔻Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

🔻Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.

🔻Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.

Take note : Semoga perkongsian ni bermanfaat utk kita semua. Salam Ukhwah.

Sumber : Tibun Nabawi🌹

KENAPA MANUSIA MENJERIT-JERIT MASA MARAH?


Seorang Syeikh berjalan dengan para muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak.

Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya : "Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?".

Salah seorang murid menjawab : "Karena kehilangan sabar sebab itulah mereka berteriak."

"Tetapi , mengapa harus berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya?
Bukankah pesan yang ia sampaikan boleh diucapkan dengan perlahan saja?" Tanya Syeikh menguji murid2nya.

Muridnya pun saling memberikan jawapan, namun tidak satupun jawapan yang mereka sepakati.

Akhirnya Syeikh berkata : "Bila dua orang sedang marah, ketahuilah hati mereka saling berjauhan. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka mesti berteriak agar perkataannya dapat didengar.

Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakannya. Karena jarak kedua hati semakin jauh".

"Begitu juga sebaliknya, di saat kedua insan saling jatuh cinta?" Tanya Syeikh.

"Mereka tidak saling berteriak antara yang satu dengan yang lain. Mereka berbicara lembut karena hati mereka berdekatan. Jarak antara ke 2 hati sangat dekat."

"Bila mereka semakin lagi saling mencintai, apa yang terjadi?", Mereka tidak lagi bicara. Mereka Hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih-sayang. Pada Akhirnya , mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."

Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut : "Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kian menjauh. Karena jika kita biarkan, satu hari jaraknya tidak akan lagi boleh ditempuh"!!!


C&P : Bahagian Dakwah,JAKIM.

Apa itu 8Share


Pengguna 8Share - "Share it right"
Apabila kita berkongsikan Special dengan rakan-rakan, kita harus "Share it right". Maksudnya, kita "kongsi cara betul".

Kita bukan di sini untuk menipu atau memanipulasikan aktiviti berkongsi dengan rakan-rakan. Komuniti 8Share telah mengambil masa bertahun-tahun untuk membina kepercayaan dengan para pengiklan. Mereka bekerja keras untuk membina jenama dan produk yang anda gemari. Mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada anda, sebagai wakil dari 8Share, untuk berkongsikan benda-benda yang menarik dengan rakan, dan untuk memastikan kita kongsi dengan cara yang betul. Atas sebab inilah, kita dibayar dengan wang ringgit.

Mengapa "Share it right?"
**Jika kita "Share it right", kita akan bina lebih kepercayaan, lantas kita boleh dapat lebih Specials dan ganjaran wang ringgit.. Jika anda cuba untuk memanipulasikan sistem, para pengiklan tidak mahu bekerjasama dengan 8Share. Maka tamatlah episod 8Share untuk anda, dan juga untuk semua yang lain.

**Jika anda kongsi cara betul, anda akan menerima wang ringgit yang anda usahakan secara wajar (dan Halal)... Jika anda cuba manipulasikan sistem, anda juga sedang mencuri wang yang bukan milik anda. Seluruh komuniti pengkongsi yang jujur di 8Share mengharapkan supaya anda tidak mencuri wang mereka.

**Jika anda "Share it right", anda akan terima wang ke akaun bank tanpa masalah, seperti mereka yang lain. Jika anda cuba untuk menipu hanya SATU klik, ada kemungkinan sistem akan "suspend" request cash out, ban anda untuk selamanya, dan anda akan hilang semua wang yang telah anda kumpul di dalam akaun. Jangan lakukan.


5 Tiang "8Share Sharer Code of Honour"

**Pengkongsi sejati berkongsi seperti seperti sedia kala
Bila anda berkongsikan sesuatu yang menarik dengan rakan-rakan, mungkin anda akan post di Twitter atau Google+ anda. Kadangkala anda akan "tag" rakan-rakan, atau beri deskripsi mengapa link tersebut amat menarik bagi anda. Kita adalah generasi media sosial, kita tahu bagaimana cara untuk berkongsikan benda-benda yang best dengan rakan-rakan. Begitu juga dengan 8Share, kita berkongsi seperti mana kita telah terbiasa selama ini.

**Pengkongsi sejati tidak menipu atau meminta orang untuk klik link mereka
Pengguna 8Share tidak akan menyuruh orang lain untuk klik "unique link" mereka, termasuk menggunakan ayat seperti 'Klik link ini', 'Tolong saya klik', atau ayat-ayat yang sewaktu dengannya; atau menggunakan teknik-teknik yang tidak telus untuk mendapatkan klik, termasuk (dan tidak hanya) menggunakan ayat-ayat atau gambar-gambar yang tiada kaitan dengan kandungan di link tersebut! Itu adalah kejam.

**Pengkongsi sejati tidak akan "spam"
Pengguna 8Share tidak boleh “share” link Specials yang tersedia lebih dari sekali di dalam satu post/Tweet
Pengguna 8Share tidak dibenarkan “share” Specials berturut-turut tanpa diskripsi.
Pengguna 8Share tidak dibenarkan menghantar mesej yang sama kepada sekumpulan yang kecil atau besar.

Pengguna 8Share tidak akan berkongsikan link di Page atau laman web yang bukan milik mereka. Khususnya Page Facebook 8Share, Facebook Page Jenama, Forum-forum, dan Laman web cari kerja. Apabila anda berkongsi, anda mewakili 8Share, dan 8Share sama sekali TIDAK "spam".

**Pengkongsi sejati tidak meninggikan Unique Visit (U.V.) dengan cara yang tidak semulajadi.
Pengguna 8Share tidak akan klik "unique link" mereka sendiri, atau meninggikan klik-klik secara tiruan. Ini bermaksud menggunakan skrip pop-up automatik, 'membersihkan cookies', menggunakan mesin-mesin yang berlainan, klik ring (Grup-grup 'saya klik untuk anda, anda klik untuk saya'), laman web yang membayar anda bagi setiap klik(pay per click) dan sebarang cara yang luar biasa berbanding cara biasa anda berkongsikan link menarik dengan rakan.

**Pengkongsi sejati tidak menggunakan pelbagai akaun atau identiti palsu di 8Share
Pengguna 8Share hanya menggunakan SATU akaun 8Share dan tidak akan cuba untuk membuka akaun-akaun tambahan. 8Share adalah komuniti di mana pengguna sejati berkongsikan benda-benda menarik dengan rakan mereka. Cubaan untuk menyamar menjadi orang lain, membuka akaun-akaun tambahan atau menyamar sebagai sesuatu organisasi akan menghakis kepercayaan ini dan akan memudaratkan komuniti.

Berminat untuk join 8Share? Jom KLIK SINI

http://po.st/eZJrVc

Take Note : Jika anda ragu-ragu, ingat sahaja prinsip 'kongsi cara betul'. Ini akan memastikan anda akan dapat cash out, seperti orang lain, dan menjamin masa depan 8Share.

Credit : Frequently Asked Question