Alya Natasha melihat
jam yang melilit di pergelangan tangannya. Lagi setengah jam loceng akan
berbunyi. Dia mendengus. Penerangan Cikgu Sama tentang factor-faktor
perkembangan Bandar di Tanah Melayu tidak dihiraukannya. Memang dia bosan
dengan mata peajaran Sejarah tetapu yang lebih membosankannya ialah guru yang
mengajar subjel tersebut yang juga merangkap guru disiplin pelajar perempuan.
Sudah beberapa kali guru tersebut memalukannya kerana melakukan pelbagai salah
laku. Dia benci! Guru muda itu juga telah mengugut akan memberitau ibunya
sekiranya dia mengulangi kesalahan yang sama.
Ahhh!” mengingatkan peristiwa dua hari lepas, hatinya
jadi sakit.
“Alya, sudah berapa kali awak tengok jam? Kenapa? Dah tak
sabar nak jumpa boyfriend awak?”
Dia tersentak.
Cikgu Sama merapati
mejanya.
“Tengok! Ini nota sejarah awak?” Cikgu Salma mengambil
keratan gambar Lee Hongki yang baru dikoyakkannya daripada surat khabar
perpustakaan rehat tadi.
Alya Natasha
menuntukkan kepalanya, berpura-pura takut. Dalam hati dia menyumpah Darwish
yang telah melihat gambar tersebut dan meletakkannya di dalam buku mota
Sejarahnya. Lebih menyakitkan hatinya bila Cikgu Salma merenyuk-renyuk gambar
artis pujaannya itu dan melemparkan ke mukanya.
Hati Alya Natasha
semakin sakit!
Dia mengangkat muka
melihat kawan-kawan sekelasnya. Matanya berhenti pada Kiera. Pandangan tajam
Kiera seolah-olah mengejak dan mentertawakannya. Di sebelah Kiera duduk pula
Dami, pengawas yang selalu mengadu masalah dan kesalahan peajar-pelajar
perempuan kepada Cikgu Salma. Suriati cukup menyampah melihat kedua-dua manusia
itu. Tetapi dia mengurut dada lega bila mendengar loceng waktu balik berbunyi.
“Okay kelas, balik siapkan tugasan yang cikgu berikan
tadi dan tolong hantar tugasan pada pagi besok.”
“Bangun! Terima kasih cikgu.” Suara Fadir, Ketua
Tingkatan 5C disambut gembira oeh pelajar lain.
“Alya! Ikut saya ke bilik guru!” arah Cikgu Salma tegas.
Serta-merta air muka
Alya Natasha berubah. Rancangannya untuk melepak dengan Zack di pusat membeli
belah terpaksa dibatakan saja.
“Alya! Apa lagi yang awak khayalkan? Cepat siapkan
kerja-kerja ni!”
Hampir terpeanting pen
yang sedang digigit hujungnya. Serta-merta seluruh ingatannya terbang. Dia
meneruskan kerja-kerja latihan Sejarah yang tidak disiapkan sebelum ini. Dia
menyeak buku di depannya., membilang-biang jumpal muka surat latihan yang
terpaksa disiapkan pada petang itu.
“Mak! Datuk! Lagi
sepuluh helai.” Perutnya mendidih pedih. Tadi waktu rehat dia tidal makan di
kantin. Wanng beanja pemberian ibunya pagi tadi dan pagi semalam disimpan untuk
membelanja di pusat membei belah nanti.
“Alya, minta nombor teefon rumah awak. Saya nakberitahu
keluarga awak kenapa awak balik lewat hari ni. Nanti risau pula mereka.”
“Rumah saya tak ada telefon, cikgu.” Sengaja dia
berbohong. Bimbang tembeangnya akan pecah. Malam tadi sesudah dia menelefon
Zack, dia memberitahu ibunya yang dia akan balik lewat kerana ada keas tambahan
Sains.
“Kalau begitu, mungkin awak ada nombor telefon jiran
terdekat.”
Guru itu dirasakan
masih sengaja mahu menyakiti hatinya.
“Ibu saya tak ada di rumah, cikgu. Pukul 6 nanti baru
puang.”
“Ayah?”
“Ayah dan Ibu saya dah dah bercerai.”
Cikgu Salma merenung
Alya Natasha. Tidak disangkanya gadis selincah Alya Natasha mempunyai
perjalanan hidup yang tidak sesempurna gadis-gadis remaja lain.
Alya Natasha meneruskan
kerja. Dari ekor matanya, dia dapat merasakan yang Cikgu Salma sedang
memerhatikannya.
“Awak selalu berjumpa ayah awak.?”
“Sejak mereka bercerai. Saya tak pernah jumpa dia lagi.”
“Ayah awak tinggal di mana?”
“Tak tahulah, cikgu. Ibu saya akan marah bila saya
bertanya tentang ayah. Ata mak, ayah sudah mati.”
“Ibu awak ada beritahu sebab yang mereka bercerai?”
“Tidak, cikgu. Tapi saya masih ingat, ketika itu saya
dalam darjah dua.”
“Ibu awak kerja apa sekarang?”
“Kerja Ofis.”
“Adik-beradik awak
berapa orang?”
‘Ahhh! Banyak tanya
pula orang tua ni. Bukannya apa, sengaja nak cari modal untuk diceritakan pada
guru-guru lain.’ Alya Natasha mengerutu di dalam hati.
Dua orang.”
“Adik awak berapa
tahun?”
“Dua belas tahun.”
“Ibu awak kahwin lain?”
“Tidak.” Jawapan yang
tidak sempurna itu cukup untuk menunjukkan yang Alya Natasha tidak suka kisah
hidupnya diketahui oeh orang lain.
Cikgu Salma menulis
sesuatu didalam buku rekod pelajarannya. Dia tifak dapat menumpukan perhatian.
Ada sesuatu yang mengocak jiwa wanitanya. Dia ingin bertanya Alya Natasha lebih
lanjut tentang latar belakang hidup pelajarnya itu tetapi melihatkan Alya
Natasha seolah-olah tiada mood, dipendamkan sahaja niatnya itu. Lagipun dia
tidak mahu mengganggu ketekunan Alya Natasha yang cuba menghabiskan kerjanya
itu. Walaupun dia seorang guru disiplin
yang selalu memarahi pelajar-pelajarnya tetapi dia menganggap
pelajar-pelajarnya seperti anak-anaknya juga. Dalam diam dia menyimpan azam
untuk memulihkan pelajar yang selalu melanggar peraturan sekolah itu.
“dah siap?” Cikgu Salma bertanya setelah melihat Alya
Natasha menggeliat kepenatan.
Dia mengangguk lemah.
Jarum jam di bilik guru menunjukkan hampir pukul tiga setengah petang.
Cikgu Salma meneliti
kerja Alya Natasha. Dia tersenyum melihat tulisan Alya Natasha yang senget
sekejap ke kiri dan sekejap ke kana sebelum mengangguk tanda puas hati.
“Lain kali jangan main-main dalam kelas lagi.” Cikgu
Salma masih mahu memberti nasihat.
“Terima kash, cikgu,” ucap penghargaan kerana terpaksa
dari Alya Natasha.
“Jom cikgu hantar kamu balik.”
“Tak payahlah, cikgu. Saya boleh balik dengan bas nanti.
‘Ahh! Lebih baik naik
bas. Boleh juga aku ronda-ronda di Bandar nanti.’ Alya Natasha memujuk hatinya.
Niatnya untuk meronda
terpaksa dibatalkan. Perutnya memulas sakit. Dia menekan perut sambil berjalan
ke perhentian bas berhampiran. Peluh dingin mula merenik di mukanya. Air
matanya sudah tidak dapat ditahan lagi. dia menahan sebuah teksi.
“Hantarkan saya ke rumah nombor Lot 2141, Taman Aman
Desa.”
Dia tiada pilihan lagi. Jika naik bas, dia terpaksa berjalan setengah kilometer ke rumahnya dari perhatian bas. Perutnya sakit bagai hendak pecah.
Dia tiada pilihan lagi. Jika naik bas, dia terpaksa berjalan setengah kilometer ke rumahnya dari perhatian bas. Perutnya sakit bagai hendak pecah.
Tiba di rumah, ibunya
terperanjat melihat wajah Alya Natasha yang pucat lesu.
“Kenapa Sha? Tak sihat. Ya?”
Alya Natasha
menyembamkan mukanya ke bahu ibunya.
“Tadi Cikgu Salma meneruskan kelas sehingga pukul tiga
setengah. Siapa pun tak boleh keuar makan.” Dalam esak Alya Natasha masih
sempat mendustai ibunya.
“Teruknya cikgu Shat u. Esok Ibu akan jumpa pengetua.”
Alya Natasha tidak
menjawab. Dia mengikut sahaja ibunya ke biik. Puan Ramlah mengurut perut Alya
Natasha dengan minyak angin. Perut yang merening kembung itu beransur-ansur
kempis sedikit.
Selepas makan malam,
Alya Natasha terus berehat di daam biliknya sehingga tertidur.
------- BERSAMBUNG----
Nota Hati : Ketika jemari lincah bertaip, telinga aku disajikan dengan halwa alunan lagu Senandung Malam by Erin. Hati sedikit terusik menghayati bait-bait lagu sambil memerah idea yang bersimpang siur dalam kepala. Bagi aku mendalam maksud yang tersirat dalam lagu ni. Okbya ! Assalamualaikum..
Singgah baca
BalasPadampndai karang cerita ;)
BalasPadam