Teruntuk Ayahku Hero Pertamaku

 Ayah...

Saat teringat kejadian hari dimana ayah meninggalkan aku untuk selama lamanya rasanya tidak ada kata yang mampu menjelaskan sesakit apa yang aku rasai.

Ketika mengingatimu, saat kita masih menghabiskan masa sampai saat aku tertanya tanya betul ke ayah dah takde, betul ke ayah dah tinggalkan aku, betul ke ayah sudah tidak ada bersamaku?? 

Betul ke ayah dah pergi? Tapi kenapa secepat ini? Tahu tak, sakit sangat bila persoalan tu sentiasa bermain diingatanku. Kenapa ayah pergi ketika aku baru je mampu untuk tunaikan segala apa yang ayah hajati. Kenapa ayah pergi ketika aku baru je nak kembali rapat dengan ayah. Kenapa ayah pergi ketika aku baru je nak tumpukan perhatian aku pada aya. Kenapa erk?

Dulu aku merantau dan habisan masa dengan belajar. Habis belajar, aku merantau lagi sebab kerja. Lepas kahwin dan pregnant barulah kerap contact dengan ayah. Aku bersalin dan berpantang di kampung. Ayahlah yang paling teruja dan gembira. Cucu dari satu satunya anak perempuannya ada di rumah. Aku nampak tau kegembiraan ayah tu. Pagi pagi cari cucu, memang tak bole berjauhanlah dengan cucu dia. ampir 3bulan aku dikampung, banyak coretan yang tercipta. Ayah sanggup ponteng dialisis sebab nak ambil cucu dia balik dari ospital. Tenga malam dengar suara cucu dia nangis, ayah akan bangun. Banyak.. banyak sangat kenangan manis tu. Sedihnya, hanya 6bulan sahaja ayah dapat manjakan cucunya.  

Tiada ulasan