Oh My Blog Berhabukkk!!

 


Oh my bloggg! Oh my blogg!! 

Sudah banyak hari tak buka blog semestinya hampir naik sawang labah labah ni. Adehhh! Bulan lepas baru je berazam nak mula blogging. Nak update entri setiap hari tanpa gagal. Tapi itulah, gagal juga akhirnya. Lahaiiii bloggg.. ni pun den terbuka blog sebab ada hamba Allah email bertanyakan tentang cara cara nak buat blog. Terus den buka blog tauuu. Buka pastu rasa bersalah sebab dah lama tak update. Huhuuu... perangai sangat erk!


Sebenarnya hujung bulan Mei haritu, den tak berapa sihat. Batuk, selsema, demam, datang sekali full package. Hampir seminggu jugaklah badan tak larat. Tapi tetap gagahkan diri juga uruskan hal hal dirumah. Bila den hampir sihat, anak solehah pulak demam selsema. Hurmmm... berjangkit dari ibu dialah ni. Sian kat anak, tidur malam tak lena. Hidung tersumbat lepas tu batuk batuk. Boleh dikatakan sepanjang anak tak sihat, den memang tak tidur lena dimalam hari. Bimbangkan anak tu satu, lepas tu anak memanjang nak tidur atas riba. Fuhhh.. rasa nak patah pinggang ibu nak. Demimu ibu relakan juga.


Dah sihat demam, raya pula. Raya Haji tahun ni balik Kuala Pilah. Tidur 2malam di kampung Kuala Pilah. Banyak aktiviti yang dibuat sampaikan tak cukup tidur. Bertabahlah, bukan selalukan rasai suasana sebegitu.


Dah habis rasa, keadaan pun dah reda tapi mood blogging masih tak datang. Itu yang sampai ke sudah tak buka dan update blog. Kalau blog buka, laptop pun semestinya lah tidak terbuka. Lahaiii.. berhabuk sudah laptopku gamaknya. Okeylah.. jap lagi den blogwalking di blog kawan kawan ye. 

7 ulasan

  1. Hahahaha.. .Biasa lah tu LeYa pun azam nak update blog setiap hari tapi apa pun takde... haha..samalah blog berhabuk juga

    BalasPadam
  2. Kadang² memang ada juga mood malas nk buka blog . Tak taju nak update entri apa .. jadi silence mood

    BalasPadam
  3. Takpa, baru sebulan.. Dahulukan mana yang lebih penting... Selamat kembali Dan berblogwalking ye..

    BalasPadam
  4. Sekarang ni ramai batuk berpanjangan... Anak² pun mudah jatuh sakit.
    Pelan² kayuh Aein... Dah sihat dah lapang boleh la berblog ye

    BalasPadam
  5. Biasalah tu.. Ada masa memang akan jadi macam tu..
    Semoga terus semangat untuk berblog.. U can do it..
    Take your time.. nanti dah ada mood, bloglah semula..

    BalasPadam
  6. takpe mmg normal hilang mood nak update blog.. k.ana dulu pernah hilang mood setahun takda update blog tp pastu tetiba mood dtg kembali hehe

    BalasPadam
  7. Tak usah dipaksa kak. Terkadang memang mood menulis itu harus ada dulu, baru kita bisa lancar menulisnya. Jenuh tuh pasti semua bloggers pernah alami, termasuk saya 😅. Kalobdah begitu, memang saya akan off dulu, lakukan hobby, atau apapun, baru nanti menulis lagi 😉

    BalasPadam