Assalamualaikum,
Dalam tak sedar, dah 2minggu mulakan kerja. Alhamdulillah, rutin pagi dan petang dah mula teratur, tak ada kelam kelibut seperti minggu pertama mulakan kerja haritu. Hahaaaaa, perit betul bila diingat kembali.
Sepanjang 2minggu kerja, banyak benda yang aku belajar. Walaupun ada sesetengah darinya merupakan pengalaman yang betul betul baru untuk aku. Takpe, itu cabaran dan bonus sebab dapat belajar sesuatu luar dari bidang aku. Antara benda baru yang aku belajar adalah key in segala data yang berkenaan dalam komputer. Yess, sesuatu yang baru sebab sebelum ni aku banyak mengadap machine. Tapi sekarang banyak mengadap komputer tapi perlu jugak tahu berkenaan machine. Omouteh kata perlu multitasking. Hah gitchu!
Ini juga salah satu cabaran dan pengalaman baru yang aku belajar. Tempat tu masih lagi menggunakan pendawaian lama. Aksesorinya juga sangatlah lama, sampaikan ada sesetengah spare part tu aku pertama kali melihat didepan mata. Sebelum ni tengok dalam gambar je. Pendawaian lama dengan cable berselirat. Rasa geram je nak buat wiring baru, yang kemas, helok, tersusun rapi sikit. Tapi itulah, ada cabarannya. Rumit dan makan modal!
Petang tadi team maintenance kemas kemas dan test run machine yang agak lama tak digunakan. Hurmm... sekali trip dan bau hangit menusuk hidup. Lah, burn sudah. Adehhh..
Alhamdulillah, rasa senang dan sangat menyenangkan disini. Walaupun ada beberapa perkara yang tak menyenangkan. Bagi aku itu semua boleh tolak tepi sebab aku ada team yang sangat supportive. Itulah yang paling utama untuk aku. Bila selesa dengan team maka semestinya akan rasa selesa untuk buat segala kerja yang diberikan.
Semoga terus bersemangat dan terus diberi kekuatan yang kuat untuk aku fokus dan terus kerja tanpa give up. Aamin.
semoga kuat dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam bidang pekerjaan
BalasPadamTake care dik
BalasPadam