Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

26 Fakta Psikologi Yang Tidak Dijangka Mengenai Manusia


Belajar sesuatu mengenai diri sendiri kebiasaannya sangatlah menarik dan menghiburkan. Memahami psikologi di sebalik perlakuan kita, cara melayan orang lain, dan cara kita mengekspress diri pastilah lagi menarik.

Jom lihat senarai fakta psikologi yang dapat membantu kita memahami diri sendiri dan orang lain.

1. Hubungan persahabatan yang lahir semasa berumur antara 16 tahun hingga 28 tahun adalah lebih cenderung untuk bertahan teguh dan bertahan jangka masa panjang.

2. Wanita kebanyakannya menyukai lelaki dengan suara serak dan dalam kerana mereka kelihatan lebih yakin diri dan tidak aggresif.

3. Orang yang mampu memberi nasihat terbaik adalah selalunya orang yang pernah mempunyai masalah yang paling banyak.

4. Semakin bijak seseorang itu, semakin pantas dia berfikir, dan semakin tidak cantik tulisannya.

5. Emosi kita tidak dipengaruhi oleh cara kita berkomunikasi. Sebaliknya, cara kita berkomunikasi dipengaruhi oleh mood dan emosi kita.

6.Cara seseorang melayan kakitangan restoran sebenarnya menunjukkan banyak perkara mengenai karakter dirinya.

7. Orang yang mempunyai rasa bersalah yang kuat, adalah lebih mudah untuk memahami perasaan dan pemikiran orang lain.

8. Lelaki adalah lebih kelakar berbanding wanita: mereka cuma membuat lebih banyak jenaka, tidak kira apa orang fikir, samada ia kelakar atau tidak.

9. Orang yang pemalu akan bercakap sedikit mengenai diri mereka, tetapi mereka melakukannya seakan-akan orang lain sudah mengenali mereka.

10. Badan wanita mempunyai reseptor deria sakit dua kali lebih banyak berbanding badan lelaki, tetapi wanita lebih mudah menerima rasa sakit.

11. Mendengar muzik dengan frekuensi tinggi akan membuat kita lebih tenang, relaks dan gembira.

12. Jika anda tidak boleh berhenti berfikir pada tengah-tengah malam, sila bangun dan tuliskan dalam sehelai kertas. Ini akan lebih menenangkan minda anda dan memudahkan anda untuk tidur.

13. Teks mesej "selamat pagi" dan "selamat malam" mampu mengaktifkan bahagian otak yang bertanggungjawab untuk rasa gembira.

14. Melakukan perkara yang menakutkan anda sebenarnya akan membuatkan anda lebih rasa gembira.

15. Tempoh purata seorang wanita boleh menyimpan sesuatu rahsia adalah selama 47 jam dan 15 minit.

16. Orang yang cuba untuk menggembirakan setiap orang selalunya berakhir dengan rasa kesunyian dan keseorangan.

17. Semakin gembira perasaan kita, semakin kurang tempoh tidur yang kita perlukan.

18. Apabila memegang tangan orang yang kita sayang, kita akan rasa kurang bimbang dan kesakitan berkurangan.

19. Orang yang bijak cenderung untuk mempunyai kawan yang sedikit berbanding orang kebiasaan. Semakin bijak seseorang itu, semakin memilih la jadinya.

20. Berkahwin dengan kawan baik sendiri mengurangkan risiko perceraian sebanyak 70%, dan perkahwinan ini selalunya akan bertahan sepanjang hayat.

21. Wanita yang selalunya mempunyai ramai kawan lelaki, kebiasaannya akan mempunyai mood yang baik.

22. Orang yang suka bercakap dua bahasa akan menukar personaliti mereka secara tidak sedar setiap kali mereka bertukar bahasa.

23. Keseorangan dalam tempoh masa yang panjang adalah sangat tidak baik untuk kesihatan seakan-akan anda merokok 15 batang rokok sehari.

24. Pergi melancong akan meningkatkan kesihatan otak serta mengurangkan risiko serangan jantung dan depresi.

25. Seseorang itu akan nampak lebih menarik apabila dia bercakap mengenai perkara yang dia betul-betul berminat.

26. Apabila dua orang sedang berbicara, dan salah seorang darinya menggerakkan kaki menjauh atau berulangkali menggerakkan kaki ke depan dan kebelakang, ini menunjukkan bahawa dia tidak bersetuju dengan perkara yang dibincangkan, atau dia ingin keluar dari perbualan itu.

Sumber : Majalah Kesihatan

1 ulasan

  1. no 24 tu menarik sangat. kena kerap gi melancong la pasni

    BalasPadam