"Kami junior tak suka dibuli senior"
Yeyehhhhh.. setiap hari ulang ayat tu ramai ramai. Hahaaa bila fikir balik, rasanya senior senior tu okay je kot. Kami yang junior ni macam ganas sangat. Kihkihkihhh..!
Hostel Bailey Court. Rumah No 307. Sebuah rumah yang menyimpan sejuta kenangan untuk kami.
Di rumah tu laa tercipta sejuta satu macam kisah. Bilamana kami yang junior ni tinggal satu rumah tetiba senior masuk. Kau rasa?
Kebetulan rumah tu kami yang duduk dulu, so master room kami ambil, bilik tengah pun kami ambil. Yang tinggal hanya satu bilik kecil yang dekat dengan dapur. Nah, ambillah bilik tu wahai senior. Kihkihkihhh..
Kisahnya macam ni, si senior ni acah acah berlagak sangat. Kami tanya elok elok dijawabnya dengan sound sound. Eh, sakit pulak hati kami. Niat dihati nak berbaik terus boikot jadi musuh. Hah, bermusuhlah kami dalam rumah tu untuk satu semester. Waktu tu kami semester satu dan diaorang semester empat kalau tak silap.
Silap orang lah der, kalau kau nak arah kami buat itu ini. Ya, kami memang junior tapi kami bukan nudak budak lepasan SPM tau. Kami ni ada yang sambung level, ada yang transfer kredit dan ada yang dah lama habis SPM tapi baru nak sambung study.
Kesudahannya, satu rumah tu kami control. Dari tandas, dapur, rak kasut dan segala macam benda yang ada di ruang tamu tu. Padam muka kau. Berlagak lagi jadi senior. Setakat tittle senior tu apalah sangat. Belajarlah hormat orang sikit.
Tiada ulasan