Saya adalah pari-pari comel dari laut. Saya berenang tercomel-comel setiap hari. Walaupun saya bertelanjang bulat,tapi saya adalah pari-pari comel dari laut.
Tiada siapa pun akan sampai hati untuk marahkan saya dan memaksa saya memakai skirt pendek sebab saya pandai buat mata bulat-bulat sambil menyengetkan kepala kemudian berkelip laju-laju seperti kepak rama-rama.
Saya pari-pari comel dari laut. Walaupun saya comel, tapi saya tersisih. Ramai penghuni laut yang memandang saya,tapi tiada satu pun yang mahu berkawan dengan saya.
Jadi saya banyak menghabiskan masa di celah-celah batu. Sesekali bercakap dengan kuda laut tentang menu pada hari semalam dan berbicara tentang aromaterapi berbau epal yang terjatuh dari kapal walaupun kuda laut cuma reti menjeling.
Saya pari-pari comel dari laut. Saya suka berenang terkedek-kedek tercomel-comel. Saya suka pasir di dasar laut. Saya suka matahari tengahari yang kelihatan berkilat di tengah laut.
Tapi saya tiada kawan. Saya hidup bersendiri. Saya bukan hidup berkumpulan seperti ikan-ikan yang lain.
Apabila ikan jaws jeng jeng jeng mula menjengah dengan renangan berbentuk zik zek, saya jadi takut. Saya tiada kawan untuk tumpang berlindung atau tumpang menyorok di belakang bila saya berasa tidak selamat. Saya harus berenang cepat-cepat menyorok di celah-celah batu dalam keadaan berdebar-debar.
Dari celah batu saya lihat sekumpulan ikan berenang bersama seperti sayap yang besar. Lari bersam-sama dan menyelamatkan diri ikan jaws bersama-sama sambil ketawa lucu. Gembiranya.
Saya menangis.
Saya pari-pari comel dari laut. Tapi saya tiada kawan. Tiada siapa pedulikan saya.
Saya pari-pari comel dari laut. Tapi semua orang panggil saya ikan buntal.
Ikan buntal. Ikan buntal. Ikan buntal.
Saya tidak pernah percaya saya adalah ikan buntal. Kerana saya percaya, saya adalah pari-pari comel dari laut.
Take Note : jadilah diri sendiri !
jadi diri sendiri lagi best..
BalasPadamkan kan.. jadi laa diri sendiri ~
PadamWah menarik.. hehe..
BalasPadambtw jemput singgah blog rara..
http://carirara.blogspot.com/
huhuuuu saia bkn pepari dn saia bkn jgk ikan buntal.. saia hamba Allah yang ingin disayang dan menyayangi (:
BalasPadam