Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

- Warkah buat Ibu -

Ibu..
Dengarlah rintihan ini dari anakmu yang kerinduan. Hampir saban malam setelah Iza lena berada, barulah ibu pulang kerumah dan keesokan paginya seawal mungkin ibu bergegeas ke tempat kerja. Hurmm.. Iza langsung tak sempat untuk bertemu dengan ibu. Iza rindu ibu, rindu sangat bu.. Iza rindu saat-saat gembira disisi ibu. Kenapa ibu, kenapa ibu seakan berubah? Ibu leka mengejar kemewahan sehingga abaikan Iza. Sedarkah ibu akan kewujudan Iza? hurmm.. ibu, apa guna kemewahan yang ibu berikan ini, semua nie seakan kosong. Setiap hari balik dari kuliah, Iza hanya mampu menatap raut wajah Mak Jah, pembantu rumah yang ibu gajikan sedangkan Iza merindui raut wajah ibu.

Ibu,
Anakmu ini kian meningkat dewasa tapi kenapa semakin hari kemesraan antara kita bagaikan terhakis? ibu lebih pentingkan kerjaya daripada anak sendiri. Arghhh.. masih segar diingatan, sewaktu dibangku sekolah ibu tidak pernah hadir ke sekolah Iza setiap kali ada acara ataupun majlis. Ibu, Iza dapat nombor satu dalam kelas. Cikgu adakan majlis khas untuk Iza tapi ibu tak hadir padahal ibu dah janji. Hurmmm.. Iza sedih bu, sedih sangat dengan sikap ibu. Tidak berbanggakah ibu dengan pencapaian Iza? Iza tunggu ibu ditepi pagar sekolah tapi kehadiran ibu tak kelihatan, berkali-kali Iza cuba telefon ibu tapi ibu tak angkat. Iza menangis terkenangkan janji yang ibu mungkiri. Berkali-kali Iza terasa dengan sikap ibu, tapi sering kali Mak Jah berkata " Ibu sibuk bekerja untuk Iza, ibu tak nak tengok Iza susah, Iza tak boleh marahkan Ibu, tak baik, berdosa tau". Ya, ustazah Iza pun pernah cakap, berdosa kalau kita marah dan sakitkan hati ibu. Tapi macam mana pulak Ibu sakitkan hati anaknya ? ibu yang mungkir janji dengan anaknya? 

Ibu, 
kini anakmu berjaya menempatkan diri di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Teknologi Elektrik Kuasa. Jarak yang memisahkan kita semakin jauh. Mungkin ada hikmahnya Iza berada disini. Setiap hari Iza ditemani rakan-rakan yang tidak pernah putus menceriakan hidup Iza. Iza gembira sangat bu, gembira dapat kawan-kawan seperti mereka tapi jauh disudut hati Iza rindukan ibu. Terdetik dihati, pernah tak selama ini ibu bimbang akan sakit pening Iza? pernah tak selama ini ibu bimbang akan keselamatan Iza? pernah tak terfikir selama ini Iza cukup makan atau tidak?

Ibu,
lima tahun telah berlalu dan Iza berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Tapi sedihnya hati ini, sampainya hati ibu tidak menghadirkan diri pada hari bersejarah Iza. Hampah.., itulah yang Iza rasakan. Ibu, sedarkah ibu majlis konvokasyen tue penting sangat bagi Iza tapi kenapa ibu tak datang ? Sayu hati ini.. Iza hanya mampu melihat kawan-kawan bergembira disisi keluarag masing-masing. mereka tersenyum bahagia bu sedangkan Iza menangis hiba. Ibu masih tidak berubah, kerjaya ibu tetap nombor satu..

Ibu,
kini anakmu berada jauh diperantauan. Maaf seandainya apa yang Iza luahkan menyakiti hati ibu. Sekali lagi maaf, Iza hanya meluahkan apa yang terbuku dihati ini selama sedari dulu. Satu pinta Iza, jangan pernah ibu jejak Iza lagi. Biarkan iza disisi, mungkin berjauhan dari ibu adalah cara terbaik buat kita berdua. Ibu, ketahuilah apapun yang berlaku Iza tetap sayang ibu. Ibu punyai tempat teristimewa didalam hati Iza. Kasih Iza pada ibu tak pernah kurang walau seinci, kerinduan Iza buat ibu tidak akan pernah terpadam. Akhir kata sambutlah salam sayang penuh kerinduan dari anakmu- Haliza Natasha.


Tiada ulasan