Assalamualaikum..
Hai
readers, apa khabar? Rasanya dah lama kowt aku tak blogging. Lama dah kowt aku
tak update blog ni. Rasanya lama dah aku abaikan ‘blogbabyshambles’ nie. Kan?
Ok, abaikan segala macam rasa yang sedang aku rasai sekarang.
Dikeheningan
malam nie, aku berblogging sambil ditemani lagu-lagu sayu. Kenapa lagu sayu?
Hurmmm.. maybe sebab saat nie hati aku sedikit sedih kowt. Ok, sekali lagi
abaikan segala macam rasa yang aku rasai saat ni.
Dear
readers, #HappyNewYear2015 dan #SalamMaulidurRasul aku ucapkan pada korang
semua. Harapan aku semoga untuk tahun ni dan tahun-tahun akan datang, hidup
korang lebih bermakna, bahagia disisi kesayangan dan sentiasa dilindungi-Nya
selalu. Rasa-rasanya korang mesti ada azam baru, kan? Hahahaa meh sini share dengan
aku, apakah azam korang.
Azam
aku? Well, korang pun tahukan, aku dapat tawaran sambung study so azam aku mestilah
something yang sewaktu dengannya juga. Apakah itu? Huhuuu sebenarnya aku
bertekad untuk habiskan study secepat mungkin (*Giler! Study pun tak start lagi, dah berangan nak habis
study!). Yalah, untuk tahun nie usia aku
bertambah lagi satu angka so sampai bila aku nak study, study dan study, kan.
Lagipun aku dah plan, lepas habis ‘Chargeman A1’ ni, aku nak sambung VTO pulak.
InsyaAllah, andai semua berjalan lancar, aku akan memegang tittle ‘Tenaga
Pengajar’ dalam masa tiga tahun empat bulan dari sekarang. Oich perjalanan
hidup aku masih panjang. Apapun doakan azam dan cita-cita aku tercapai ye (:
Dalam
aku tak sedar tahun 2014 dah pun pergi meninggalkan aku. Namun kisah suka duka
yang terlakar takkan mungkin dapat aku melupakan. Buat mak, ayah, abang dan
adik-adik, terima kasih kerana sentiasa ada disisi tatkala aku memerlukan.
Terima kasih yang tak terhingga kerana sentiasa teguh mempercayai tindak tanduk
dan tingkah laku aku. Buat sahabat, thanks sebab sentiasa tolong aku dalam
pelajaran, sentiasa teman aku melepak, sentiasa hulurkan bahu tatkala aku putus
cinta. Hahaha.. thanks sahabat.
Malam
kian beranjak pagi, tapi aku masih setia bertemankan lappy. Bila diimbau balik
perjalanan hidup tahun lepas, rasa macam sebak pulak. Terlalu banyak perkara
yang terjadi. Hurmmm perkara sedih yang tak dapat aku lupakan bila ayah aku
masuk wad, adik aku excident, aku kehilangan pak saudara dan akak sepupu. Tapi
apapun dalam sedih tetap ada gembira. Aku gembira sebab aku dapat seorang lagi
sepupu baru (*baby boy), abang aku bertunang dan aku berjaya menamatkan latihan
di Akademik Binaan Malaysia Timur (ABMT) dan sekaligus melaksanakan azam aku
untuk tahun 2014 iaitu menggengam sijil wireman. Alhamdulillah, aku berjaya! (:
Untuk
tahun 2015, aku harap apa yang dihajati yang diingini pun akan tercapai. Semoga
segalanya dipermudahkan. Apapun tingkatkan usaha, sentiasa bertawakal dan redha
dengan apa yang terjadi dalam kehidupan ini. InsyaAllah setiap apa yang berlaku
pasti ada hikmah dari-Nya dan sesungguhnya Dia mengetahui apa yang terbaik
untuk hamba-hambaNya.
Oklah,
rasanya dah panjang labar berjela-jela kowt aku mencoret untuk entry kali ni.
Hehee rasa sedih pun dah makin berkurangan. Hari pun dah lewat malam. Nyaman
kesejukan pun dah kian ketara dirasai so sebelum aku terus merapu lebih baik
aku undur diri terlebih dahulu untuk kali ni. Night reader. Assalamualaikum.
Okbbye sayang.
Selamat tahun baru juga ! hehe #Walaupundah7hari
BalasPadam