Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kisah Cinta Terlarang


Cinta dengarlanlah ku ingin mendengar suaramu
Nyanyikanlah laguku bila kau rindukan aku
Cinta relakanlah akhiri cerita tentang kita
Ku tahu berat bagimu untuk melepaskan aku
Ku minta kepadamu jangan keluar malam ini
Kerna ku tak akan menemui mu
Ku minta kepadamu jangan keluar malam ini
Sesungguhnya kasih sayang ku tiada batas
Namun secepatnya engkau harus ku lepas
Selagi engkau berdiri dan kau bernafas
Lekaslah pergi agar engkau pun terbebas
Sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang
Tetapi cinta kita ini cinta terlarang
Ku harapkan agar engkau cepat menghilang
Dan janganlah lagi engkau datang..

Bila rindu dia, aku akan dengar lagu nie. Berulang kali aku dengar, berjuta kali aku putar tapi tak pernah jemu. Kadangkala aku rasa aku sendiri tak faham maksud disebalik lagu ni. Entah! Kekadang aku rasa aku faham tapi kekadang pula aku rasa macam aku tak faham. Bila dengar lagu ni, aku andaikan 'dia' yang bagi laku nie pad aku. Maksud disebalik lagu nie terlalu mendalam, tak tercapai untuk aku memahami keseluruhannya. Hurmmm... tapi lagu nie seakan-akan terkena pada aku dan 'dia'. 'Dia'.. 'dia' insan yang pernah aku sayang. Terlalu aku sayang. Aku tahu cinta kami cinta terlarang, cinta kami cinta terhalang tapi aku tetap menyayangi 'dia'. Semakin hari, rasa sayang tu semakin kuat sehingga aku takut kehilangan dia. Ya, terlalu takut kehilangan dia. Bagi aku, 'dia' terlalu sempurna. 'Dia' terima aku seadanya. Kesempurnaan 'dia' menutupi setiap kekurangan yang ada pada aku. Sungguh aku bahagia dengan 'dia'. Tak tipu!.

Setiap hari aku melalui detik-detik yang tak mampu aku hapuskan senyuman dalam kebahagiaan. Ya, jarak kami jauh tapi itu bukan alasan untuk kami saling bertengkar dan berlaku tidak jujur. Hurmmm.. aku terlalu percayakan dia. Tak pernah aku ragu rasa sayang dia untuk aku. Silapnya aku disitu. Bahagia yang kami tempuhi bertuka derita bagi aku. Tanpa aku sedar sekelip mata 'dia' berpaling arah. 'Dia' buang aku dari hidup 'dia' tanpa aku ketahui apa silap dan salah aku. Hati ni sakit tak terperi. Aku memandang ke depan, kelam seolah sedang menanti. Oichhhh sekelip mata hati aku dicederakan.

Hingga saat nie, masih terngiar-ngiar di cuping telinga aku ayat terakhir yang 'dia' tuturkan. Mudah sungguh dia berbuat keputusan. Sekelip mata, segala janji-janji hanya tingga janji. Sekelip mata semua tu berlaku.. 'Dia'? Aku tak pasti apa sebenarnya yang ada dalam hati dia. Aku tak pasti kenapa 'dia' bertindak sekejam tu. 'Dia' tinggalkan aku dengan sejuta tanda tanya. Penat aku mencari salah dan silap aku tapi tak aku temui. Tak bahagiakah 'dia' disisi aku selama nie? Tak gembira ke 'dia' bila berdepan dengan aku selama ni? Entah! Selama nie aku tengok ' dia' bahagia. Macam-macam benda yang kami lakukan bersama selama nie. Di mana ada 'dia', di situ ada 'aku' dan dimana ada aku pasti akan ada 'dia'.

Kini semua tue dah berlalu tapi sekali sekala aku tetap akan teringat pada 'dia'. Mengenali 'dia' banyak yang dapat aku belajar tentang kehidupan, tentang kasih sayang, tentang soal hati dan tentang sebuah janji. 'Dia', insan yang membuat aku kini terlalu susah untuk percayai sebuah janji. Apatah lagi janji yang berkaitan dengan soal hati. Ya, 'dia' lah yang membuatkan aku ini untuk lebih berhati-hati. Hati aku terlalu sakit bila disakiti. tapi sesakit mana pun hati aku, seteruk mana pun mulut aku mengatakan aku benci tapi hati aku tak mampu untuk membenci 'dia'. Aku tak mampu... InsyaAllah aku berpegang pada jani yang pernah kami janji dulu. Biarlah 'dia' cinta terlarang terakhir yang aku sayang. Seandainya selepas ini aku bercinta lagi, biarlah cinta tue berlandaskan jalan yang betul dan mampu membimbing aku. Sesungguhnya aku insan yang serba kekurangan dan terlalu banyak perkara lagi yang perlu aku belajar tentang kehidupan ini.

Apa pun, aku doakan 'dia' bahagia dengan jalan yang 'dia' pilih. Aku doakan suatu hari nanti 'dia' terbuka pintu hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Aku tahu apa yang berlaku diantara kami, pasti ada hikmahnya. Mungkin kami tak nampak atau pun tak perasan, tapi sesuatu yang berlaku semestinya bersebab dan berakibat. Jadi tak kan sesekali aku menyesal kerana mengenali 'dia', berkawan dengan 'dia', bercinta dengan 'dia' dan putus cinta dengan 'dia'. Semoga aku temui ingan yang lebih baik dan lebih sempurna dari 'dia'. Wassalam.


Tiada ulasan