Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Hilang tenaga berhujung minggu

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama aku tak tumpukan perhatian untuk blog nie kan. Aolololoooo cian giler blog nie, terabai, tak cukup kasih sayang dah. *Blog nie ke aku yang giler? compius*

Sebenarnya untuk entri ni, aku nak share satu cerita. Tak adalah gempak mana pun, sekadar untuk berkongsi aje. Kalau diikutkan hari ahad minggu-minggu yang sudah, aku akan mengadap laptop, melayan lagu dan bermalas malasan dalam bilik. Punyalah malas aku nak keluar, terperap sajalah dekat hostel. Bagi aku, hari cuti merupakan hari untuk aku memanjakan diri. Inilah masanya untuk aku merehatkan segala bagai anggota badan yang sudah pun bekerja selama seminggu.

Tapi bermula hari ni, minggu ni, aktiviti hujung minggu aku akan berubah. No mengadap laptop. No melayan lagu. No bermalas-malasan dalam bilik dan no terperap di hostel. Oichhh tidakkk... Kenapa?

Bermula hari ni, aku secara rasminya telah pun diserap bagi mengikuti latihan dan juga tunjuk ajar untuk menjadi askar wataniah yang sado. Hahaa sadolah sangat! Program ni, dianjurkan oleh pihak instituti dan diwajibkan untuk semua bebudak jurusan aku mengikutinya. Kami, seramai 20 orang akan dilatih selama sebulan oleh pihak yang terlibat. Arghhh..

Kalau sebelum ni, aku sedikit excited untuk ikut serta program ni, tapi untuk hari nie aku tarik balik kata-kata tu. Uwarghhhh.. rasa dah macam tentera pulak. Sampai satu tahap aku berfikir, aku nie sambung study chargeman ke dah tersilap masuk tentera! Serius lost energy dengan semua nie.


Take note : Penat memang penat. Letih memang letih. Tapi itu semua tak mematahkan semangat aku untuk meneruskan semua nie. Dalam erti kata lain, walaupun mulut aku selalu merungut, selalu meleter tapi hati aku tetap bersemangat.

"Kalau orang lain mampu buat, aku pun mampu buat jugak".



2 ulasan

  1. sy dulu masa degree masuk PALAPES.. hujung minggu jer mesti xde dkt bilik klu org call pn mesti phone off sbbnya traning dkt markas latihan.. bila cuti sem org lain balk kg kita masuk hutan.. 3 tahun traning bila dh habis rasa jangal lak bila hujung minggu xde buat pe.. memng penat tapi layan jer... skrg dh 3 tahun habis rasa rindu lak... huhuhu

    BalasPadam
  2. Hebat lah awak. Kalau saya kena beraktiviti hujung minggu. Alamatnya, sendulah hujung minggu saya.hehe.

    BalasPadam