Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cantik tanpa Make Up

Assalamualaikum


Terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk bersolek? Jangan bimbang kerana wajah wanita masih boleh kelihatan cantik tanpa solekan. Rahsianya? Amalkan penjagaan kulit muka yang baik dan jangan lupa makan makanan khas untuk kulit muka.

*cuci muka sekali sehari
Bagi kulit biasa, cuci muka sekapi pada waktu petang dengan pencuci. Urut kulit muka perlahan-lahan ketika memcuci dan berikan masa untuk pencuci membersihkan kekotoran dan habuk pada kulit. Pada waktu pagi, cuci muka dengan air tanpa pencuci. Untuk kulit berminyak, gunakan pencuci muka lembut pagi dan petang.

*pilihan pencuci
Pilih pencuci yang lembut pada kulit. Pilihlah pencuci yang mengandungi sukatan daripada tumbuh-tumbuhan seperti coco untuk kelapa dan gluco untuk gula daripada buah-buahan.

*pelindung matahari
Pelindung matahari (sekurang-kurangnya SPF 30) penting untuk kulit. Namun amalan terbaik ialah memperbaharui lapisan pelindung selepas beberapa jam kerana bahan pelindung matahari hanya bertahan selama dua jam.

*tinggalkan toner
Toner asalnya dicipta untuk mengekalkan pH semula jadi kulit selepas dicuci dengan sabun biasa. Jika kamu telah menggunakan pencuci muka dengan pH seimbang, tidak perlu menggunakan toner. Ia hanya akan mengeringkan kulit.

*pencuci dengan pH seimbang
Pencuci yang dengan pH seimbang akan menanggalkan sebum dan solekan dengan lembut tanpa menanggalkan minyak semulajadi pada wajah. Pastikan ‘pH-balanced’ pada pencuci yang mengandungi glycolic atau asid laktik dan pada exfoliator. Jika pH terlalu rendah, ia akan mengeringkan kulit.

*pelembab pelbagai guna
Krim pelembab yang bagus melakukan dua perkara penting – melembab dan melindungi. Pilih pelembab berasaskan tumbuhan dan anti-oksida serta pelindung matahari yang tidak menyebabkan iritasi. Minyak semulajadi dan asid lemak menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik berbanding emolien buatan manusia seperti petroleum.

*senaman
Dengan meningkatkan kadar denyutan jantung sekali sehari membuatkan kulit kita berseri. Senaman memperbaiki peredaran dan kapasiti oksigen dan ini memperbaiki rupa wajah. Kehadiran reseptor endorfin pada kulit menjelaskan bagaimana senaman memberikan impak positif pada kulit.

*tidur yang cukup
Kortisol, sejenis hormone tekanan, membuatkan kulit menjadi tua dan menyebabkan akne. Tidur yang cukup akan mengurangkan kadar kortisol dalam badan. Jadi secukupnya untuk kulit lebih muda dan sihat.


1 ulasan

  1. byak tips dan info yg menarik serta tips kesihatan .. keep it up

    BalasPadam