Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kenali Jenis-Jenis Sihir



Manusia disihir boleh jadi kerana pelbagai sebab. Ini antara jenis sihir yang agak banyak berlaku di malaysia. Ada banyak lagi, tapi tak larat nak cerita semua.

Jika merasakan diri anda ada simptom-simptom terkena sihir, bersegeralah melakukan rawatan.

1. Sihir Penceraian

Disasarkan terutamanya kepada pasangan suami dan isteri.

Antara simptom-simptomnya
- Sering bergaduh atas isu kecil
- Panas baran tanpa sebab
- Tidak suka / selesa tengok wajah pasangan
- Tidak boleh duduk berdua
- Sering prasangka buruk
- Sering mimpi bukan-bukan pasal pasangan
-bila berjauhan rindu, bila berjumpa nak bergaduh

2. Sihir Penghalang Nikah

Biasanya lebih kerap berlaku daripada 'ain daripada sihir.

Kesannya:
- Mereka yang terkena akan sukar mendapat jodoh
- tempoh berkenalan / bertunang biasanya tidak akan berkekalan
- Selalu mempunyai isu terutama apabila ingin melibatkan perkahwinan
- Beberapa kali putus tunang secara mendadak

3. Sihir Pendarahan

Berlaku pada para wanita, terutamanya dalam lingkungan umur 20-40 tahun

Simptomnya:
- Berlaku pendarahan secara berterusan di luar waktu haidh (istihadah)
- Darah yang keluar tidak normal

Boleh juga jadi:
- Haidh tidak kunjung2 tiba walaupun berbulan-bulan

4. Sihir Pemisah

Biasanya dikenakan untuk memisahkan satu keluarga / pasukan / kumpulan

Boleh jadi sebuah kumpulan bisnes, yang akan memisahkan antara partner. 

Boleh jadi antara satu kumpulan kawan yang bersahabat baik dan rapat, namun disebabkan dengki oleh pihak lain menyebabkan mereka berpisah.

Kesan:
- Selalu bersangka buruk antara satu sama lain
- Tidak boleh berbincang dengan elok

5. Sihir Penyakit

Sihir yang menyebabkan penyakit, sama ada dalaman, luaran atau penyakit-penyakit kritikal.

Biasanya melibatkan penyakit-penyakit:
- Muntah darah
- batuk berterusan
- Ulcer
- Kanser
- Jantung

6. Sihir Mahabbah

Sihir untuk membuatkan seseorang jatuh cinta kepada seseorang yang lain

Tanda-tandanya:
- Terlalu obses dengna lelaki / wanita tersebut
- Selalu terbayang-bayang
- Selalu mengutamakan lelaki /wanita tersebut lebih dari logik / keluarga

7. Sihir Gila

Sihir untuk membuatkan seseorang gila

Dengan membuatkan orang tersebut:
- Terbayang-bayang benda yang tidak wujud
- Sering mendengar bisikan-bisikan
- Sering merasai dirinya dibenci semua
- Sering merasai diri banyak kekurangan & kelemahan
- Merasai semua orang melakukan kesalahan pada dia

8. Sihir Bisikan

Sering mendengar bisikan-biskan ghaib.

9. Sihir Mandul

Sihir yang membuatkan lelaki / wanita tidak boleh mempunyai anak.

Sekiranya mengandung juga, sering gugur

10. Sihir ikatan

Sihir yang menghalang dari melakukan perhubungan antara suami isteri, ibarat ada ikatan / blockage

Boleh jadi dalam bentuk si suami / isteri tidak bernafsu ketika berhubungan

Penyelesaiannya

Teruskan buat rawatan islam jika perlu. Amalkan juga zikir pendinding diri sebagai pendinding diri bagi mengelakkan gangguan. Korang boleh download Buku Zikir Pagi & Petang dekat SINI dan untuk pembelian Buku Zikir Pagi & Petang bolehlah klik dekat SINI.

Credit ; SINI

Semoga bermanfaat










3 ulasan

  1. Balasan
    1. Itulah pasal. Apa pun semoga kita semua terhindar dari anasir2 yang tak diingini ni, Aamin.

      Padam
  2. mintak simpang la dari semua smua ni ha , bahaya betul ..

    BalasPadam