Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Pencarian Tempat Latihan Industri Bahagian Elektrikal


Stress datang lagi !!!
Stress muncul lagi !!!
Stress sudah kembali !!!

Semestinya ada yang bertanya, kenapa aku stress? Kenapa stress muncul kembali? Kenapa banyak sangat kenapa tu?

Untuk pengetahuaan semua, latihan industri aku untuk semester ini hampir sampai ke penghujungnya, berbaki lagi sebulan untuk aku habiskan. Alhamdulillah.

Eh.. tapi itu bukan bermakna aku tamat latihan industri tau. Hah kenapa, tak faham?? Okay, macam ni. Sebenarnya jurusan yang aku belajar sekarang ini menawarkan latihan industri selama 3 semester secara berturut-turut, iaitu semester 4, semester 4 dan semester 5. Aku sekarang berada di semester 4 so maknanya, aku perlu menjalani latihan industri sekali lagi. Faham? Ok good dear. ☺

Untuk semester lepas, aku menjalani latihan industri di Hyperwave System Engineering, Paka, Terengganu (HSE Paka). Disitu aku banyak didedahkan dengan kerja-kerja instrument electrical. Pada semester kali ni, aku menjalani latihan industri di Norsham Industri Sdn. Bhd, Gong Badak, Terengganu (NISB) Untuk kali ni, aku didedahkan dengan kerja-kerja membuat switchboard dan feeder piller. Disini juga aku diajar untuk membuat wiring switchboard tersebut. Selain itu, NISB juga ada menawarkan perkhidmatan termasuk memotong busbar.

Bagi mester depan, aku bercadang untuk mencara tempat yang mempunyai motor induction. Tapi dinamakan perlu ku cari?? Cewahhhhh.. kihkihkihhh..

Kebelakangan ini, aku agak sibuk melakukan pencarian demi pencarian. Menelefon jangan ditanya, hampir semua nombor yang dirasakan perlu, aku terus menelefon bagi menayakannya. Fax dan email? Huhuu alternatif tu lagilah aku gunapakai. Setakat ni, adalah beberapa company aku hantarkan fax dan email. Pembalasan mereka, aku tak pasti, kerana aku masih tidak mendapat maklum balas. 

Penat kot aku mencari tapi masih tidak jumpa. Sedih pun ada. Terkilan pun ada. Sampai satu tahap aku berfikir, adakah company-company yang ada sekarang tak percaya pada tahap kemampuan aku. Erk.... almaklumlah, bidang yang aku ambil ni dimonopoli oleh kaum lelaki. Jadi aku terpaksa bersaing dengan mereka bagi mendapat tempat dalam company yang ada.

Dimana harus aku mencari lagi?
Korang, ada yang tahu tak?
Atau ada yang nak bagi cadangan tak
Untuk aku apply mana-mana company yang ambil pelajar praktikal dalam bidang elektrikal, chargeman A1.


Stress sngat sampai nak makan laptop??
Hahaaa idok ler sampai macam gitu.
Teman ni masih ada akai walaupun kekadang akai teman macam tak boleh nak digunapakai sangat.
Kihkihkihhhh..

Dear tempat praktikal
Dimanakah harus aku mencarimu
Mengapa kau menghilang
Dimana kau sembunyi
Keluarlah dari guamu
Aku mencarimu sayang !!
Mana kauuuu !
Hahaaa okbye 😘












2 ulasan