Manusia.. kehidupan..
Bagi aku manusia ini pelik
Manusia miliki pelbagai jenis ragam.. kerenah.. peel
Aku selesa memerhati..
Aku berkawan dengan mereka yang pelik
Jangan ditanya apa yang aku rasa
Jangan ditanya apa yang aku alami
Jangan ditanya adakah perengai aku berubah seiring mereka
Bagi aku perangai.. peel.. ragam kita berubah ataupun tidak
Semua itu bergantung kepada diri sendiri
Kita dah dewasa.. kita dah besar..
Sel sel otak kita dah berhubung..
Jadi fikirlah sendiri sebelum bertindak
Perlu ke kita ikut sikap negatif mereka
Perlu ke kita turut serta dalam aktiviti negatif mereka
Tepuk kepala bagi otak berfungsi
dan tepuk dada bagi jantung bergerakkk..
Kita hidup dalam kalangan manusia yang pelbagai jenis
Ada yang baik.. terlalu baik
Ada yang jahat.. terlebih jahat
Ada yang jahil.. sangat jahil
Ada yang warak.. sangat warak..
Cuba kutip nilai positif
Cuba hindari nilai negatif
Cuba dekati mereka dan serapkan kebaikan..
Cuba.. cuba.. tanpa kita cuba kita takkan berjaya..
dan fae penat hadapi manusia2 plastik.. tapi fae taklah jahat sangat sampai melupakan budi baik yang mereka pernah taburkan kat fae selama ne..
BalasPadam