Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Wanita Tabah Walaupun Di Curangi Suami Sendiri


Mana-mana wanita pasti akan berasa sedih jika mereka dpt tau bahawa suami tercinta curang di blkg mereka. Ikuti perkongsian wanita ni tentang kecurangan suaminya dgn adik angkatnya sendiri.

"Saya berusia 33 thn (tdk dinyatakan dgn nama), sudah berkhawin dan mempunyai 3 org anak. Bukan tujuan saya mahu mengaibkan rmh tangga sendiri tetapi saya perlukan seseorg utk meluahkan rasa kecewa ttg rmh tangga saya.
Saya berkahwin dgn suami atas dasar suka sama suka. 2 minggu sebelum berkhawin, saya mendpt berita yg sangat mengejutkan malahan saya tdk menyangkanya sama sekali. Tunang saya berlaku curang. Lebih menyedih kan lagi,dia di tangkap bersama seorg perempuan dlm kea aan bogel dlm sebuah bilik hotel. Ya Allah,berat sungguh hati saya menerimanya.

Memandangkan segala persiapan kahwin tlh siap dilakukan. Saya memilih meneruskan saja ikatan perkhawinan. Janjinya, dia mahu berubah. Bila dia mengakui wanita itu cuma adik angkat dari utara tanah air dan mahu mencari kerja di sini, saya pun pasrah dgn jwpan itu. Dia ke hotel itu utk adik angkatnya itu bermlm di sana sebelum dduk bersama rakan2 wanita.kerana syg, saya menerima apa saja yg di katakannya. Majlis di teruskan dan saya mengharapkan kebahagiaan darinya. Selepas 2 bln berkahwin, mood suami mula berubah. Tanpa usul periksa dia akan mrh2 dan menengking saya. Bila saya tanya berkenaan mslhnya, Suami tdk menjelaskan nya. Cuma katanya, moodnya mmg sentiasa berubah -ubah. Suami juga mulai kerap keluar rmh. Suatu hari dia mengakui msh lagi berhubungan dgn adik angkatnya itu. Katanya cintanya dgn adik angkatnya makin mendlm. Ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Hiba benar hati saya. Sampai hati suami bertindak demikian. Saya cuma mampu menangis dgn perlakuan suami. Sungguh saya tak menyangka dia sanggup menduakan saya. Kekesalan dihati mulai menjelma.

KELUARGA MASUK CAMPUR

Saya meminta diceraikan selepas dia mengakui tdk boleh hidup tanpa adik angkatnya. Luluh hati ini.sukar sekali memaafkan diri dgn kecurangan yg dia lakukan.saya nekad angkat kaki ttp ahli keluarganya masuk campur.

Ibubapa nya menasihati suami agar berubah dan kembali kpd saya. Mereka pula tdk bersetuju adik angkatnya itu menjd bakal menantu. Kasihankan saya mengandung 2 bln, suami mengakui kesilapan dan berjanji xkan mengulangi kesilapannya.

Jjur,saya amat sygkan suami dan ingin sehidup semati dgnnya. Saya percaya yg suami tdk akan mengulangi kesilapan yg pnh dilakukan. Hidup kami kembali bahagia.kegembiraan itu menghadirkan 3 org cahaya mata dari perkhawinan ini.

Thn lalu,saya terhidu kembali kecurangan suami. Ketika dia tertinggal telefon bimbit. Banyak sekali mesej msk peti mesej dri seseorg yg bernama syg, cinta dan sbgnya. Hati kembali hancur mengenangkan nasib diri. Knp suami tiada hentinya melakukan kecurangan?Apa dosa saya kpdnya?Tdk pernahkah suami terfikir akan hati dan perasaan ini? Apa kemahuan yg tdk saya turuti.semua kehendaknya terutama batin saya layani biarpun ada ketikanya saya kepenatan.

Suami lupa segala janji janjinya yg mahu menjaga saya dan anak2 dgn baik,penuh kasih syg dan xkan curang lagi? Semakin luluh hati ini apabila suami mengakui dia pnh terlanjur dgn adik angkatnya itu. Hari itu, kami bergaduh bsr. Kali ini saya nekad tggl kan dia. Saya sudah tdk thn lagi di perlakukan begini. Tapi kali ini,keluarga saya pula meminta saya memaafkan suami kerana anak2 msh bersekolah rendah. Suami saya juga menangis, merayu agar saya memaafkan dirinya dan bersumpah tdk akan mengulanginya lagi. Sekali lagi saya lembut hati dan menerimanya.

Biarpun saya terima,hati dan perasaan saya msh tdk boleh melupakan apa yg dia tlh lakukan kpd saya. Setiap masa, setiap hari saya msh memikirkan segala perbuatannya terhadap saya serta kecurangannya ke atas rmh tangga kmi.

Saya tkt suami akan melakukan lagi kecurangannya. Berdosakah saya kalau mencurigai suami? kalau btl suami sudah berubah, Alhamdulilah. Jika sebaliknya,apa yg patut saya lakukan?? Patutkah saya melayan suami seperti biasa atau adakah kerana terpaksa demi anak2 saya yg masih kecil..

Sumber : Diari Wanita

Take Note : Wanita kuat itu,adalah wanita yg tabah.setiap kesabaran akan digantikan dgn kemenangan,setiap kejadian pasti ada hikmah nya.


Tiada ulasan