Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Perbezaan Kerja Dan Praktikal

Assalamualaikum.
Malam ni tergerak hati nak berentri. Maka dengan gigihnya aku mencari masa, ruang dan peluang. Dapat mengadap blog walaupun sekejap, jadilah. Sekadar untuk melepaskan kata kata dihati.


Perbezaan kerja dan praktikal.
Sebelum ni aku pernah lalui alam praktikal. Aku praktikal di HMN Elemeco Sdn Bhd, waktu belajar PW2 dulu. Campany ni banyak buat kerja-kerja kontraktor. Memang setiap hari buat kerja luar. Kerja agak penat, berpanas tapi best sebab bebudak kerja yang sejenis kepala masuk air. Sembilan bulan aku praktikal kat sini. Banyak beenda yg aku belajar. Alhamdulillah, mereka tak kedekut ilmu dan tak pinggirkan aku dlm buat kerja.

Paatu aku sambung chargeman A1, aku praktikal di tiga company. Memula aku praktikal di Hyperwave System Eng. Sdn Bhd (HSE). Company ni banyak buat instrument dan analayzer system. Serius cakap, aku praktikal ditempat yang salah. Sebab kat sini bukan bidang aku. Memang aku jauh tersasar. Tapi bila dah mula praktikal kat sini aku dah malas nak cari tempat lain. Tak kisahlah salah bidang pun. Redah je. Aku belajar buat instrument. Aku belajar welding. Aku belajar bnyk benda. Paling aku ingat dan aku suka.. Belajar repair dan calibrate gas detector. Buat ni mudah je sebenarnya tapi itulah.. Kena gigih sikit kalau nak ilmu. Kat sini juga aku belajar buat pallat. Ingat lagi pepagi hari wrapping shelter, gigihlahh ketuk ketuk, hulur paku bagai.. dari pagi ke tengah hari pastu anjak terus ke petang. Shelter yang gedabak besar tu memerlukan tenaga kerja yang ramai kot. Hahaa nak angkut masuk dalam lori kontena lagi satu hal. Enam bulan kat situ, banyak yang aku belajar. Oichhh pengalaman sungguh!

Untuk enam bulan seterusnya, aku praktikal di Norsham Industries Sdn Bhd. Ini merupakan company yang membuat dan memasang papan suis. Suasana kerja kat sini bagi aku agak jangkal sikit. Tak semeriah kat tempat lain. Kerja pun macam kaku sikit. Mungkit sebab kat sini aku praktikal sekali denga  bebudak kelas kot. Jadi aku tak bebas. Hahaa entahlah! Tapi okaylah sebab aku dapat ilmu berkaitan papan suit. Dari sekeping plak, kami ukur, kami potong, kami welding, kami sembur cat, kami bakar, kami pasang kepingan dalam, dan pasang komponent yang berkenaan, kami masukkan kabel, kami buat pengujian dan akhir sekali kami wrapping dan hantar ke pelanggan. Bab masukkan kompenent dan ikat kabel tu memang bidang yang aku belajar. Fuhhh menangis jugak lah nak siapkan sebijik DB. Dalam tak sedar, enam bulan aku kat sini pun berakhir. 

Seterusnya aku praktikal di KTB Teknik Enterprise. Bagi aku sepanjang aku praktikal, disinilah paling best. Bagi akulah.. Sebab kat sini walaupun aku baru masuk.. Baru kenal diaorang tapi rasa macam dah lama kenal. Peramahnya lain macam.. Hahaaa memanjang lepak tak kira siang malam.. Pekerja kat sini the best. Alaaa gaduk gaduh tu adatlah.. Perli kata mengata tu biasalah.. Tak bertegur sapa dua tiga empat lima enam hari tu normallah.. Tapi lepas tu kami okay-okay semula.. Hahaaa.. Kat sini bab kerja memang win. Aku suka kerja kat sini sebab kerja santai santai. Ada masa serius, ada masa main-main, ada masa gurau senda dan ada masa kerja kami kerja... Company ni ambil tender dari TNB. Buang kerja kerja di pencawang elektrik. Yesssza! Aku kerja kat sini memang hari hari ujur jalan. Pergi ke pencawang elektrik merata.. hampir satu seremban aku pergi.. Kami buat kerja kerja cleaning compound, preventive maintenance, routine maintenance. Ada ketikanya kami buat rombak. Tukar suis gear, tukar transformer, dan macam macam lagi.. Paling best bila pergi hantar notis gangguan bekalan elektrik pastu kena kejar di anjing. Hahaaaa seram tapi lawak! Enam bulan aku kat sini, serius cakap rasa sedih.. Sayu nak tinggalkan kekawan kat sini tapi itulah.. Terima kasih untuk segala ilmu kat sini. 

Habis study, aku goyang kaki sambil buat business. Niat dihati nak cari kerja yang santai-santai dulu. Macam kerja kerani ke, jurujual ke.. mana-mana je lah asalkan bukan bidang yang aku belajar. Niat dihati nak rehatkan dulu otak ni. Nak stop dulu fikirkan pasal electrical, pasal cable, pasal segala yang berkaitan dengnnyalah..

Pelikkan aku ni? Hahaa tapi itulah hakikat. Aku pun trylah apply kerja yang lari dari bidang aku tu. Bersungguh aku apply weh. Job malaysia, jobstreet, muakerja, blaaa blaa blaaa... hampir dua bulan jugak aku goyang kaki. Eh, sebelum ni dkt2 nak habis study, aku ada dapat offer dari kilang coca cola tapi entahlaaa.. Lepas aku dah habis study rasa macam berat hati nak terima offer tu. Aku pun duduk tangguh tangguh sampai akhirnya aku senyapkan diri. Kihkihhh.. Dalam masa dua bulan goyang kaki adalah beberapa panggilan interview yang aku dapat tapi hanya beberapa ketul je yang aku pergi. Kenapa? Sebab lagi beberapa ketul tu macam jauh nau.. Nun di Nilai.. Jauh wehhh sebab aku ni menyewa di Senawang.. 

Pertengahan bulan tiga, aku ada ternampak jawatan kosong di sebuah kilang dekat dgn rumah sewa aku. Dua tiga kali jugak tergerak hati nak singgah ambil borang jawatan kosong tapi tak singgah singgah. Hahaaa.. Kekadang aku pun pening dengan peel tak semegah aku ni. Suka nau tangguhkan kerja. Lepas nanti.. Nanti.. Pastu nanti lagi sampailah lupa..

Akhirnya suatu pagi tu aku tekad dan pergi juga. Niatnya nak ambil borang je tapi tak sangka pulak diinterview terus. Waktu tu ada 3 jawatan kosong.. Operator, Lab Assistant dan Technician. Aku nak cuba operator sebenarnya. Tapi risau jugam sebab sebelum ni takde pengalaman kerja dalam kilang. Aku tak tahu macam mana suasana kerja dalam kilang. Seram wehh! Tapi cuba dulu, kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Cari pengalaman. Waktu diinterview tu seram sejuk jugak sbnrnya sebab tak prepare apa pun. Blaa blaa blaa interview, alhamdulillah aku dapat kerja tu. Operator wehh.. Bagi org lain mungkin macam alaaa operator je pun. Tapi aku excited terlanpau sebab ni pwrtama kalinya nak merasai kerja sebagai operator. Aku ada jugak bertanya tentang jawatan kosong technician tu tapi katanga untuk lelaki sahaja. Katanya awal bulan April aku boleh mula kerja. Hahaa seronok weh!

Seminggu lepas tu aku dapat panggilan interview lagi. Company yang pernah panggil aku inteview sebelum ni. Tapi kali ni jawatan yang berbeza. Lupa dah sebelum ni jawatan apa tapi kali ni general worker. Hohooo macam menarik. Aku imagine kerja dalam opis, mengadap komputer.. hahaa tinggi sungguh imaginasi aku!

Hari yang ditetapkan aku pun pergi intwrview. Kali ni takde baju kurung eh, cukup dengan jeans dan tshart. Okay, yang interview aku tu boleh tahan tegas. Pompuan ye. Dia tanya apa pengalaman yang aku ada maka aku pun blaa.. Blaa.. Blaaa.. gigih cerita segala apa yang aku pernah buat sebelum ni. Lepas je dia tengok aku punya resume dan result waktu study dulu terus dia tanya aku pasal elektrik. Pastu terus offer technician. Glurp!

Jujur aku cakap, sebenarnya aku tak ready lagi nak kerja dalam bidang yang aku belajar ni. Perit sangat kowt waktu atudy dulu. Gigih nak hafal dan ingat segala litar elektrik. Tapi bila dioffer macam tu terus aku jadi serba salah. Itu bidang aku. Aku ada ilmu tentang tu. Susah nak cari company yang offer jawatan tu untuk pompuan. Tapi aku takut, aku tak dapat bagi apa yang company nak nanti. Sempat aku berfikir panjang depan Miss Ireen tu. Aku ckp kat dia siap-siap, aku takde pengalaman kerja dalam kilang, tak tahu suasana kerja dlm kilang macam mana, aku takut tak mampu nak bagi apa yang company nak. Alhamdulillah jawapan dia buat hati aku lega. Katanya, tak kisah kalau tak pandai, sebab aku ada basic. Asalkan aku ada keinginan nak belajar. Blaa.  blaa.. blaaa.. Panjang jugak dia bagi penerangan dan detail pada aku. Okay, puas hati. Aku terima offer dia. Awal bulan April boleh mula kerja.

Maka awal bulan April aku pun datang dengan muka blurr. Hahaa rasa macam tak percaya, macam 50/50 je keputusan yang aku buat tapi itulahhh.. aku cabar diri sendiri! Alhamdulillah. Hampir 3minggu dah aku kerja. Setakat ni okay. Banyak benda yang aku perlu belajar. Sebab dekat sini lebih kepada mekanikal sedangkan aku electrical. Tapi takpe, insyaAllah aku akan gigih lagi belajar. Belajar tentang machine, dan segala benda tentang yarn. Suasana kerja dekat sini aku masih tak boleh nak adop lagi. Hehee dari masa ke semasa aku cuba untuk terima. Aku masih rasa janggal dengan suasana kerja disini. Tapi takpe, insyaAllah aku mampu lalui semua ni.

Dalam masa hampir 3 minggu aku kat sini, ada juga terdetik dihati untuk berhenti. Tak tahan dengan  suasana kerja, tak tahan dengan beberapa sikap pekerja tapi bila aku fikir panjang, alhamdulillah. Aku mampu bertahan hingga ke hari ni. Aku ingat balik pengorbanan ayah. Terfikir, kalau ayah mampu hadapi suasana kerja dia kenapa tidak aku.. dan disitulah datangnya kekuatan aku.  Thanks pada Edem yang banyak bagi tunjuk ajar kat aku.  Rasanya setakat ni, dialah yang paling peramah kowt. Cerita segala pengalaman dan ilmu kat aku. Dia tak lokek ilmu. Hahaaa walaupun kadang kala apa yang dia buat tu tak berapa menjadi jugak. Kihkihhh macam ekperimen gitu. Thanks juga pada mereka yang tak lokek dengan senyuman kat aku. Walaupun tak bercapat tapi asal jumpa tunduk hormat dan senyum. Ya, mereka baik cuma segelintir je yang peel tak semegah.



Take note : Petang tadi sempat aku termenung kejap dalam workshop. Memerhati gelagat mereka buat aku teringat zaman aku praktikal dulu. Dapat aku simpulkan, waktu praktikal dulu fikir nak balik awal. Cukup masa terus balik, kerja yang tak siap tu sambung esok. Praktikal kan.. Tapi skrg bila dah kerja, balik tu bukan lagi isu. Selagi kerja tak siap, rasa serba salah nak balik. Nak sambung eaok hari? Hohooo lagi seram sebab takut tetiba esok pagi orang atas bertanya kerja semalam dah siap ke belum. Segan dan malu wehh nak jawab belum siap. Nanti napak sangat macam kita buat kerja sambil lewa. Macam tak bersungguh! Hohoo di alam kerja, pemikiran kita akan berubah. Bagi aku alam praktikal dan alam kerja dua suasana yang berbeza. Alam praktikal bolehlah nak main-main tapi alam kerja memang idok ler! Cari nahas namanya kalau kau main-main waktu kerja. Masa praktikal dulu aku selalu mengelak untuk buat kerja. Sekarang alam kerja aku dah tak buat macam tu eh. Insaf weh! Wakakaka..


1 ulasan

  1. bila dah kerja ni, atas dasar rasa tanggungjawab tu yang buat kita fikir 2,3 kali nak balik bila kerja xsiap kan...terbaik!

    BalasPadam