Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Retak - Bukan Yang Terbaik

Lirik Lagu Bukan Yang Terbaik

Inginku luahkan semuanya
Namun tak pernah diberi masa
Inginku cuba berterus terang
Namun tak pernah diberi peluang

Sayunya hati
Pedih jiwa ini
Kau berlalu pergi
Tanpa simpati

Lepaskan ku jika benar engkau tidak mahu
Sakitnya hatiku tiada siapa yang tahu
Tinggalkan ku jika engkau ada yang baru
Maafkan diriku ku bukan yang terbaik untuk mu

Sayunya hati
Pedih jiwa ini
Kau berlalu pergi
Tanpa simpati

Lepaskan ku jika benar engkau tidak mahu
Sakitnya hatiku tiada siapa yang tahu
Tinggalkan ku jika engkau ada yang baru
Maafkan diriku ku bukan yang terbaik untuk mu


Take Note : Siapa yang minat lagu ni? Okay kita geng! Sejujurnya aku tak pernah tahu pun tentang kewujudan lagu ni sampailah aku layan cerita "Retak" yang bersiaran di TV3. Antara barisan pelakon dalam cerita tu adalah Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar dan Shariza Mahmud.

Cerita ni berkisahkan tentang Aida seorang gadis remaja yang berkahwin diusia muda dengan Iskandar, perkahwinan mereka berdua menjadi misteri serta menjadi buah mulut orang. Perkahwinan mereka yang terlalu ringkas serta dilakukan secara tergesa-gesa membuatkan ibu mertuanya tidak berpuas hati dan dapat merasakan seperti ada yang tak kena telah terjadi kepada Aida. Aida bukalah anak orang susah, dia merupakan anak kepada seorang wanita yang kaya serta telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang lelaki yang muda. Setelah berkahwin Aida menetap bersama-sama dengan ibu mertuanya. Aida tidak bekerja hanya bergantung pendapatan daripada suaminya yang hanya bergaji kecil membuatkan ibu mertuanya tidak berpuas hati. Aida seolah-olah menyusahkan suaminya dari padangan mata Zaila (mak mertua). Pelbagai cara dilakukan oleh Zaila untuk merosakkan rumah tangga anaknya. Tetapi Aida lebih bersemangat dan sangat bersabar walaupun dibuli oleh dan disindir oleh Zaila.

Dalam cerita ni ada diselitkan dengan lagu 'Bukan Yang Terbaik' pada part part yang menyentuh hati. Dari situlah aku mula meminati lagu ni. Maksud disebalik lagu ni sangat mendalam.



Tiada ulasan