Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Air Kelapa Muda Bagus Untuk Wanita Hamil

AIR KELAPA MUDA BAGUS UNTUK WANITA HAMIL

Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas.

Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk.

Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudaratkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa.

Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah air 4% adalah karbohidrat, dan 1% adalah protein dan lemak.  Air kelapa muda mengandungi sejumlah  kecil (10% dari keperluan seharian) vitamins dan mineral.

Selain dari nutrisi yang dibekalkan, air kelapa juga memberikan manfaat berikut kepada wanita yang hamil.

1. Mengelakkan berlakunya dehidrasi

Air kelapa muda dapat mengelakkan berlakunya dehidrasi dan rasa mudah penat yang sering dialami oleh wanita yang hamil. Ini kerana air kelapa muda membekalkan banyak mineral yang diperlukan bagi menggantikan mineral yang mungkin hilang semasa membuang air kecil dan ketika berpeluh.

2. Mengurangkan masalah sembelit

Wanita yang hamil selalunya mengalami masalah sembelit. Air kelapa muda mengandung serat dan cecair yang dapat membantu mengurangkan masalah sembelit. Ia juga dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness.

3. Membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing

Air kelapa muda dapat membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing. Jangkitan kuman pada saluran kencing ini juga dikenali sebagai ‘kencing kotor’ dan ia dialami oleh kebanyakan wanita yang hamil. Air kelapa muda yang mempunyai kandungan air yang banyak, dan tahap mineral yang mencukupi bagi membantu membunuh kuman di saluran air kencing. Ia juga dipercayai membantu fungsi ginjal dan menurunkan tekanan darah (kerana mengandungi mineral magnesium).

4. Membantu meningkatkan kekebalan tubuh

Air kepala muda juga mempunyai sebatian antioksidan, vitamin dan mineral yang meningkatkan daya tahan tubuh.

a) Jangan minum secara berlebihan sehingga menggantikan pengambilan air kosong. Air kosong adalah minuman yang terbaik untuk dehidrasi dan membekalkan nutrisi pada tubuh.

b) Pastikan mengambil air kelapa muda yang segar dan bersih.

c) Jika rasa tidak selesa dengan pengambilan air kelapa muda, cuba elakkan. Rasa mual, pening dan cirit-birit jarang berlaku tetapi ia boleh terjadi pada sesiapa saja.

Jadi kesimpulannya minum air kelapa muda memberikan banyak manfaat kepada yang meminumnya sama ada lelaki atau wanita. Sama ada yang hamil atau tidak. Ia minuman terbaik bagi menggantikan minuman yang manis, bergas, atau menggantikan minuman berkafein, seperti teh, dan kopi. Ia harus diambil dengan pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal yang sederhana.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi


2 ulasan

  1. Air kelapa muda memang banyak khasiatnya

    BalasPadam
  2. Pregnant kali ni cikla memang suka sgt minum air kepala muda. Jadi cm ketagih plak kalau tak minum sehari. hahaha

    BalasPadam