Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

PKPB Kembali Lagi

 Covid-19

Sebelum ini aku tidak pernah mencoretkan perihal Covid-19 dalam lipatan blog aku. Kenapa? Entahlah! Mungkin disebabkan aku ini kurang nak mengambil tahu isu semasa. Aku hanya tahu sepintas lalu. Aku hanya peduli tanpa mengambil cakna. Aku beranggapan ianya tidak akan mengganggu aku. Hurmmm... itulah silapnya aku.


PKPB tatkala aku baru memulakna kerja ditempat baru.

PKPB sebelum ni sangat memberi kesan dalam kehidupan seharian aku. Segala aktiviti terbantut terus. Disetiap hujung minggu aku hiking terpaksa dihentikan serta merta. Disetiap kali selepas tamat waktu bekerja, aku akan keluar cod Klubna Laleh di sekitar Seremban. Disebabkan PKPB, aku terpaksa hentikan seketika cod tersebut ketika itu. Paling terkesan bila aku diberi cuti disebabkn PKP dan sampai kesudah company aku tak panggil lagi untuk kembali masuk kerja!


Segala rutin harian aku terbantut dan terbatas. Aku mengambil masa yang agak lama untuk terima segala perubahan ini. Terkurung dalam rumah dengan jangka masa yang agak lama sememangnya memberi kesan terhadap diri aku. Hurmmm... aku bangkit hari demi hari. Aku bangun selangkah demi selangkah. Perit yang aku laui tidak terluah. Dipenghujung PKP, aku cuba mencari pekerjaan baru. Banyak tempat yang aku pergi tapi jawapan mengecewakan. Sakit. Pedih. Jerih. Aku tanggung sendiri. Dalam kecewa aku tetap usaha. Setiap pagi aku keluar mencari kerja. Cari dan terus mencari.


Alhamduillah. Usaha aku membuahkan hasil walauoun hampir sebulan lamanya aku menunggu khabar dari company tersebut. Huhuuu... sebenarnya pihak HR dah bagithu aku diterima untuk position tu tapi disebabkn musim covid, so aku perlu buat Swap Test sebelum masuk kerja. Nak tunggu surat untuk pergi buat Swap test itu ambil masa yang agak lama. Blaaaa.. blaaa... blaaaa... selepas dah settle segala apa yang company minta, aku pun datang lapor diri da mulakan tugas ditempat baru.


Alhmdulillah. Syukur. Aku bahagia. Aku gembira bekerja ditempat baru. Suasana kerja yang sememangnya baru. Cara kerja takde lh berbeza sangat cuma kerja ditempat baru sedikit santai. Huhuuu... Kalau machine takde problem, bolehlah santai. Tapi kalau dalam satu satu masa tetiba machine semua breakdown, memang huru hara. Nak rehat sekejap pun tk sempat tu. Alaaaaa chilll sudah. Relak... apa apa kerja sekalipun pasti cabaran. Terpulang pada kita bagaimana nak hadapi cabaran tersebut. Chill!


PKPB kembali lagi.

Aku sudah bahagia dengan rutin harian aku. Pergi kerja, balik kerja. Kerja pagi balik petang. Kerja malm balik pagi. Tiba tiba dapat perkhabaran PKPB kembali lagi. Oichhhh kemurungan kejap sis terima perkhabaran tu. Permulaannya, aku beranggapan PKPB tersebut tidak akan mengganggu rutin harian aku. Tapi ternyata meleset! Hari kedua PKPB, dah heboh department aku mungkin akan berhenti operasi sementara waktu. Konsep bekerja dari rumah digunapakai. Hurmmm cuti tanpa rekod. Cuti bergaji, katanya. Ternyata apa yng dihebohkn itu benar belaka. Department aku sudah mula bercuti. Aku harap covid ni akan menghilang dan keadaan akan pulih seperti sediakala. Baru sehari diberi cuti aku dah mati akal duduk dirumah. Huhuuu apa lagi mau ku buat. Segenap pelusuk rumah sudah aku kemas ni!







2 ulasan