Kisah Pahit Manis Kerja

 Malam ni blogging lagi. Kisahnya malam ni konon bukak laptop sebab nak sambung update resume tapi tulah, melencong lagi blog plak. Adeh! terlalu jauh aku melencong erk. Siap blogging lagi ke blog sahabat sahabat lama. Hah gitchu. 

Nak dengar aku berceloteh tak? Aku dah lama tak berceloteh ni. jejari aku dah lama tak lincah menari di keyboard. Aku pun dah ingat ingat lupa mana letaknya huruf huruf tertentu. Nampakkan, ternyata dah lama aku tak menaip. Tapi takpe, slow slow aku ingatkan semula segala yang aku tak ingat tu. Aku blogging malam ni sambil layan lagu lagu leman kat youtube. Syahdu beb, tangkap sedih plak rasa. Aku teringat kisah kisah lama plak jam segini. Choiiii..

Okey, berbalik pada update resume. Aku sebenarnya tengah buntu ni macam mana nak mencantikkan lagi resume tu. Macam mana nak buat supaya company yang baca resume tu terus tertarik nak ambil aku kerja.

 Aik kerja? Aku nak kerja semula ke?

Hidup sekarang keras mat. Aku pulak jenis yang dah biasa kerja, dah biasa pegang duit sendiri, dah biasa beli itu ini sendiri. Jadi, aku ambil keputusan untuk kembali kerja. Sebelum ni aku diberhentikan sebab company lama aku tu tutup. Kebetulan waktu tu anak aku masih kecil so aku ambil keputusan jaga anak dulu. Sekarang anak aku dah besar sikit so rasanya aku dah boleh mula mengorek langkh untuk gapai plak impian aku yang tertangguh sebelum ni. 

Weh, korang nak tahu tak waktu company lama aku tu tutup, aku sedih gila tau. Aku sedih nak berpisah dengan machine machine yang selama ni aku jaga, aku repair. Dari A to Z aku antara salah seorang yang handle machine tu, tak pernah terjangka aku akan tinggalkan machine tu. Serius cakap, waktu tu aku memang terkelu kejap. Aku tengok machine machine tu rasa sayu gila. Hari hari terakhir dapat tugasan untuk wrap  semua machine machine tu. Sedih weh. Huhuhuuu.. tapi tulah, dah setakat tu je rezeki aku kat situ. Nak buat macam mana, kan.

Kalau nak diceritakan perjalanan aku sepanjang hampir 4 tahun di situ memang banyak pahit dan manisnya, Alhamdulillah, aku dapat bos yang baik, rakan sekerja yang baik dan aku dikelilingi insan insan yang baik. Well, ada je yang bergaduh, bermasam muka tapi aku tak ambik port pun. Niat aku datang kerja sebab nak cari rezeki, nak tolong husband aku, nak stabilkan sikit kewangan, so aku abaikan segala yang negatif tu. Paling penting, cukuplah engineer yang handle team aku baik. Yes, baik sangat. Tiap kali meeting, selalu backup team kiteorang. Kiteorang siap boleh jadi geng gosip lagi erk. Hahaaa! itulah salah satu pengalaman manis manis aku kerja kat situ.

Pengalaman pahit aku, tiap hari tertekak dengan operator. Hahaaa! rasanya takdelah pahit mana. Mungkin pengalaman kelakar kot. Kekadang aku pun tergelak sendiri bila dikenangkan balik. Nak dijadikan cerita, kerja aku memang hari hari repair machine yang rosak. Machine yang tengah elok running tetiba rosak. Team aku akan datang repair. Kalau rosaknya sikit je okeylah. Tapi kalau rosaknya banyak, kiteorang akan buat under maintenance. Time ni mesti kebanyakan operator akan marah sebab terpaksa pindah ke machine lain. Aku ni jenis buat kerja tak suka banyak cakap. Tapi kalau aku rasa machine tu rosak sebab operator yang buat memang aku akan sound. Ko dahlah slow tapi set machine speed laju. Bila machine problem ko panggil panggil. Dari nak kejar target dah jadi hilang target. Sabar jelah. Diaorang tahu aku jenis macam mana. Diaorang cakap aku garang weh. Hahahaaa.. kalau machine diaorang rosok seboleh bolehnye diaorang taknak aku yang datang repair tau. Aku macam biasalah, kalau time kerja memang muka ketat je. Takde nak senyum, bercakap pun aku malas. Aku hanya bercakap dengan orang orang tertentu je. Orang orang yang aku selesa untuk berborak. Weh, sebenarnya aku ni tak garang pun tau. Aku jenis pendiam kat tempat kerja sebab aku jenis tak pandai nak berkawan sangat. Aku tak andai nak tegur orang dulu nak ajak berborak. Tapi kalau orang tegur aku, elok je aku borak. Ala senang kata aku ni jenis introvert lah. 

Weh, syok plak aku menaip malam ni. Sedar tak sedar dah lewat pagi. Barai beb kalau tiap malam tidur lewat. Kan jap lagi nak bangun masak sahur plak. Sahur... sahur...

Okeylah, aku gerak dulu. Malam esok kalau free aku blogging lagi ye. Eh, tetiba macam tiap malam plak nak blogging erk. Huhuhuu.. takpelah, mungkin ni me time baru cara aku. Assalamualaikum.

Tiada ulasan