Take note : Kita pernah rapat, bagaikan pasangan couple. Tapi rapatnya kita atas tiket persahabatan. Ya, kita bersahabat. Tapi persahabatan kita sering disalah ertikan. Mungkin kerana kau sering kali membela aku. Kau sering kali menyebelahi aku dalam setiap apa juga perkara. Kau sentiasa ada dikala aku kesedihan. Kau sentiasa disisi dikala aku kesusahan. Ketika kau bersedih, akulah tempat kau mengadu. Ketika kau keluh resah, akulah dijadikan tempat untuk kau melepaskan kemarahan. Persahabatan kita bukan sesuatu yang palsu. Kau dengan sikap kau dan aku dengan sikap aku. Kau terima aku seadanya dan aku terima kau apa adanya.
Sungguh aku rindukan saat keakraban kita dulu. Aku rindu untuk sentiasa disisi kau. Aku rindukan saat kita bersama dulu. Hurmmm.. kini semua dah berubah. Berubah kerana satu ayat kau. Kau sayangkan aku. Kau sayangkan aku melebihi seorang sahabat. Selama ni, kau back up aku disebabkan kau sayang aku. Selama ni, kau rapat dengan aku disebabkan kau sayang aku. Aku? Aku kelu, diam seribu bahasa. Sungguh, aku sendiri tak pastu macam mana nak menyahut kata-kata kau. Tak pernah aku bayangkan kau menyayangi aku melebihi seorang kawan.
Kenapa kau sayang aku? Sejak bila kau sayang aku? Hurmmm.. aku sering berfikir tentang soalam tu. tapi aku tak punya jawapannya. Maaf, maaf kerana kini aku menjauhkan diri dari kau. Bukan niat aku untuk pinggirkan kau. Bukan niat aku untuk buang kau dari hidup aku tapi entahlah.. Aku tak pasti apa yang aku mahukan. Aku takut suatu hari nanti kita akan menjadi musuh. Aku bimbang kiranya nanti kita menjadi asing.
Dari kawan mungkin senang untuk menjadi pasangan couple tapi dari couple bukan semudah itu untuk menjadi kawan. Aku takut suatu hari nanti, bila relation kita bermasalah, akan memberi effect kepada persahabatan kita. Oichhh! Aku blur! Mungkin jauh di sudut hati, aku juga sayangkan kau. Tapi entahlah. Mungkin sebab kita dah menjadi kawan rapat so aku tak mampu untuk menyedari perasaan itu.
Biarlah masa dan waktu yang menentukan perhubungan kita. Seandainya ada jodoh, kau akan menjadi milik aku. Namun andai diantara kita tiada jodoh, aku doakan kau akan temui seseorang yang lebih baik dari aku. Seseorang yang mampu membahagiakan kau melebihi aku. Apa pun, aku doakan semoga persahabatan kita berkekalan sampai bila-bila.
patah tumbuh hilang berganti... moga kuatlah ikatanjodoh kalian.. amin.. ^-^v
BalasPadamSemoga dia milikku (=
PadamWa.. kisah benar ke ni dik?
BalasPadamAnyway, kalau dah jodoh tak kemana.=)
Huhuuu kisah benar sis. Semoga dia milikku (=
Padamsemoga awak mempunyai ikatan jodoh yang kuat. =)
BalasPadamAamin. Semoga dia milikku (=
Padam