Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Termenung jauh




KLIK DAN FOLLOW SINI

Sometimes it's moments like that, real complicated moments, absorbing moments,
that make you realize that even hard times have things in them that make you feel alive...

Kadang kala aku terfikir hidup ini rumit. Payah sangat hidup ni, perit pun ada. Sampai satu ketika aku rasa ingin mengalah dengan kehidupan sendiri. Tapi disaat aku hampir tersungkur tu, dia datang sebagai penyelamat. Dia hulurkan semangat kehidupan. Dia hulurka kata-kata semanagt. Dia hulurkan ketabahan dan salurkan kekuatan pada aku.

Siapa dia? Aku tak pernah bermimpi untuk temui dia. tapi dia hadir pada waktu dan saat yang tepat. Dia mengajar aku erti kehidupan. Bersama dia aku meniti denai yang berliku. Setiap kepayahan aku rasakan kesenangan. Setiap penderitaan aku rasakan kebahagiaan. Sungguh walaupun menangis aku masih mampu ukirkan senyuman. Semuanya angkara dia. Dia mewarnai hidup aku.

Tak pernah terfikir untuk aku berkongsi hidup bersama dia tapi itulah hakikatnya. Dia melamar aku bersama cincin belah rotan. Aku tersenyum tanda setuju. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Majlis kami berlangsung dengan jayanya. Lalu bermulalah kehidupan sebenar kami. Suka duka dikongsi bersama. Tangis tawa dilalui bersama. Aku bahagia disisi dia. Terima kasih Allah, Engkau mempertemukan kami. Sunggguh aku tak duga, dia milikku kini.

Dalam tak sedar beberapa dekad telah pun berlalu. Namun kami masih utuh bersama. Hari-hari kami masih bergelak mesra. Hidup kami tak semewah mana, tapi alhamdulillah. Segala yang kami miliki cukup untuk kami. Kami bersyukur diatas pemberianNya. Dalam tak sedar usia kami semakin meningkat. Dia pergi tinggalkan aku. Dia pergi bersama kenangan kami.

Subahanallah, sedihnya aku kehilangan dia tak terkata. Aku terlalu menyayangi dia. Namun aku tahu, Engkau lebih menyayangi dia. Aku sedih kehilangan dia. Tapi aku tahu apa yang berlaku ada hikmah dariMu. Terima kasih kerana Engkau pinjamkan dia kepada aku. Terima kasih kerana pernah hadirkan dia untukku. Semoga di sana nanti, kami akan dipertemukan lagi.


10 ulasan

  1. Sedihnya..
    Kisah benarkah?
    InshaAllah, andai cinta suci yg dipertaruhkan; di 'sana' nanti bertemu lagi..

    BalasPadam
  2. sedih bacaaa. InShaaAllah nanti akan dipertemukn.. AMinnnn

    BalasPadam
  3. sedihnyaaa, pasti ada hikmahnye :)

    BalasPadam
  4. perkara seperti ini mmg diduga dlm kehidupan kita
    pernah merasainya, kehilangan ibu tercinta
    walaupun x bersedia..terpaksa juga terima..ujian hebat dariNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehilangan itu menyakitkan tapi InsyaAllah apa yg berlaku ada hikmahnya..
      Semoga hati terus tabah dan sabar ye..

      Padam
  5. Assalammualaikum....

    sedih pulak mselim3 membacanyer..

    mselim3

    pls: sesunggunya dia adalah pinjaman sementara dariNya ...sedih tetapi pasrah... sedih jugak mselim3..

    BalasPadam