Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Rindu bertamu dihati | 3 Nov 2015


Setiap kali balik kampung, mesti aku akan bercerita dekat mak... ala-ala gossip gitu.. nak cakap mengadu pun boleh.. aku update hampi kesemua perkara.. dekat sini aku buat apa.. aku makan apa.. apu pergi mana.. bla bla blaaa.. port yang paling aku suka bercerita waktu dekat dapur.. time tu mak sibuk dengar periuk belanga.. aku pulak sibuk nak mengupdate cerita dekat mak.. alaa aku tahu mak dengar kesemua cerita dengan jelas lagi nyata.. kekadang mak ada jugak menyampuk.. tanya apa yang kurang jelas.. tanya apa yang tak difahami.. aku layankan saja.. jawab soalan mak dengan hati yang gembira.. aku rindu mak sebenarnya.. tak sabar nak balik kampung.. tak sabar nak jumpa family.. nak jumpa mak.. jumpa ayah.. jumpa adik-adik.. jumpa kawan-kawan.. eh, kawan-kawan.. yang bab kawan-kawan ni ikut atas kerajinan aku.. selalunya kalau balik cuti aku lebih selesa lepak rumah je.. habiskan masa dengan family.. kalau ada hal urgent baru aku keluar.. kalau terlebih rajin pun aku keluar jugak.. tapi setakat ni rasanya aku sentiasa kemalasan kalau balik kampung.. hehee lebih suka menepekkk di rumah je.. layan kerenah adik-adik.. borak dengan mak ayah.. tatap wajah-wajah kesayangan aku.. iLOVEu family

4 ulasan

  1. betul...masa cutilah paling suka duduk rumah...
    nak keluar? memang malas giler rasa...heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheee.. kan..
      Nikmat cuti tu tak tergambar.
      Lebih-lebih lagi bila family depan mata

      Padam
  2. Balasan
    1. Heheee terima kasih.
      Tak sabar nak start cuti. Nak balik kg =)

      Padam