Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Belajar dari alam | Alam itu guru terbaik

Assalamualaikum

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawapannya senang sahaja…

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

5 ulasan

  1. betul..setuju.. melihat alam buat kita berfikir tentang Pencipta dan perjalanan kehidupan kita :)

    BalasPadam
  2. Ambil pengajaran pada setiap kejadian alam semesta..

    BalasPadam
  3. betul tuu, sebab tu dalam quran Allah suruh tadabbur alam. sebab banyak hikmah yang boleh diambil daripada penciptaan-Nya

    BalasPadam
  4. stuju.. alam ini memainkan peranan yang paling byk buat kita

    BalasPadam
  5. banyak yg dpt kita pelajari dengan melihat alam ciptaan Allah swt ini kan

    BalasPadam