Mengikut kajian National Institutes of Health dan disiarkan di dalam Circulation : Journal of the American Heart Association, 95 peratus wanita yang pernah diserang serangan jantung ni dilaporkan mengalami suatu simptom yang belum pernah diorang hadapi sebulan atau lebih dari masa serangan jantung tu berlaku.
Walaupon semasa serangan jantung tu berlaku, wanita jarang sedar apa yang sedang berlaku dan terus telefon doktor jer. Sebabnya, simptom serangan jantung bagi wnaita adalah berbeza dari lelaki. Disebabkan itu, wanita lebih mudah untuk mendapat kematian kardiac serta-merta (sudden cardiac death) berbanding lelaki. Dan hampir 2/3 wanita yang pernah mengalami serangan jantung sukar untuk sembuh seperti sedia kala.
Berikut adalah antara tanda- tanda awal wanita bakal menerima serangan jantung.
1. Keletihan Yang Sangat.
Lebih 70 peratus wanita dalam kajian NIH mengatakan bahawa mereka mengalami keletihan melampau sebulan atau dua, tiga bulan sebelum diserang serangan jantung. Keletihan melampau ni maksudnya, keletihan yang dialami walaupon aktiviti yang mereka lakukan masih seperti biasa sehingga menyebabkan mereka menepikan aktiviti mereka itu.
2. Tidak Dapat Tidur / Insomnia.
Selain dari itu, wanita yang pernah mengalami serangan jantung juga menyedari bahawa mereka mengalami masalah sukar tidur yang mereka sendiri tak tahu apa puncanya, sebulan sebelum kejadian serangan jantung tu berlaku.
3. Kerisauan dan Stress.
Masalah stress ni memang dah diketahui punca utama serangan jantung. Melalui laporan wanita-wanita yang pernah diserang serangan jantung mereka sangat mudah berasa risau terlampau, stress dan keliru, lebih dari biasa. Beberapa saat sebelum diserang serangan jantung, wanita-wanita ini sedar yang mereka mengalami saat genting "kesedihan melampau", di mana mereka tahu something's wrong dan mereka dah tak dapat berharap untuk memperbetulkan keadaan dan diorang sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku.
4. Penghadaman Terganggu / Loya.
Sakit perut, kekejangan testinal, loya, dan gangguan penghadaman adalah antara petanda yang dialami mangsa serangan jantung di kalangan wanita. Anda harus lebih aware dengan penghadaman anda sendiri, dan ni akan membantu anda notice when something goes wrong (dengan sistem penghadaman anda). Especially bila anda takde makan something yang unusual, tapi anda mengalami tanda-tanda yang dinyatakan kat atas.
5. Kesukaran Bernafas.
Menurut kajian NIH, hampir 40 peratus wanita mengalami tanda ini. Paling nyata ialah bila diorang naik/turun tangga atau ketika melakukan tugasan harian biasa.
6. Simptom Seperti Selsema.
Hidung berair, kulit berpeluh, pakej dengan sakit kepala dan berasa lemah, ini antara petanda yang dialami wanita, di mana mereka menyangka hanya diserang selsema. Padahal, sebenarnya mereka diserang serangan jantung.
7. Sakit Dagu, Leher dan Bahu.
Selalunya, bagi lelaki, mereka berasa sakit dan kebas di bahagian dada, bahu dan lengan. Tapi, bagi wanita diorang mengalami tanda yang berbeza. Wanita sebaliknya berasa sakit di bahagian dagu dan di bawah leher, dan kadang-kadang sakit di bahagian bawah telinga. Selalunya sakit ini mungkin akan dirasai di bahagian bahu dan lengan sebelah kiri. Mungkin jugak sakit belakang dan kejang otot di bahagian leher dan belakang.
Itu dia tanda-tanda yang sangat biasa dihadapi oleh wanita sebelum diserang serangan jantung. Jadi kepada wanita-wanita sekalian, berhati-hatilah. Amalkan gaya hidup yang lebih sihat ye sayang (=
Credit : SINI
Allah, jom jaga kesihatan semua.. Sakit jantung tk kenal usia..")
BalasPadamterima kasih <3
BalasPadammoga allah permudahkan segalanya! take care everyone <333
Takutnya, semoga tak terkena kat kita semua! >.<
BalasPadam