Take note : 💞 💕 💗 💓 Dua tiga hari ini lewat pulak tidur. Niat hati nak siapkan buku log tapi ke laut. Niat tak tertunai. Kesudahannya, on lappy then pasang hotspot. Lepas tu tenggelam dalam dunia sendiri.
Okiesss rindu bertamu lagi. Rindu pada dia yang telah tiada. Rindu pada dia yang telah lama pergi. Malam ni lagu 'Buat Seorang Kekasih' mengusik tangkai hati. Adiesss, hati bilalah kau nak sado. Teruskan bertahan duhai hati. Teruskan tabah wahai jiwa. Hidup ini perlu diteruskan walau sesakit semana yang dirasa. Hidup ni perlu ada peningkatan walau sesukar mana cabaran yang mendatang.
Okiess #siskuat. Bukan cuba tapi insyaAllah kuat. Cabaran di hadapan sana masih banyak yang perlu dihadapi. Andai sekarang kecundang, entah apa yang akan terjadi nanti. Tabahlaj jiwa. Bertabahlah kamu. :*
Hidup tak pernah lari dari masalah. Elaklah macam mana sekali pun tetap akan muncul juga. Hurmmm sama seperti malam ni. Mungkin terlalu fikirkan masalah kowt. Sampaikan mata masih segar bugar sampai saat ni. Duhai mata, sedarlah kami bahawa esok kerja. Esok kerja bukan cutilah.
Malam ni berkesempatan untuk blogging. Alhamdulillah, sempat blogwalking untuk beberapa blog. Macam laju plak rasanya line malam ni. Kihkihkihhhh siap boleh download movie lagi tau. Alhamdulillah. Dalam derita masih terselit bahagia. Semoga esok, lusa dan hari seterusnya datang dengan penuh keberkatan dan kerahmatan. Semoga hati dan diri ini tabah dalam melalui liku perjalanan. InsyaAllah, walau sepayah mana pun dugaan, akan dilalui dengan tabah. Cewahhh tabahlah sangat. Hehehee.. Selamat malam dunia. Selamat malam awak.. Semoga awak tenag disana.. Al-fatihah
Tiada ulasan