Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Melepaskan Kerana Mencintai

Aku mencintai kau dengan cara melepaskan kau.
Kerna itu cara terpaling indah,
Tidak semesti dengan kebersamaan.

Menggenggam terlalu kuat, membuat kau lemas.
Meramas terlalu erat, membuat kau cemas.

Maka,
Aku mencintai kau dengan cara melepaskan kau.

Biar kau bebas, berpijak tidak ditanah.
Biar kau lepas, pulang tidak dipapah.

Kata kau, tidak terikat dengan mana mana tali itu, membuat kau lebih jauh terbang.
Lebih tinggi di awan.
Lebih banyak puncak tertawan.

Tentang cita cita kau, yang berpenghujung – tiada.

Itu mahu kau, bukan?
Maka, disudut hati kecil ini
Aku mencintai kau dengan cara melepaskan kau.

Selamat tinggal kau yang aku sayangi


Tiada ulasan