Tips Pernafasan Semasa Mendaki
Ketika mendaki, badan kita akan terasa agak berat. Mungkin itu merupakan satu proses penyesuaian badan. Beberapa aspek yang terlibat ketika proses pendakian termasuklah beban, langkah dan juga pernafasan.
Ini sebahagian tips yang biasa aku amalkan ketika hiking.
1. Mulalah dengan pernafasan nafas pendek. Jangan tarik nafas dalam keadaan sedang berjalan.
2. Pernafasan seiring dengan langkah kaki. Sebaiknya berjalanlah dengan keadaan perlahan dan teratur.
3. Kerap pernafasan melalui hidung. Bernafas menggunakan hidung membantu kita mengatur nafas pendek, jadi kita tidak terasa penat.
4. Jika merasa keletihan, jangan banyak bercakap. Seringkali pada awal pendakian kita berjalan sambil bercakap, jangan terlalu kerap berborak, selain membuang tenaga, dan menyusah untuk bernafas dan boleh sesak nafas. Jikalau ingin mendaki sambil minum, pastikan nafas anda sudah stabil dulu.
5. Apabila kita mengguna nafas pendek, mulailah memanjangkan nafas anda dan tetap sesuaikan dengan langkah kaki.
Semoga bermanfaat gais
Tiada ulasan