Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Hidup Perlu Ada Azam Dan Target

Setiap dari kita tentu ada keinginan, ada kemahuan inginkan sesuatu. Azam bukan saja azam tahun baru. Setiap hari pun kita perlu ada keazaman dalam mencapai apa yang kita mahu.

Sebagai contoh kita mahu membeli kereta idaman, mahu membeli rumah, mahu melancong, mahu berkahwin, mahu mengerjakan haji dan pelbagai lagi keinginan kita sebagai manusia. Setiap hari ada saja keinginan kita. Akan tetapi pandai-pandailah kita meletakkan keinginan itu di mana.

Keinginan yang perlu diutamakan @ keinginan sementara saja. Di mana keinginan sementara boleh berubah ubah mengikut masa.

Jika kita menginginkan sesuatu perlulah usahakan untuk mencapai cita cita tersebut. Sememangnya kita perlu mengukur kemampuan kita sebelum bercita-cita tinggi. Jangan cepat berserah berkata tidak mampu...tak boleh ! mustahil sebelum berusaha.

Untuk mencapai apa yang kita inginkan sememangnya perlu berkorban. Berkorban masa & tenaga Contohnya, Jika kita bergoyang kaki, mampukan kita membuat simpanan ?
Jawapannya tentulah tidak.... !!!

Mereka yang berkemampuan tentunya tidak mempunyai kesulitan untuk mendapatkan segala yang mereka inginkan berkaitan dengan duit. Akan tetapi bagi mereka yang hidup bersederhana kita perlu ada azam untuk mendapatkan apa yang mustahil untuk kita miliki. Singkirkan perkataan MUSTAHIL gantikan dengan usaha, seterusnya doa. Tidak perlu mengeluh susah, keringatkanlah diri untuk memenuhi keinginan hati.

Usaha  kesungguhan  doa  tawakkal. InsyaAllah biar lambat daripada langsung tidak mencuba.
Kepuasan dalam hidup adalah apabila kita berusaha mendapatkan sesuatu yang diimpikan dengan sungguh sungguh dan kemudian bolelah kita rasai berhasilnya itu.


2 ulasan

  1. Rasa motivated baca entry ni hehe
    .
    Thanks for the good vibe ^_^

    BalasPadam
  2. yup... sokong 100%.. thanks for sharing this.. :)

    BalasPadam