Senyum.
Dengan sebuah senyuman sudah dianggap gembira
Dengan sebuah senyuman sudah dianggap bahagia.
Gembira? Bahagia?
Mungkin sebuah senyuman itu menutup sejuta luka
Mungkin sebuah senyuman itu menutup sejuta kekecewaan.
Mungkin?
Luar nampak bahagia, hakikatnya...
Siapa kita untuk menilai orang
Siapa kita untuk menghukum orang
Hidup ini tak seindah yang kita impikan
Hidup ini tak sesusah yang kita bayangkan
Hati..
Kuatlah untuk lalui semua ini
Tabahlah untuk jalani perjalanan ini
Celahlah untuk harungi kehidupan ini
Sesungguhnya
Aku bukanlah insan yang kuat
Namun aku tidak mahu menjadi lemah
Serapuh mana hati ini aku cuba bertahan
Sepayah mana perjalanan ini aku cuba lalui
Sekejam mana hidup ini aku cuba redahi..
Aku
Seribu satu macam tersirat dihati
Ingin diluah, pada siapa
Ingin dikongsi, untuk apa
Sakitnya aku yang rasai
Lukanya aku yang hadapi
Bukan kauuu... Kauu.. Kau.
Bukan!!!
Semoga kekuatan aku makin kuat dan sentiasa kuat
Semoga ketabahan aku tetap tabah
Semoga kecekalan aku berterusan cekal
Harungi hidup ini dengan kesabaran yang tinggi
- kejupenyet
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
puisi yang begitu mendalam maksudnya.
BalasPadam