Petang tadi husband bawak aku dan anak pusing pusing taman perumahan kami.. aku nampak ada beberapa batang pokok pelam berbuah lebat.. geram je aku nak capai buahnya tapi tinggi.. aku cakap pada husband, best ni kalau pelam ni cicah kicap.. husband pun cakap pondok dekat rumah ada buah pelam kalau nak dia nak tolong ambilkan.. aku pun laju jelah cakap nak. Hehee..
Aku ingatkan husband cakap saje je.. tak sangka pula betul. Alhamdulillah ada rezeki untuk aku..
meh aku tunjuk besar mana pelamnya. Sedap weh buat cicah kicap dan gula... husband aku bebel sebab gula tu manis.. Hahahaaa dia tak tahu ni lah kesukaan aku dari kecil lagi.. sesetengah orang akan picit lada dan belacan dalam kicap gula tu tapi aku cukuplah setakat tu.
Lama tak makan cicah kicap dgn gula
BalasPadamSedap niii
Jarang jarang sekali makan, memang tak tengok kiri kanan dah :)
PadamAduh.. Terus terliur dibuatnya.
BalasPadamSekarang musim pelam epal. Bolehlah cari dan buat rasa rasa.
PadamFuhhh, dapat ni memang tak pandang kiri kanan dah! 🤤
BalasPadamHahaaa betul! Memang tak tengok dah kiri kanan. Tak ingat terus kat orang belakang.
PadamSedapnya cicah gula kicap. Letak cili mesti sedap ni.
BalasPadamSesetenagh org akn tambah cili dan belacan. Aien tak letak cili sebab makan sekali dgn anak.
PadamSS memang akan picit sikit belacan dengan cili bagi dia naik rasa umphhh lagi. kecur liur terus tengok gambar aien share. adehh mana nak cari pelan epal ni. hahahah ini kalau ada geng menyembang tak cukup sebiji
BalasPadamTambah cili dan belacan mmg surr.. fokus makan sampai licin.
Padamfuhhhhhh kecur air lior ni aien! ahahaha
BalasPadamHahaaa sy yang mula mula pegang pelam ni kecur ayaq liur jugak kak. Lama betul tak makan pelam cicah kicap gula.
PadamPergh!! Lama tak mencicah macam ini.. Kalau Sha tambah cili bagi ada rasa pedas.. kikiki..
BalasPadamKan.. tambah cili bagi rasa pedas pedas manis sikit. Aien makan dgn anak jadi tak letak cili.
PadamTak pernah pula cuba cicah kicap dan gula. Biasa, cicah kuah rojak. 😋
BalasPadamHeheee.. trylah sis. Serius sedap. Lagi sedap kalau ditambah cili dan belacan
Padam