Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kehidupan seorang pelajar

Assalamualaikum..

Sejak dua tiga empat lima enam dan beberapa menjak ni, blog aku seakan tak abai, kan. Entri pun macam dah tak berapa nak terupdate. Adakah aku dah malas nak blogging? Oichhhh tidakkkkk! Adakah perangai malas dah bertamu? Oichhh tidakkkk!

Sebenarnya, sementara waktu ni aku terlalu kekangan masa. Biasalah life sebagai seorang pelajar. Opsss, itu bukan satu alasan ye. Semester depan aku akan keluar untuk latihan industri, so semester ni, subjek yang aku belajar agak berat sikit. Memang bila waktu kelas, lecture jarang masuk tapi itu lah. Hati ni duk terfikir jugak tentang subjek-sunjek yang agak berat tu. Mampu ke aku habis kan semester ni dengan pointer yang tinggi macam semester lepas? Mampu ke semester ni aku kekalkan pointer dengan angka 3? Oichhh stress beb, bila aku fikirkan semua tu.

Sekarang ni, hampir setiap petang isnin hingga khamis aku tranning netball. Itu lagi satu masalahnya. Oichhhh jenuh nak mengeluarkan peluh bagi membuang segala lelemak tepu yang sediaada. Semester lepas, aku ada join tonument badminton untuk setiap department. Alhamdulillah, department aku dapat tempat ke 3. Tapi untuk semester ni, entahlah! Hahaaa gatal nak join netball. Padahal dah hampir setahun lebih kowt aku tak main netball. Tu pasal, pancit sikit bila start tranning netball ni. Tapi apapun aku tak mengarapkan lebih pun. Entahlah! Kalau ikutkan hati ni memang harap sangat terpilih untuk SUkan antara IPT yang akan diadakan awal bulan depan di IKBN Sri Iskandar. tapi bila memikirkan dah lama tak main netball, hati rasa cuak pulak. Rasa mcm tak yakin aku boleh main dengan baik macam sebelum ni. Oickkk tidakkkk !

Dan untuk malam pulak, sementara waktu ni aku akan berganding bahu tolong senior sem last untuk settlekan final projek dyorang. Sebenarnya diaorang mintak tolong aku waringkan balik sportlight dan lampu hiasan untuk projek dyorang. Aku? mestilah aku hulurkan pertolongan. InsyaAllah, aku cuba tolong mana yang patut. Huhuuu, sebenarnya aku ni tade lah terror mana bab-bab waring ni. Almaklumlah dah lama tinggalkan wiring. Waring tu zaman aku study 'wireman' dulu. Sekarang aku study 'chargeman' so lebik kepada PSU (Papan Suis Utama), talian atas dan juga talian bawah.

Kesimpulnya, bagi aku semester ni memang agak sibuk sikit. Sebab tu, bila malam je mata terus lena bila kepala menyentuh bantal. Huhuuu assminght ke mana dan laptop ke mana. Sedar-sedar, hari dah subuh. Kuikuikuiii.. Tapi apapun aku harap, result semester ni tak jatuh. Semoga aku mampu hadapi segala kesukaran yang wujud untuk semester ni.


Semester depan dah start praktikal Tapi tempat praktikal belum comfrem lagi. Hurmmm.. mana nak cari kilang, kontraktor dan motor erk? Nasib badanlah praktikal tiga tempat dalam masa setahun setengah. 


8 ulasan

  1. aktifnya awak, kak dulu student pasif, hari2 tdo n hadap laptop, sebab tu boleh update blog salu, haha

    BalasPadam
  2. Semoga bertabah ea untuk semester ini..in shaa Allah perkara yg baik dibaals baik..^^

    BalasPadam
  3. Selamat berusaha.. semoga sentiasa bersemangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks kak.
      Semoga semangat juan terus membara :)

      Padam