Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tazkirah pagi khamis | Wanita terhebat

Wanita adalah ciptaan terhebat. Andai di syurga ada bidadari sebagai penyinar maka di dunia ada wanita solehah sebagai perhiasan duniawi. Sehingga ada yang mengatakan andai mereka tidak wujud, sepilah dunia ini. Jika itu hakikatnya, tidak berbanggakah kita dicipta sebagai wanita?

Ya… daripada kitalah lahirnya seorang bijaksana dan daripada kita juga wujud seorang Rasul pemimpin dunia! Maka, benarlah sabda Nabi, wanita itu lebih baik daripada bidadari syurga.

Fitrahnya… kita sebagai wanita tidak akan sepi dengan cubaan. Semakin menjauh semakin pula ia mendekat. Andai demikian, bangunlah segera. Carilah punca dan berusahalah memurnikannya sebelum ia membakar diri.

Ingatlah… wanita hebat ialah apabila seluruh hatinya diserahkan kepada si Pemilik, bukan hanya meratapi takdir yang tertulis. Teruslah menjadi insan terhebat yang dapat menggoncang dunia, menggenggam bara walau diuji bertubi-tubi.



Take Note : Kiriman Kasih Sayang diatas dikongsikan oleh salah seorang saudara Ms. Kejupenyet dalam group ws family. Ms. Kejupenyet terpanggil untuk kongsikannya di sini. Semoga ada imlu dan pengajaran yang bermanfaat dapat kita ambil dari kiriman kasih sayang diatas.

Sentiasa ingat Allah, utamakan solat, ingat keluarga, utamakan keluarga. InsyaAllah segala uruan kita dipermudahkan oleh Allah.

5 ulasan

  1. Indahnya,...:) selain menunaikan kewajipan, solat tu ibarat interaksi kita dgn Maha Pencipta :)

    BalasPadam
  2. Ya Allah, bestkan perasaan bila dekat dengan Allah.. Moga kita sentiasa dikurniakan perasaan itu..")

    BalasPadam
  3. tenang...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. insyaALLAH :) terima kasih atas tazkirah yg bagus

    BalasPadam
  5. Tazkirah yang baik. Terima kasih CC

    BalasPadam