Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tazkirah pagi rabu | kata-kata


Jangan membuang masa dengan memikirkan apa akan berlaku setelah itu dan setelah itu. Doa dan Usaha dulu.

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.

Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit.

Kukatakan pada syaithan & hawa, "Aku ini makhluq mulia. Jiwa & ragaku terlalu berharga untuk dicemari nista & dosa." - Al Mutanabbi.

Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.

Doa memberikan kekuatan pada orang yg lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Walaupun kita betul, tidak bermakna kita layak untuk menghina orang lain yang melakukan kesalahan.

Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah. - Hadis Riwayat Muslim.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya - Hamka.

Sungguh, dakwah ini adalah mata rantai. Dan kita mahu menjadi sebahagian daripada mata rantai itu biar sedikit cuma peranan kita.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, Aamin.



Take Note : Kekadang kita merasakan kata-kata dn ayat yang disampaikan itu terlalu ringkas dan mudah tapi sangat besar maksud disebaliknya. Baca, hayati dan renungkanlah. 

14 ulasan

  1. Kadang sepatah ayat mampu mengubah dunia. Tq ntk sharing yg sgt baik ntk kita sebagai manusia :)

    BalasPadam
  2. Semoga kata2 ini memberi kita peringatan.

    ZH Blogger

    BalasPadam
  3. nice reminder.. thanks.. may Allah bless you.. ^_^

    BalasPadam
  4. ringkas tapi amat bermakna.. :)



    Tahniah tersenarai.. Terima kasih sudi komen.. :) "Senarai Pengomen Tegar Mac, April, Mei, Jun, dan Julai 2015"

    BalasPadam
  5. tazkirah yang menarik dan ada kaitannya dengan kehidupan IbuNoey sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuuu.. Thanks kak..
      Semoga bermanfaat untuk kita..

      Padam
  6. Walaupun ringkas tapi punya makna yg mendalam..

    BalasPadam