Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara sebahagian suami menyayangi isteri

1. SUAMI selalu memegang tangan si isteri ketika berjalan, jika sebelah tangan tak dapat memegang kerana ada barang, SUAMI akan meminta si isteri memegang lengannya. Alasannya dia bertanggungjawab atas keselamatan isetrinya.

2. SUAMI selalu mencium kening si isteri disaat-saat tertentu, sebelum & sepulang bekerja, sebelum dan sesudah tidur. Alasannya sebagai tanda bahawa dialah pelindung & penenang si isteri agar si isteri selalu merasa nyaman

3. SUAMI tidak pernah berteriak pada si isteri, alasannya suara yang keras dari suami untuk si isteri adalah cambuk yang menyakitkan.

4. SUAMI tidak pernah mencela dan memaki si isteri sebesar apapun kesalahan yang diperbuat alasannya makian dan celaan bukan kata yang bijak mengajarkan kebenaran.

5. SUAMI selalu memeluk dan membelai si isteri jika si isteri berbuat salah, alasannya mulut dan perbuatan si isteri adalah tanggungjawab suami, bila si isteri sampai tidak terkontrol itu adalah salah suami, sebab itu dia selalu memeluk dan membelai si isteri sambil berkata "maafkan abang, lain kali jangan kamu ulangi kesalahan itu lagi, jadilah isteri yang beriman dan baik, salahkan abang saja".

6. SUAMI selalu bangun sebelum dan berangkat tidur selepas si isteri, alasannya kewajibanny adalah untuk melindungi hidup si isteri dimulai saat bangun tidur dan sampai αƙαn tidur, itulah janji suami pada si isteri.



Take Note : Semoga si lelaki dan si suami dapat menerima kekurangan si perempuan dan si isteri dengan ikhlas. Belajar bertanggungjawab terhadap diri sendiri terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab dalam berumahtangga. Adat berumahtangga ada pasang dan surutnya. Jadikan setiap yang pasang itu sebagai dugaan untuk mematangkan lagi alam berumahtangga dan jadikan setiap yang surut itu satu bonus untuk melayari bahtera dengan kebahagiaan dan kegembiraan bersama. Setiap apa yang merungsingkan hati, sama-samalah selesaikan. Ambil pendekatan untuk berbincang sebelum membuat sesuatu keputusan.

1 ulasan

  1. ASSAM suka teks ni :
    Adat berumahtangga ada pasang dan surutnya. Jadikan setiap yang pasang itu sebagai dugaan untuk mematangkan lagi alam berumahtangga dan jadikan setiap yang surut itu satu bonus untuk melayari bahtera dengan kebahagiaan dan kegembiraan bersama.

    BalasPadam