Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tazkirah | Jenaka Ustaz Azhar


Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.

Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita.

Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar.

Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.

Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit. Muhasabahlah diri kita. Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.

( Ustaz Azhar Idrus)
Ingatlah... Rezqi utk kita dlm pelbagai bentuk : selain RM,  tenang ati dn jiwa biar pelbagai ujian, kesihatan yg baik, anak2 cerdik pandai, erat kasih syg sesama ummah.

Rasulullah SAW bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)


4 ulasan