Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

kemalasan menjadi semakin menjadi-jadi

Assalamualaikum..

Rasanya dah agak lama aku tak berceloteh dekat sini. Sebenarnya bukan malas nak berceloteh cuma kerajinan tu kurang ada. Idea? Huh idea lagi lah tak ada. Hampeh! Hilang terus segala semangat berblogging sejak balik dari sukan ni. Heheeee salahkan sukan pulak dah. Adoiii!

Nak dipendekkan cerita, sejak bersukan ni memang aku agak sibuk sikit. Pagi sibuk kelas, petang sibuk latihan dan bila malam memang aku tidur awal sebab kepenatan. Masa untuk diri sendiri pun tak ada apatah lagi masa untuk blogging. Ye dok? Tapi itu cerita beberapa hari lepas. Sekarang ni sukan pun dah habis. Alhamdulillah, aku dapat dan mampu bersukan dengan jayanya. Walaupun kontijen aku tak mendapat tempat tapi kami dapat memperbaiki rekod yang lepas. Harap-harap tahun depan adalah tempat untut kami. Hohohooo..

Bila dah habis bersukan, lain pulak ceritanya. Kesibukan tu tetap juga ada. Almaklumlah, seminggu tak datang kelas sebab sukan. Jadi banyaklah kerja yang tertunggak. Makkk aikkk bila diingat-ingatkan semua kerja tu mahu migrain aku ni.

Sejak habis bersukan ni, aku rasa macam malas semacam. Malas nak pegi kelas, malas nak siapkan asmight, malas nak study, dan nak blogging pun malas. Tapi dalam mlas tu tetap jugak kena merajinkan diri. Yalah, kalau malas pergi kelas nanti kehadiran tak cukup 80%. Kang tak pasai aku tak pelas nak ambil final. Asmight? Opssss masih lagi tertunggak kowt. Mentang-mentanglah tarikh last hantarnya dua minggu sebelum final. Asmight tu, aku langsung tak sentuh apa pun lagi. Bila difikir-fikirkan balik, rasa risau pun ada. Tapi entahlah... rasa malas dan malas tu macam lagi banyak dari rasa risau. Hampeh! bilalah nak datang moooooood rajin ni?


Untuk hari ni, dengan segala sisa kerajinan yg ada, aku naikkan jugak satu entri. Sebenarnya banyak benda yang aku nak kongsikan dekat sini. Tapi rasa malas tu masih bersisa jadi aku hold kan dulu ye. Nanti next entry aku ceritakan ye. Disebabpak sikap malas, banyak kerja yang aku tangguh. Contoh? Niat hati nak lipat baju, tapi malas. Niat hati nak kemas almari, tapi malas. Niat hati nak bersihkan bilik, tapi malas. Alahaiiii malas, disebabkan malas satu kerja pun tak jalan. Tapi rasanya malas aku masih boleh dikawal kowt. Walaupun malas kerja-kerja yang nak aku buat tu tetap berjalan. Cuma lanbat sikit dari penjadualan ada. Hahaaa biasalah, tangguh-tangguh kerja. membazirkan masa yang sedia ada.



Hari ni ada test untuk subjek agama dan bi.
Doakan semoga dapat jawab ye.




4 ulasan

  1. sesekali timbul jugak kemalasan tu..

    BalasPadam
  2. bw dan follow sini #1701

    penyakit M mmg camtu..tapi kena lawan r..klu x, huru hara hidup

    fuh fuh fuh...tiupp angin raajin kitt

    http://blogfiefi.blogspot.my/2015/09/the-bakers-cottage-mooncake-giveaway-by.html

    BalasPadam
  3. Ya Allah jauhkan penyakit M dari kami semua..Aminn..hehehe
    kipidap dik..shuhh2 pi jauh2 siM ..:)

    BalasPadam