Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kebaikan Akan Menghantar Seseorang Kepada Kebenaran


Sisi positif dosa.

Setiap hari kita akan buat salah dan silap. Setiap hari. Bezanya, sama ada kecil atau besar, banyak atau sikit.. dan sama ada dosa terhadap yang Maha Esa ataupun manusia.

Allah itu tidak mengira berapa banyak kali kita tersungkur jatuh. Dia hanya mahu kita bangkit, lantas meminta maaf dan ampun meskipun itulah yg sering ditangguh-tangguhkan oleh kebanyakan kita.

Kenapa pula dosa itu ada baiknya? Tentulah. Jika kau merasa berdosa dan kemudian dihimpit pula perasaan bersalah, maka bersyukurlah. Kerana kau masih punya iman. Takutlah jika kau tiada langsung perasaan itu, maka hati kau dalam bahaya, yang perlu dirawat sesegera mungkin.

Apabila kau merasa berdosa, hanya dengan kembali kepada-Nya yang akan membuatkan kau tenang setenang-tenangnya. Kenapa? Kerana sudah tentu Dia sahaja yang berkuasa ke atas hati kita. Bukankah dia Pencipta kita? Juga pencipta hati kita?

Persoalannya, pilihan ada di tangan kita. Mahu segera bangkit atau terus-terusan menjerumuskan diri ke lembah kehinaan?

Orang bijak dan berjaya itu, bukannya tidak pernah membuat kesilapan. tetapi mereka tidak membuat kesilapan yang sama buat kali yang kedua.

Sungguh banyak bukti bahawa Allah SWT itu Maha Pengampun dan memberi peluang yang tidak terhitung banyaknya kepada kita. Mahu tahu bicara-Nya itu?

"... Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang sering bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri." (Surah Al-Baqarah, ayat 222).

"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Surah An-Nisā', ayat17)

"Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Mā'idah, ayat 74)

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Naĥl, ayat 119)

-si perenung masa-

Rawat hati, perbaiki diri dari hari ke hari.

Tiada ulasan