Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Peringatan : Kerana Lisan


Kerana Lisan

Kisah Pertama :
Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas.  Kata kakaknya lagi, "Uish!! Takkan camtu?, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa." Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, dilihat isterinya sedang merajuk sedih  di rumah.
Mereka berdua sering bergaduh sejak itu. Taklama kemudian,  suami dan isteri ini bercerai.
Dari mana punca masalah rumahtangga mereka?
Hanya dari pertanyaan  yang diucapkan oleh kakak kepada isterinya.

Kisah kedua :
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?” Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.

Kisah ketiga :
Seorang kawan bertanya.
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Sikitnya!!!, majikan kamu tidak reti menghargai kerja kamu.
Mana cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Sejak itu dia membenci pekerjaannya.
Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.

Kisah keempat :
Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang melawat makcik dalam sebulan? "
Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "uish!! melampau sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." Hati si makcik menjadi sedih.
Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya.
Makcik tadi mula menangis dan bersedih.
Ini memburukkan kesihatan tubuhnya hingga jatuh sakit.

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas?

Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain.Tidak perlu cemburu dgn kebahagiaan yg diperolehi org lain..setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..andai dia berbahagian,lihatla corak dan gaya kehidupannya..bukan menghukum dgn membawa cerita..

Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki.

Jika terus berperangai seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini. Perosak kebahagiaan orang lain.

Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Na'uzubillahi minn zaalik..

#copypaste

1 ulasan

  1. terima kasih atas peringatannya.. sangat bermanfaat utk semua..

    BalasPadam