Dikala malam sepi bilaku sendirian
Kisah silam datang menjelma
Walaupun semuanya telah berlaku
Tapi tetap segar didalam ingatanku
Bila kukenang masa yang lalu
Airmataku membasahi pipi
Angin nan malam teman sejati
Untuk mengubati hatiku rindu padamu
Nurani..
Kau lambang cintaku
Ohh nurani..
Namamu sentiasa dihatiku sayang
Masih segar dalam ingatanku
Dihari pernikahan kita
Ku cium tanganmu
Dan kau mengucup dahiku
Ku terasa sungguh bahagia
Kerna dapat hidup bersamamu
Moga kasih sayang kita
Kekal untuk selamanya
Nurani..
Kau lambang cintaku
Ohh nurani..
Namamu sentiasa dihatiku sayang
Masih segar dalam ingatanku
Dihari pernikahan kita
Ku cium tanganmu
Dan kau mengucup dahiku
Ku terasa sungguh bahagia
Kerna dapat hidup bersamamu
Moga kasih sayang kita
Kekal untuk selamanya
Tapi sedikit takku duga
Ia hanya sebentar saja
Kasih yang diikat telah terlerai juga
Semasa kepulanganmu
Kau ditimpa bencana
Kau tinggalkan diriku
Untuk selama-lamanya..
Nurani.. nurani... nurani..
Oh.. sayangku...
Bila rindu bertamu aku ulang lagu tu empat belas juta kali.. dan sebanyak empat belas juta kali itu juga airmata aku berderai.. rasa bagai baru semalam kau pergi tinggalkan aku.. hakikatnya hampir lima tahun sudah berlalu.. lima tahun bukan jangka masa yang sekejap untuk aku lupakan kau.. bukan masa yang cukup untuk aku hapuskan kau dari hati aku..
Pertama kali kita jumpa tak terduga.. pendaftaran.. couse yang sama.. kelas yang sama.. walaupun jarang bertutur.. kau berlagak.. aku pemalu.. atau aku berlagak.. kau pemalu..krikk krikk krikk.. satu hal yang membuatkan kita rapat.. rapat dan terus rapat.. pergi ke kelas bersama.. dalam kelas duduk bersebelahan.. kau banyak bantu aku dalam akademik.. acap kali aku tiru tugasan kau.. banyak kali waktu kuiz aku tiru jawapan kau.. banyak masa kau habiskan bersama aku.. sampai satu tahap kawan-kawan kau merungut.. kau lebihkan aku berbanding mereka.. hurmmm...
Sungguh aku rindu kau saat ni.. lagu ni mengingatkan aku pada kau.. maaf aku tak mampu tampung airmata saat ni.. rindu teramat pada kau.. kau insan yang banyak mengajar aku erti hidup.. insan biasa yang punya impian luar biasa.. impian kita.. impian bersama.. impian yang tak mungkin akan tercapai kini.. terlalu cepat kau pergi tinggalkan aku.. semalam kita bergelak ketawa... harini aku menangis sendirian meratapi pemergian kau.. sejujurnya tak pernah aku duga semua ni akan berlaku.. aku akan kehilangan kau.. hilang untuk selamanya.. takkan dapat aku pandang wajah kau lagi.. takkan dapat aku adukan setiap masalah aku lagi.. pada siapa nak aku luahkan semua ni.. sungguh aku tak kuat setiap kali teringatkan kau.. nak aku meraung tapi apakah kesudahannya.. nak aku meratap tapi entah dimana punca ratapan aku.. kau insan yang sentiasa dan akan kekal dalam ingatan aku..
Hampir lima tahun aku tutup pintu hati.. hampir lima tahun aku abaikan mereka yang datang meminta.. aku tak sangup ketepikan kau dari dasar hati aku.. pernah mereka bertanya kenapa.. sebab apa.. sejujurnya aku sendiri tiada jawapan untuk soalan-soalan itu.. kisah lama yang taknak aku singkap kembali.. tapi sekarang rasanya hati aku seakan berdetik.. nak aku huraikan rasanya masih terlalu awal.. nak aku mengharap.. bimbang nanti tepukan aku sebelah tangan.. hurmmm.. semoga aku ketemu insan yang berjaya buat aku terima akan pemergian kau.. al-fatihah
bertabahlah
BalasPadam