Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Nikah Elak Zina


Ramai kita lihat anak muda mahu kawin awal pada zaman sekarang,

alasan mereka, "nak elak zina"

klise zaman sekarang.

mereka lupa 1 benda.

ramai juga anak muda yang bercerai zaman sekarang.

pernah dengar kisah cinta sayyidina Ali?

beliau menangguhkan dulu cintanya kerana masih ingin mencari ilmu, mahu berjuang di jalan Allah.

sedangkan beliau boleh saja minta pada Rasulullah untuk bernikah dengan Fatimah.

mana mungkin Rasulullah akan tolak lamaran pemuda yang berani seperti beliau.

tapi beliau tidak melakukan hal sedemikian.

beliau sedar, nikah bukan sahaja melibatkan perasaan cinta tetapi banyak lagi hal yang perlu dipelajari.

zaman sekarang,

para pemuda dan pemudi semua sudah futur terutamanya semangat jihad.

siang malam fikir pasal jodoh.

jodoh.

jodoh.

jodoh.

sedangkan, Ali sedaya upaya minta dengan Allah agar dilupakan sebentar.

dan Ali sendiri tidak membiarkan dirinya selalu memikirkan Fatimah.

permasalahan umat pada zaman sekarang.

senang sekali jatuh cinta.

kemudian bernikah.

kamu tahu apa yang Allah paling benci?

"sikap terburu-buru"

walaupun kamu sudah ada ilmu yang mantop tentang perkahwinan, bagaimana dengan hal lain?

kalau kamu benar-benar cintakan Allah,

kamu akan sedar HIDUP BUKAN SEMATA-MATA CARI JODOH.

ya, nikah boleh elak zina.

tidak dinafikan syaitan menangis ketika anak muda bernikah.

bagaimana zina itu boleh berlaku?

punca dari kita sendiri.

~senang jatuh cinta
~lemah iman
~terlalu kerap memikirkan ajnabi

"saya tak minta pun jatuh cinta!"

"saya cuba kuatkan iman!"

"saya sukar nak buang ajnabi dari kepala saya!"

bagaimana kamu nak hadapi semua ini, kalau dalam hati kamu itu KOSONG jauh dengan Allah dan rasul

jangan biarkan syaitan menipu daya kamu meskipun mengenai pernikahan.

saya tak kata nikah awal itu salah.

tetapi, elok pada masanya.

hadam baik-baik.

fikir baik-baik.

yang mana ada ajnabi dalam diri itu, minta dibuang.

itu pun kalau kamu rasa nak selamatkan semangat jihad kamu.

Tiada ulasan