Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Adab Yang Ramai Tidak Ketahui

Ada beberapa adab yang ramai tidak ketahui. Mungkin ada sesetengah darinya yang trlah biasa kita dengar tapi ada lagi sesetengah yang jarang diketahui oleh umum.

Antara adab adab tersebut adalah ;

1- Adab ketika belajar adalah rahsia keberkatan ilmu

2- Ilmu yang berkat adalah yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain

3- Para fuqaha mujtahid contoh terbaik mereka yang berkat ilmunya

4- Rahsia mereka adab dengan ilmu,guru,madrasah dan peralatan

5- Guru yang beradab melahirkan murid yang beradab

6- Imam Abu Hanifah tidak akan tidur atau duduk hal keadaan kakinya melunjur ke rumah gurunya Hammad

7- Imam Malik tidak akan membaca kitab hadis melainkan beliau akan mandi, mewangikan majlisnya dengan asap wangian dan duduk dalam keadaan wibawa

8- Imam Malik tidak akan bangun dari majlis hadis walaupun untuk menyambut seorang raja

9- Imam Shafii begitu berhati -hati menyelak helaian kitab dengan perlahan kerana tidak mahu bunyi selakan itu akan menganggu gurunya

10- Imam Ahmad tidak pernah lupa mendoakan gurunya Imam Shafii setiap kali solat

11- Imam Abu Daud pernah menolak permintaan istana untuk dibacakan hadis untuk anak raja dengan alasan mereka yang mahu belajar dialah yang harus datang

12- Imam Bukhari hanya akan menulis hadis setelah solat dua rakaat

13- Imam Nawawi tidak akan menyebut nama gurunya melainkan dengan didahului dengan laqab pujian tuan guru,sheikh,imam dan seumpamanya

14- Sheikh Yasin Fadani telah menghentikan keinginan nya untuk mencetak syarahnya terhadap Luma kerana mendapat tahu gurunya terlebih dahulu menghantar syarahnya untuk dicetak

15- Melipat kitab, membalikkan helaiannya dengan air liur, meletakan barang diatas kitab adalah  perbuatan yang khilaf adab

16- Imam Rabi Muradi paling banyak berkhidmat untuk Imam Shafii sepanjang empat tahun Imam di Mesir selepas kewafatan Imam Shafii manusia dari seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu belajar ilmu Imam Shafii darinya selama 40 tahun

17- Ulama Hadhramaut berkata meletakkan kitab didalam beg sandang belakang adalah perbuatan tidak beradab dengan kitab

18- Air basuhan sarung kain yang membalut al-Quran tidak akan dibuang didalam saluran air atau longkang. Ini adab yang diajar di madrasah tahfiz di Pakistan.

Take note : Semoga kita semua dapat manfaat dari apa yang telah dibaca. Wassalam 😉

1 ulasan

  1. terima kasih diatas perkongsian...banyak yang khilaf sebenarnya..

    BalasPadam