Kecewa orang tak reply masej?
Tengok whatsAap.. "Eh, dia online! Nak tegur la."
Taip mesej laju laju. Sambil senyum.
Message sent
Double tick
Bluetick
10 minit kemudian...
1 jam kemudian...
4 jam kemudian...
Sehari kemudian...
Seminggu kemudian...
Sebulan kemudian...
Esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tetap sama. Tak berbalas!
"Tak sudi ke balas mesej saya?"
"Saya ada buat salah ke sampai tak nak balas?"
Resah. Gelisah. Tak senang duduk. Taip lagi.
"Boleh bagitau, apa salah saya?"
Still sama. Tak berbalas. Pilu kan? Rasa kecil hati, kecewa, sakit hati, semua ada kan?
Macam mana pula dengan ibadah yang wajib kita buat sebagai Hamba Allah? Tinggal solat, tak puasa, baca quran pun kadang². Kita selalu online (hidup). Allah sent ayat ayat DIA (Quran). Allah suruh solat. Tapi apa yang kita buat?
Kita tak baca pun! Tak solat pun! Kita tak balas pun pemberian Allah. Allah bagi itu, bagi ini. Kita masih tak sedar.
Itu baru berjam atau berhari orang tak balas. Sekarang ni kita dah hidup berapa lama atas dunia ni? Let say. Kita. Berbelas berpuluh tahun dah Allah bagi bernafas. Bayangkan selama hidup ni orang tak balas mesej kita. Fed-up kan? Tapi Allah? Tetap setia menunggu hambaNya buka Quran, baca. Balas dengan tadabbur ayat ayatNya. Tetap tunggu hambaNya tunaikan solat. Balas dengan beribadah kepadaNya.
Tahu tak kenapa Allah tunggu? Sebab Allah nak bagi kita peluang masuk Syurga. Tak nak Syurga ke?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
#deep
BalasPadam#deep
BalasPadamsayu sahaja bila baca
betul tu sis... setuju n sayunya...
BalasPadam