Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Urusetia Majlis Konvokesyen 2017 #HariKedua

Assalamualaikum.

Urusetia Majlis Konvokesyen 2017 #HariKedua |Saat ketika dan detik ini, badan sudah agak lepu. Letih, lelah dan penat jangan ditanya. Tapi yang paling ketara sakit kaki, ke hulu ke hilir bergerak untuk hari ini.

Hari ni kami kerak ke PICC seawal jam 6.00am. Fuhhh awal sangat, kan ! Perjalanan ke PICC mengambil masa lebih kurang 15 minute. Sesampai disana, kami sempat lagi melepak barang seketika. Waktu ni situasi masih dapat dikawal.

Seawal jam 7.30am, kami mula sibuk menyusun beg beg kertas untuk diberikan kepada para pelajar yang datang berdaftar. Jam menganjak ke 8.30am, waktu ni pelajar mula masuk ke dalam dewan. Kedatangan mereka waktu ni takde lah ramai sangat. Hanya tertumpu pada sesetengah kunter sahaja.

Jam menunjukkan pukul 11am. Waktu ni situasi agak tidak terkawlal. Fuhhh, semua barisan beratur terus ke belakang. Ramainya jangn ditanya. Waktu ni belum lagi waktu puncak, tapi kami yang bekerja di belakang sudah seakan kehabisan tenaga. Nasib baik team kami bekerjasama dengan baik. Alhamdulillah, sama sama menolong apa yang patut. Team runner, tak cukup tangan susun, atur dan settlekan beg beg yang baru. Beg yang dah kehbisan di barisan hadapan akan.diisi dengan cept dan pantas. Team kami yang barisan hadapan pula sibuk mencari jubah mengikut saiz yang bersesuaian dengan pelajar yang mendaftar. Dalam kekalutan mencari, ada juga beberapa peljar yang datang memberi masalah. Fuhhhh, nak tukar saiz jubah sebab besar sangtlah, sebab bla bla blaaa lah. Sabar je hati ni melayan kerenah mereka.

Pukul 2.00pm, bermulalah waktu punck kami. Waktu ni setiap kaunter penuh. Pelbagai ragam yang kami dapat lihat. Fuhhhh!!

Lebih kurangbjam 5.00pm, barulah keadaan sedikit reda. Waktu ni pelajar beransur reda.











Tiada ulasan