Wave Rock yang terletak di puncak Bukit Baginda, iaitu 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan memiliki ketinggian 450 meter, telah merekodkan kedatangan pengunjung seramai 1,000 orang sejak ia dibuka 6 Okt lepas. Kepada pendaki yang ingin melihat keunikan Wave Rock perlulah mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang baik. Ini kerana trek Bukit Baginda agak sukar dan mencabar.
Para pendaki yang berminat mendaki dan melihat sendiri Wave Rock akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM11 iaitu RM5 daripadanya adalah permit hutan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
Permit wajib dibayar pada Sabtu dan Ahad kepada pegawai perhutanan yang berada di situ manakala Isnin hingga Jumaat, bayaran permit boleh dibayar di Pejabat Hutan Kuala Pilah. Bayaran RM6 untuk masuk ke Bukit Baginda dikutip oleh Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK).
Selain Wave Rock yang dianggarkan sebesar kira-kira 40m x 20m ukur lilitnya, daerah ini juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai 'Batu Hidup' daripada 300 tapak batu megalit di Negeri Sembilan.
Tiada ulasan