Bawang putih telah lama dikenali sebagai rawatan yang berkesan untuk pelbagai penyakit selama lebih daripada 3,000 tahun. Penyelidik dan profesional kesihatan menyatakan bawang putih mempunyai anti-mikrob dan antibiotik jika dimakan. Bawang putih memang ubat herba semulajadi yang sangat selamat untuk di konsumsi. Namun, sama seperti ubat lain, kita tetap harus berwaspada beberapa kesan sampingan bawang putih. Berikut ini adalah beberapa kesan sampingan dari bawang putih mentah yang digunakan untuk tujuan rawatan:
1. Bau Badan
Bau badan yang tidak sedap adalah kesan sampingan utama apabila kita mengambil bawang putih dalam jumlah banyak. Bawang putih akan masuk melalui pencernaan dan benar-benar meresap pada sistem metabolisme tubuh anda, setiap rembesan badan akan mempunyai bau bawang putih. Bau ini cenderung akan berlangsung seminggu atau lebih dan hilang setelah pengambilan bawang putih dihentikan.
2. Bau Mulut
Kita semua tahu bagaimana makanan boleh mempengaruhi aroma nafas kita selepas makan, sehingga kita hanya boleh berharap ketika makan bawang putih mentah aromanya akan cepat hilang. Minum jus bawang putih dan makan bawang putih mentah akan menyebabkan bau mulut yang parah. Untungnya, bau mulut yang tidak sedap akan menghilang selepas anda menghentikan pengambilan bawang putih dan memberus gigi. Tetapi anda akan tetap mendapati bau badan untuk beberapa jam kedepan kerana bawang putih telah meresap kedalam tubuh anda.
3. Anticoagulants
Kerana sifat bawang putih yang boleh mencairkan darah, atau memiliki sifat antikoagulan, maka berhati-hati dalam mengambil sejumlah besar bawang putih sebelum pembedahan atau jika anda sedang mengambil ubat lain yang mungkin mempunyai sifat antikoagulan. Mengambil bawah putih dalam jumlah banyak sebelum operasi sangat tidak disyorkan kerana mampu menyebabkan risiko pendarahan yang berlebihan.
4. Masalah Pencernaan
Beberapa orang mungkin mengalami ketidakselesaan perut dalam pelbagai bentuk selepas makan bawang putih mentah. Kesan sampingan tertentu mungkin termasuk sakit perut, cirit-birit, muntah, perut kembung dan gangguan asam lambung.
5. Reaksi Alergi
Seperti makanan atau bahan herba lain, kesan sampingan bawang putih juga boleh menimbulkan beberapa reaksi alahan. Reaksi alergi tersebut mungkin ditandai dengan timbulnya ruam, kulit mengelupas, mual, muntah, sakit kepala, demam dan sesak nafas. Dan jika ada pembengkakan pada lidah, mulut atau tekak berlaku, dinasihatkan untuk segera mencari pertolongan doktor anda atau pada seorang profesional perubatan.
Tiada ulasan